Friday, August 21, 2009

Ibu, Nak Susu!



Inilah bahasa yang ARANE gunakan untuk mintak susu. Tah mana dapat idea guna ayat tu pun saya tak tau. Dia tak minum susu guna botol. Tapi guna traning cup. Bukan kami yang paksa, dia sendiri yang nak.

1 Tahun 4 Bulan

Seronoknye ARANE makin bijak. Dah boleh bersembang dengan dia. Boleh suruh bagi dan ambil barang. Bestlah sebab boleh suruh2... agak2 malas nak pas barang kat suami, suruh je ARANE hehehe....

Minggu lepas dia demam dan batuk... tp seksanya saya rasa sebab dia manja sangat. Sampai saya ambil EL hari Selasa lepas. Pegi klinik kerajaan punya la ramai orang. Klinik swasta punye ubat tak berkesan langsung. Nasib baik ade simpan paracetamol yg klinik kerajaan bagi dulu2.

Friday, August 7, 2009

15 bulan

ARANE semakin bijak sekarang. Perkataan baru:

nanak - tak nak
jejejeje - susu (tak tau mana dia belajar)
bu.. - ibu
sut - kasut
mengajuk orang cakap.

Dia juga dah pandai buka pintu kereta sendiri, radio, aircond dalam kereta. Baca buku sendiri (guna bahasa yang dia saja faham).
Main-main buka pintu peti ais. Kadang-kadang sampai tak larat nak tegur.
Buka gate dan berlari keluar (bahaya ni). Berlari memang dah laju, saya yang tak dapat nak kejar sebab keadaan perut yang tidak mengizinkan.

Kalau nak tidur tu, mesti suruh saya bacakan buku. Kadang-kadang saya yang boring sebab baca perkara yang sama, tapi sebab dia syok je mendengar, terpaksalah baca. Mudah-mudahan ARANE suka membaca.

Monday, August 3, 2009

Apa Khabar Orang Dalam

Scan yang terkini saya buat untuk tau khabar orang dalam perut ni.

Tarikh : 27 Julai 2009

Bil. Anak dalam kandungan : single

Fetal heart : +

Presentation : Breech (songsang)

BPD : 69.6mm

FTA : 39.5 mm

FL : 46.2 mm

EFW : 1070 gm

Placenta : Atas

Sex : Girl

Alhamdulillah........