Saturday, January 8, 2011

Kete Bayu (Bahasa ARANE)

Iffah dalam kereta. Seronok bila dapat buka tingkap. Belum tangkap gambar ARANE dah lari2 nak tengok gambar dia.
Ni baru ready...

Tuesday, January 4, 2011

Perkembangan ARANE

Umur sekarang 2 tahun 8 bulan, ARANE dah buang air sendiri kat toilet. Tapi kadang2 terlepas jugak. Sebab dia terlalu asyik bermain dan tak nak meninggalkan mainan tersebut takut diambil orang. Malam pun dah tak pakai pampers lagi.

Sekarang ni ARANE asyik bertanya 'apa itu..?' 'apa ini..?'. Sampai penat ibu nak jawab. Kadang2 benda tu memang dia dah tau jawapannya, tapi sengaja bertanya berkali2.

ARANE dah mengenal nombor dan boleh menyebutnya dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Dari nombor 1 hingga saya pun tak pasti kadang-kadang dia sebut sampai 30. Huruf pula, ada beberapa huruf yang dia kenal. Dia rajin bertanya dan membaca. Juga suka menonton CD Muzzy! Semoga cepat pandai dan rajin lagi! Tapi masih bercakap pelat...

Iffah & Thalasemia

Lama tak update blog. Sekarang ni kat sekolah dah ade wifi, keyboard laptop pun dh repair. Senang nk coretkan sesuatu di sini.

Nak cerita pasal Iffah dulu. Setelah disahkan pembawa thalasemia, kami sekeluarga perlu diambil darah dan diuji. Keputusan ujian, ayahnya mempunyai corak darah yang sama macam Iffah. Sementara saya dan ARANE mempunyai corak darah yang sama iaitu kami normal. So, thalasemia yg sedang dibawa oleh Iffah datang dari ayahnya... mystery solve!