Thursday, November 27, 2008

Bagaimana menyediakan lampin kain baru sebelum sedia dipakai.

Sila cuci dahulu sebarang lampin kain sebelum mula digunakan kali pertama. Cuci lampin yang baru dibeli menggunakan air panas atau sejuk. Gunakan hanya setengah dari jumlah sabun pencuci yang disarankan (oleh pengilang sabun/ mesin basuh) . Anda boleh gunakan larutan pencuci jenama TOP, Pureen HAD (bukan ABD), Trojan, Fab.

Bagi hemp insert, semasa mula-mula dibeli, ia masih disaluti minyak yang memang semulajadi terdapat pada tumbuhan tersebut. Jadi, untuk menyediakan insert hemp pada serapan optima, kita perlu mencucinya dan mengeringkannya sehingga 3 atau 4 kali cucian. Paling penting, jangan cuci hemp insert beserta dengan lampin kain serta insert lain semasa pra-basuhan.

Bagi insert mikrofiber, ia boleh dicuci menggunakan air panas atau sejuk dengan menggunakan setengah sukatan pencuci yang disarankan.

Perlu diingat, jangan gunakan sebarang jenama Pelembut Fabrik kerana ia akan menyebabkan lampin kain serta insert anda kehilangan daya serapan. Bukan setakat itu sahaja, ia akan menjadi kalis air. Anda juga dilarang mencuci menggunakan Peluntur Klorin, kerana ia merosakkan fabric dan menyebabkannya reput.

Selepas membasuh, anda bolehlah mengeringkan lampin dan insert anda di penyidai atau menggunakan mesin pengering asalkan suhunya di bawah 50ยบ Celcius.

Cara menentukan sabun pencuci yang sesuai untuk lampin kain dan insert:

1) TIDAK mengandungi pelembut fabric

2) TIDAK mengandungi sebarang enzim

3) TIDAK mengandungi peluntur klorin

4) Kurang bahan pewangi

5) Senang dibilas. Kurang berbaki pada pakaian










No comments: