Sunday, December 23, 2012

Hari Pertama

Hari ni start proram diet saya. Sebenarnya saya bukan la tahap obesiti, tapi lebih berat saja. Tambahan pula, pinggang saya sangat sakit kalau nak bangun dari duduk. Saya syak, mungkin berat saya yg menyebabkan pinggang sakit. Sebab tu berkobar-kobar nak kuruskan badan ni.  berat sekarang 65kg. Nak bagi turun 55 jer.. 10 kg je kan. Tapi lemak ini sangat degil.

Hari ni saya makan tempe goreng sambal ngan sayur tauge, kucai,carrot. Fasa pertama ni kene makan protein dan sayur sahaja. Pas tu petang, berjalan dgn kelajuan 5 kat treadmill selama 25 minit. Konon2 30 minit la kan. Ngelat sikit. Pas tu buat sit up 18 kali. Tu pun nk ngelat jgk.. Konon2 buat 20 kali. Pas tu diri atas bende hape tah.. Buat twiss pulak. Tapi hari ni saya curik2 jugak makan kek coklat. Buat kek untuk suami, tp dia takmo mkn sebab saya tersalah resepi, kurang setengah cwn serbuk koko. Tapi tetap sedap tau...

Disamping nak kurus, saya jugak start collagen. Gile cantik! Sambung esok. Nak bubuh gambar skali la.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 17, 2012

2nd day Bersunat

Dah tak tahan nak baring je.. Duduk kat kerusi pulak nak main kereta. Dah boleh jalan2 main. Tapi tak tutup tang situ. Sakit katanya.. Nyilu kot.

Published with Blogger-droid v2.0.9

1st day Bersunat

Malam tadi selesai sudah ARANE bersunat kat klinik Ikhsan, Perda. Dipotong oleh Doktor Zainuddin, same doktor ngan Azzam. Lega rasanya kesemua anak lelaki saya dah 'potong'. Hari ni ARANE baring je sambil main tab. Menu makan hari ini, ikan haruan goreng. Semoga cepat sembuh!

Published with Blogger-droid v2.0.9