Saturday, November 29, 2008

7 bulan 1 minggu

Bangun pagi, ayah angkat tangan ARANE untuk dudukkan ARANE, tapi bukan duduk, ARANE terus berdiri! Tapi kene pegang tangan la. Seronok tengok ARANE dah belajar berdiri. Malam tadi ARANE betul-betul meragam. Sakit perut agaknya. Tak tidur kami dibuatnya. Ayah urut dan bagi ubat kembung baru la boleh tidur lena. Rupanya ARANE sakit perut. Salah makan agaknya. Ibu bagi ayam. Mungkin tak sesuai makan ayam lagi.

Pagi tadi, ibu tengah panaskan bubur ARANE, ayah tengah mop lantai. Oleh kerana ARANE bising-bising dalam walker dan ayah pun tengah mop lantai, ibu pun letakkan ARANE dalam bumbo. Bumbo tu macam biasa ibu letak atas meja makan supaya ARANE dapat tengok ibu di dapur.

Tiba-tiba, terlepas sudu yang ibu pegang, tersirap darah ibu, terus ibu lari terkam ARANE. Ayah yang sedang mop pun terkejut. ARANE keluar sendiri dari bumbo dan tengah tiarap atas meja makan!! Bumbo tu memang ibu letak betul-betul hujung meja makan. Nasib baik ARANE keluar ke sebelah kanan. Kalau sebelah kiri, terus jatuh dari meja makan tu.

Ibu terus peluk ARANE. Allah masih sayangkan ARANE. Dia masih izinkan kita bersama. Alhamdulillah...

Ibu janji, ibu takkan letakkan bumbo atas meja lagi kalau ibu jauh dari ARANE...

Thursday, November 27, 2008

Bagaimana Untuk Menyelamatkan Kanak-kanak Yang Tercekik

Oleh: Dr Zulkifli Ismail, Consultant Paediatrician (dipetik dari Positive Parenting Magazine, Part 3,2006)

Adakah anak anda terbatuk-batuk atau tercungap-cungap untuk bernafas? Adakah bibirnya sudah menjadi biru? Jika lambat memulakan tindakan, walaupun hanya 4 minit, boleh menyebabkan kerosakan otak atau kematian. Oleh itu cuba bertenang dan bertindak pantas. Berikut diterangkan cara untuk mengeluarkan objek yang tersekat di kerongkong kanak-kanak.

Untuk Bayi
1. Pangku bayi di lengan anda dan letakkan di atas riba dengan kepalanya menghadap ke bawah. Gunakan pangkal tapak tangan anda untuk menepuk tulang belikat bayi dengan perlahan.
2. Periksa mulut bayi untuk melihat sama ada objek dapat dikeluarkan.
3. Jika nampak benda berkenaan, cuba keluarkannya. Jika tidak ulangi langkah 1.
4. Jika bayi tidak sedarkan diri, dapatkan bantuan kecemasan dan mulakan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Untuk Kanak-kanak Kecil
1. Letakkannya di atas riba anda dengan kepalanya menghadap ke bawah. Tepuk antara tulang belikat.
2. Jika ini gagal, terbalikkan badan anak anda dan lakukan tujahan abdomen (abdominal thrusts) hanya jika anda sudah dilatih untuk berbuat demikian.
3. Jika tidak mulakan CPR dan hubungi ambulans.

Untuk Kanak-kanak yang sudah boleh berdiri
1. Tepuknya dengan tegap di bahagian antara tulang belikat.
2. Jika tidak berjaya berdiri di belakang si kecil dan peluk pinggangnya. Genggam tangan anda dan letakkannya di bwah tulang dada. Pautkan genggaman anda dengan tangan yang satu lagi dan dengan cepat, tariknya ke dalam sehingga objek berjaya dikeluarkan. Teknik ini dipanggil ‘Heimlich Manoeuvre’
3. Hubungi ambulans dan mulakan CPR sekiranya teknik di atas tidak berjaya.

AWAS! Jangan Sesekali menggunakan teknik ‘Heimlich Manoeuvre’ atau tujahan abdomen ke atas bayi kerana ia boleh merosakkan organ dalamannya.

Mengelakkan daripada tercekik
• Simpan barang-barang kecil seperti duit syiling, guli, belon yang hamper pecah, kekacang dan butang di tempat yang sukar diambil oleh kanak-kanak.
• Jangan biarkan kanak-kanak makan sambil berlari.
• Jangan biarkan kanak-kanak yang lebih tua menyuap makanan kepada adiknya tanpa pengawasan orang dewasa.
• Jangan beri buah anggur, gula-gula dan kekacang sebelum anak anda berumur sekurang-kurangnya 4 tahun.
• Jangan makan ubat di depan anak anda. Mereka mungkin meniru perbuatan anda.

Cara menyimpan lampin kotor sebelum cucian mesin

Menyimpan lampin dan insert kotor adalah mudah. Anda perlukan tong kecil (saiz seperti tong sampah yang mempunyai pedal kaki yang ditekan untuk membukan penutup), baldi yang mempunyai penutup, beg kalis air (wetbag), lapik baldi lampin (diaper pail liner) atau sebarang kombinasi yang anda sukai.

Caranya, buangkan najis yang ada pada lampin ke dalam mangkuk tandas. Ini boleh dilakukan dengan cara membilas lampin agar di tepi tandas. Ada kalanya, najis akan tanggal sendiri tanpa perlu dibilas. Bagi ibu-ibu yang menyusu badan anak mereka, najis lebih mudah ditanggalkan, tanpa perlu dibil;as bersih. Ini kerana semua kotoran bayi yang menyusu badan akan tanggal dengan mudah semasa lampin dibasuh dalam mesin basuh.

Bagaimana menyediakan lampin kain baru sebelum sedia dipakai.

Sila cuci dahulu sebarang lampin kain sebelum mula digunakan kali pertama. Cuci lampin yang baru dibeli menggunakan air panas atau sejuk. Gunakan hanya setengah dari jumlah sabun pencuci yang disarankan (oleh pengilang sabun/ mesin basuh) . Anda boleh gunakan larutan pencuci jenama TOP, Pureen HAD (bukan ABD), Trojan, Fab.

Bagi hemp insert, semasa mula-mula dibeli, ia masih disaluti minyak yang memang semulajadi terdapat pada tumbuhan tersebut. Jadi, untuk menyediakan insert hemp pada serapan optima, kita perlu mencucinya dan mengeringkannya sehingga 3 atau 4 kali cucian. Paling penting, jangan cuci hemp insert beserta dengan lampin kain serta insert lain semasa pra-basuhan.

Bagi insert mikrofiber, ia boleh dicuci menggunakan air panas atau sejuk dengan menggunakan setengah sukatan pencuci yang disarankan.

Perlu diingat, jangan gunakan sebarang jenama Pelembut Fabrik kerana ia akan menyebabkan lampin kain serta insert anda kehilangan daya serapan. Bukan setakat itu sahaja, ia akan menjadi kalis air. Anda juga dilarang mencuci menggunakan Peluntur Klorin, kerana ia merosakkan fabric dan menyebabkannya reput.

Selepas membasuh, anda bolehlah mengeringkan lampin dan insert anda di penyidai atau menggunakan mesin pengering asalkan suhunya di bawah 50ยบ Celcius.

Cara menentukan sabun pencuci yang sesuai untuk lampin kain dan insert:

1) TIDAK mengandungi pelembut fabric

2) TIDAK mengandungi sebarang enzim

3) TIDAK mengandungi peluntur klorin

4) Kurang bahan pewangi

5) Senang dibilas. Kurang berbaki pada pakaian










Semasa Bekerja

Alatan yang digunakan untuk menyimpan susu yang telah dipam semasa bekerja ialah :


Ice Pack ini disimpan di dalam cooler bag seperti gambar di bawah :

Untuk Pengasuh




Ais brite (2) ini diletakkan di dalam bekas simpan sejuk bersama-sama susu perahan. Oleh itu tidak perlu menggunakan peti ais di rumah pengasuh untuk menyimpan susu perahan


















Sebelum susu dihantar kepada pengasuh, saya telah menuang susu pada setiap botol supaya tidak menyusahkan pengasuh. Setiap botol telah disukat untuk sekali minum. Berapa banyak bayi minum? Ia telah diuji semasa latihan 'kembali bekerja.' ARANE minum lebih kurang 2oz setiap sesi menyusu. Pastikan botol susu dilabel susu mana yang patut digunakan dahulu. Saya juga bekalkan satu botol 5oz sebagai tambahan jika berlaku kecemasan. Kemudian semua susu ini disimpan di dalam bekas simpan sejuk.


SEDIA DIHANTAR KE RUMAH PENGASUH!


Di rumah pengasuh, warmer ini digunakan untuk memanaskan susu. Sebaik sahaja saya menghantar ARANE, warmer ini terus dihidupkan dan diletakkan botol pertama. Setelah botol pertama digunakan, terus letakkan botol yang kedua. Dan begitulah seterusnya..

Wednesday, November 26, 2008

Tiada Susu

Susah saya hendak menjelaskan kepada rakan-rakan yang baru melahirkan anak. Ayat yang biasa didengar, "kenapa bagi susu formula pada bayi yang baru lahir?" Jawabnya, "susu tak mau keluar". "awak lainlah.. susu banyak." Saya tidak cukup ilmu untuk menangkis alasan-alasan ini. Lagipun saya memang bertuah kerana semasa kandungan 6-7 bulan, susu sudah menitis. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi jawapan pada alasan tersebut. Jawapan ini diberi oleh yang pakar. Saya hanya meletakkan di blog saya sebagai pemberi semangat dan rujukan.

saya mengalami ketiadaan susu pada hari pertama dan ke 2 selepas bersalin. Pada hari ke 3 baru susu mulai ada tetapi jumlahnya agak sedikit. Dalam pada itu pada hari pertama hingga hari ke 3 saya terpksa memberikan bayi sy susu formula untuk mengelakkan dia lapar.

"Ketiadaan susu" boleh dielak jika mengamalkan penyusuan awal iaitu 1 jam pertama selepas bersalin. Susu sebenarnya telah ada dan terbentuk sebaik kelahiran kerana tindakan hormon, cuma pengeluarannya perlu dibantu dgn sedikit rangsangan. Hisapan bayi adalah rangsangan terbaik. Nasihat kpd bakal2 ibu, pastikan ibu2 menyusu bayi seawal 1 jam pertama (kalau baby tidur kejutkan dia dan "paksa" dia hisap, jgn tunggu sehingga bayi bangun atau menangis.

Memberi susu formula pada awal2 kelahirannya boleh menyebabkan masalah keliru puting berlaku. Ini adalah kerana bayi terlalu awal diperkenalkan dgn puting tiruan dan bukan puting ori ibunya. Jadi bayi sudah pasti akan merasa tidak selesa bila kali pertama disuruh menghisap terus dpd ibunya kerana sebelum ini dia telah menyusu dgn mudahnya melalui puting tiruan. Ingat! puting tiruan x perlu kekuatan otot mulut utk menghisap, tadah je mulut, air susu keluar dgn senang manakala menyusu direct dpd ibu perlu kawalan otot mulut. Jadi baby akan reject puting ibu.
Memberi susu formula pada usia bayi yg terlalu awal itu mendedahkannya kepada pencemaran/penyakit. Sistem imunisasi bayi belum begitu baik dan kuat, sudah dimasukkan patogen ke dalam badannya... Terpaksa la dia berhempas pulas utk menentangnya... kesian kan? Tetapi kadang2 ibu2 tiada pilihan lain selain memberi bayi FM kerana lagi kesian kalau anak lapar... mudah-mudahan kolustrum yg diterimanya kemudian dpt membantunya melindungi badan dpd segala patogen itu. insya Allah.

Dalam pada itu selepas hari ke 3 apabila susu sy mulai byk, sy mula cuba memberikan susu badan secara terus kepada bayi sy tetapi dia agak sukar untuk menghisap kerana puting buah dada saya agak pendek dan bayi sy sudah terbiasa dengan puting botol susu.
Jadi sebagai langkah penyelesaian,sy tpksa menggunakan breast pump utk memberikan bayi susu. Sy menggunakan teknik perahan susu ibu utk memberikan bayi sy susu.

Masalah puting pendek boleh diatasi dan dgn latihan dan kesungguhan, bayi masih dpt menyusu dpd ibunya dgn jayanya. Tetapi penyebab bayi reject breast ibu lebih kpd sebab spt yg saya jelaskan di atas.
Memberi susu perahan boleh menjadi penyelamat.

Adakah kualiti susu perahan sama dgn susu ibu secara terus dan adakah wajar sy memberikan susu perahan ketika bayi sy masih berumur kurang dari 2 bln?

Dari segi ini agak susah nak dijelaskan... kerana cara penyediaan susu perahan boleh mengurangkan kualitinya spt kehilangan vitamin dan antibodi TETAPI susu ibu memang SANGAT BERKUALITI sama ada yg diperah atau fresh dpd breast kalau nak bandingkan dgn FM.

Sekiranya pada masa bayi saya berumur kurang dari 2bln ini saya sudah mula memberikan susu formula dan juga susu perahan ibu, adakah menjadi masalah atau terdapat kemudaratan kepada bayi sy akibat memberikan susu yg berselang2 susu formula dgn susu badan

Saya amat2 mengharapkan puan tidak memberi susu campuran spt ini kerana susu ibu yg diminum oleh bayi mengandungi bahan melawan penyakit spt IgA, IgG, IgM, lactobacillus dll yg akan menyaluti sepanjang saluran pencernaannya utk melindunginya dpd jangkitan atau antigen luar. Pemberian minuman lain waima AIR MASAK sekalipun (apatah lagi FM) akan melarutkan lapisan bahan tadi. Jadi perlindungan bayi telah dibuang dpdnya maka sia-sialah usaha penyusuan sebelumnya. (FM sebenarnya mengandungi sejenis bakteria yg tidak mampu dibuang walaupun kita sudah membancuh susu dgn air mendidih!)
Sebab itu juga penyusuan eksklusif 6 bulan bayi x perlu diberi air masak.

Sebab Kebocoran

Kisahnya, kadang-kadang bila guna cloth diaper ni, ada yang tak tahan setengah jam pun.

Antara sebab menyebabkan bocor ialah,

1) kita pernah gunakan pelembut fabriK (softlan, petals, downy4X dll brand) semasa cuci diaper atau insert. Pelembut fabrik ni akan salut diaper dan insert macam lilin, jadi setitik air pun takkan masuk ke dalam diaper. Sekali kencing je, terus bocor.

2) Mendapan lebihan sabun pencuci dalam diaper dan insert menybabkan diaper dan insert kurang menyerap.

CARA MENGATASINYA: (Lakukan 2 minggu sekali atau sebulan sekali)

1) Campurkan 1/2 cawan cuka makan ke dalam sebaldi air. Rendamkan diaper dan insert ke dalam campuran air dan cuka tadi. Bilas dan keringkan seperti biasa.

Insya-Allah, selepas kita dah bilas dan keringkan, serapan diaper dan insert akan bertambah baik.

Petua lain.. kita boleh masukkan sesudu kecil baking soda ke dalam cucian, dan kurangkan penggunaan sabun pencuci. Baking soda dapat menambah 'kuasa' sabun pencuci.

Elakkan dari gunakan pekatan dynamo sebab dynamo jenis yang susah dibilas dan akan berbaki pada kain walaupun kita tak nampak.

Saturday, November 22, 2008

Thursday, November 20, 2008

Bubur Ikan Merah

Bahan2nya
1/3 cawan beras+air untuk buat bubur,
isi ikan merah/ayam
sayuran hijau
2 sudu teh minyak masak.

Cara penyediannya ada 2, pertama masakkankan bahan2 tadi secara berasingan. Maknanya buat bubur, rebuskan ikan/ayam celur sayur. Kemudian bahan2 tadi perlu dilenyekkan atau blender satu persatu dan campur semua sekali termasuk minyak masak. Kalau rasa tak sesuai masukkan minyak masak macam tu je, boleh juga buat minyak tu untuk menumis sayur.

Cara ke-2, campur semua bahan2 tu sebagai bubur dan bila dah masak, lenyek atau blender dan boleh la bagi baby makan dengan berseleranya. Nyumm..nyumm...

inspired by SI

Bumbo

ARANE mula menggunakan bumbo sejak berusia 3 bulan. Masa tu dia dah boleh tegakkan kepalanya. Sape-sape tengok ARANE duduk dalam bumbo ni kata kesian sebab bayi tak boleh diberi duduk lagi, tulang dia tak kuat. Tapi saya percaya pada design bumbo ni. Bumbo memang telah di design untuk bayi yang tak boleh duduk. Ia diperbuat daripada getah. Masa berusia 6 bulan, ARANE dah boleh duduk tegak. Harganya rm159. Mungkin dengan harga yang sebegitu, sesetengah orang kata baik beli walker terus. Tapi bayi 3 bulan mane leh duduk dalam walker.

Banyak jasa bumbo ni, antaranya :
  • Sejak ada bumbo ni, saya dan suami boleh makan bersama. Dengan meletakkan bumbo di atas meja makan, kami dapat menikmati makan malam bersama-sama. Sangat2 berguna waktu buka puasa dan sahur.
  • Makan kat luar pun boleh bawa bumbo ni. Letak atas meja, dan makan bersama-sama.
  • Boleh biar ARANE tengok tv, main2 sementara saya memasak atau buat kerja rumah.
  • Senang nak suap makan. Tak perlu beli high chair. Takut jatuh lak. Masuk walker asik jalan-jalan je.
  • Masa kat Carefour boleh letak ARANE dan bumbo ni dalam troli. Walaupun dia dah boleh duduk, dan boleh letak kat tempat baby dalam troli tu, tapi tangan ARANE ni suke mencapai barang2. Bahaya. Letak dalam bumbo dia leh main dalam troli tu.
Aksi-aksi ARANE bersama bumbo


7 bulan


ARANE dah 7 bulan. Makin besar anak ibu! ARANE dah mula angkat punggung. Mungkin nak merangkak. Kalau dah merangkak, penat la ibu kemas rumah. Semalam, duduk dalam kereta ibu, dah pandai amik duit syiling nak masuk mulut. Nasib baik nampak.
ARANE pun dah faham sekarang, kalau orang tido, maknanya dia pun kene tido. Pelan2 dia akan tertidur sendiri. Tapi kene tengok2 juga sebab takut dia golek2, nanti jatuh katil pula.
ARANE suke tengok ibu dan ayah solat. Diam je dia tengok kami solat. Kalau ibu nak solat, ibu selalu pesan pada ARANE supaya kawan dengan malaikat sementara ibu nak solat.
ARANE dah pandai datang kalau ibu panggil. Suka tengok cerita kartun. Malam-malam kalau menonton tv ARANE suka duduk dekat sebelah ibu, kadang-kadang baring-baring sambil man-main atas peha ibu.
Dah 7 bulan ni, boleh la tambah protien dalam makanan ARANE. Nak try bagi tauhu jepun dan ikan. Paling ARANE suke makan sekarang ni ialah bubur campur labu dan bubur campur brokoli. Kalau campur lobak, kureng sket.

Tuesday, November 18, 2008

Breastfeeding @ Public


Tengah syok2 ronda-ronda kat The Curve, tetiba ARANE nak susu. Oleh kerana tak biasa kat tempat ni. dan malas nak cari nursing room, terus saya cari kerusi, keluarkan nursing cover, bagi la susu.


Ni pulak kat dalam Aquaria KLCC. Berehat sebentar sambil bagi ARANE susu. Lepas ni boleh sambung tengok ikan. Saya lebih selesa gunakan nursing cover. Nursing cover tu buat sendiri, gunakan kain silk supaya tak panas.

Penyimpanan Susu Ibu



Ini ialah cara saya simpan stok susu. Bolah simpan dalam plastik playtex tu atau pun bekas dadih. Bekas dadih tu boleh muat 3oz dan plastik playtex tu boleh muat max 5oz. Saya lebih senang tulis tarikh luput. Ade sesetengah orang tulis tarikh mula menyimpan susu. Ikut lah pada kesukaan masing-masing.

Oleh kerana ARANE dah mula makan solid food, saya kisar sayur-sayuran dan masukkan dalam kiub ais. Bila nak guna, terus ambil dari situ je. Boleh simpan dalam seminggu.

Saturday, November 8, 2008

Kumpulan Gagak Hitam

Muka-muka orang baru belajar bayo hutang kete


Ni pun same... tak abih lagi bayo kete ni. NBM (N Budak Muo)

Faculty of Edu UTM

Haslil, Yon, Zuhair tengah buat projek elektronik. Anak kesayangan arwah En. Yusup la katakan....
Ha... tengok baik2 graf kat osiloskop tu. nak yang licin. tak boleh ade jerawat! kalau ade jerawat kene letak Avon. tu kata arwah En. Yusup Kayat la..






Saya penah gune mesin ni untuk bengkokkan alumunium. Projek Cap Ayam pun gune tau.






Suhai konon2 paham!






Che Su sedang menumpukan perhatian. mane En. Kam or En. Is? (En. Kam : saya tak tau nama dia. tapi oleh kerana dia ade janggut panjang, maka kekawan pun panggil dia En. Kam.. hehehe.. jahat sungguh)






Yuzaidi aka Kasuit... berlakon tepi aircond.








Saya dh tak ingat nama sape tah depa ni.. tapi muka ingat la..




En. Mohsin bagai bapa yang penyayang. Lum pencen lagi tau. Kalau nak bagi dia kenal saya, mesti sebut "saya batch Noraniha, Rohatul Bani," baru dia ingat saya batch mane.







Atul, sebelah Atul tu saya rasa kawan baiknya, iaitu suhai. Kawan baik shela, ricky dan bob. Tentu Shela merindui mereka.








Bilik kuliah C15. Salu tinggal payung kat sini.





* mana baju bengkel korang? ade lagi ke? saya punye dah jahanam disebabkan bulu-bulu fiber glass. penat kan kite study macam ni dulu.. korang ingat lagi ke? nak baca osiloskop, nak gune mesin2 tu.

*ingatlah pada pensyarah-pensyarah kesayangan...
  • Pn. Fadila yang digeruni (tak penah ponteng kelas Pn. Fadila),
  • Cik Sarimah yang penyayang
  • En. Kamalulariffin, korang jangan main2 masa buat wiring, nanti kene sebat dengan wayar.
  • En. Abdul Rahim Abdul Rahman.. sape2 yang amik kalkulus ngan dia? Aduhhh.. sakit jantung kalau kene soal.
  • Arwah En. Yusup Kayat yang penuh cerita. daripada cerita haiwan, tumbuh-tumbuhan, hantu dan sebagainya.
  • En. Joe yang hemsem, tak mengajar saya tapi tiap semester mesti jumpa sebab dia penasihat akademik dan felo saya.
  • Dr. Rashid, masih available lagi ke?
  • En. Rizal (analisa rangkaian) subjek pertama dan terahkir saya dapat D. Huh... lulus la jugak. tak paham langsung subjek ni.

Tentang Bulan 2

Macam mane kami berempat boleh kenal? Seingat saya, saya kenal shela dan leen mase daftar subjek kat C15. lepak2 kat luar, mula la sembang. rupa-rupanya tiga-tiga tu kaki chating. MIRC masa tu. entah2 pernah chat bersama. masa tu minggu Minggu Haluan Siswa. kenal N pulak sebab NBM (N Budak Muoo). N adalah gadis pingitan yang tak expose cam shela dan leen. Pulak tu sebilik ngan budak kaca mata, anie dan aida. lagi la pemalu...

Shela dan Leen adalah roomate mase tahun poyo (tahun satu). Saya, bid dan kak cah H04, N, anie dan aida H03, Shela + Leen H02. Tapi sumer2 ni suke hati lepak, tido, makan kt bilik saya! terutama waktu exam. Shela penolong ketua kelas. Kelas diketuai oleh Jawe.

Tahun 2, masing-masing terpisah sebab tak dapat asrama. Shela dah sewa kat luar, saya dapat bilik offrecord. tu pun setelah usha2 Wak kt office tu. Leen dapat bilik ngan roomate course lain. same la cam saya. N dok ramai2 macam rumah kongsi tu.
Ujung semester masing2 kene buat pratikal. Saya kene kat Temerloh. Nangis woo...

Tahun 3, saya roomate ngan aida, N ngan anie, leen ngan sya, saya ngan aida. masa jamuan raya tahun tersebut yang dibuat di bilik persinggahan, N ade bagi ucapan.. "kita ni bdk perempuan SPE tak ramai (13 org). kita ibarat jari2, jika satu tiada, maka cacat lah kita." lebih kurang cam tu ucapannya.
masa ni kite semua sibuk buat wiring. sakit2 badan.
Blok saya paling jauh, kat area klinik tu. Kalau tertinggal bas nak g Fakulti Elektrik, balik bilik salin baju, tido la.
Tahun ni gak sekali lagi gi pratikal. kali ni saya dengan leen kene kat KL. Memang salu lewat g sekolah. Kalau bangun lewat tu, lambat sampai sekolah, kata la kete rosak!

Tahun 4, jodoh saya kuat kot ngan leen, dapat jadi roomate leen. (LiNKin PaRk). Respek kat Shela + che su masih jadi outsider. selama dok kat luar dia sangat survive. dah la takde transport. ade kelas mlm lak tu. Mase tahun ni bengkel dah tukar kt atas bukit. atas lagi dari fakulti kimia. jalan kaki dari KTF, sampai kt atas bukit tu masing2 dah lepak. saya ngan leen buat projek Cap Ayam. N buat ape tah.. siap ade welding lagi. Buat enjin kereta kot. Shela buat projek mandi2 sebab bawak sabun mandi mase presentation.

Tuesday, November 4, 2008

EKZEMA

SOALAN:
ANAK saya berusia setahun lima bulan dan sejak lahir, dia menghidap ekzema. Meskipun saya dan suami bekerja, kami memastikan penjagaannya teliti sama ada luaran mahupun pemakanan.

Selama ini kami menggunakan krim pada kulitnya untuk membendung masalah terbabit. Adakah alternatif lain selain penggunaan krim?

Saya juga difahamkan, kanak-kanak ekzema berkecenderungan menghidap asma. Adakah perkara itu benar?

Ada yang mengatakan ekzema disebabkan faktor genetik dan pemakanan ketika ibu hamil. Menurut pandangan doktor, apakah punca sebenar ekzema? Adakah ekzema lazimnya dihidapi sepanjang hayat?

JAWAPAN:
EKZEMA sejenis penyakit kulit yang kerap dialami kanak-kanak terutama yang berusia kurang daripada tiga tahun.

Mengikut kajian di Amerika Syarikat, kira-kira 10 hingga 20 peratus bayi yang berumur kurang daripada setahun akan mengalami ekzema. Penyakit ini biasanya akan beransur pulih dengan sendiri mengikut umur antara lima hingga 15 tahun.

Bagaimanapun, sebahagian kecil daripada pesakit ini akan terus menghidap ekzema sepanjang hayat. Antara faktor yang menentukan sama ada pesakit akan terus menghidap ekzema sepanjang hayat ialah faktor genetik.

Ekzema boleh berlaku kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Walaupun penyebab sebenar penyakit ini tidak diketahui, ia lebih kerap berlaku ke atas pesakit yang mempunyai riwayat alahan, resdung dan penyakit asma dalam keluarga terdekat.

Ekzema terhasil apabila berlaku tindak balas yang keterlaluan oleh sistem ketahanan badan terhadap bakteria yang biasanya berada di kulit atau tindak balas terhadap sesuatu bahan penyebab kerengsaan.

Sesiapa yang secara genetik mempunyai faktor alahan dan apabila terdedah kepada bahan pencetus yang berada di persekitaran mereka maka ekzema akan terhasil. Ekzema mempunyai kecenderungan untuk diwarisi dan ia bukan penyakit berjangkit.

Kebanyakan pesakit yang menghidap ekzema boleh menghidap penyakit resdung atau allergic rhinitis dan asma.

Penyakit ekzema adalah penyakit yang kronik, menyebabkan kegatalan pada kulit dan keterukan penyakit ini sentiasa berubah-ubah jika kulit terdedah dengan bahan alahan atau bersentuhan dengan permukaan kain kasar menyebabkan kulit menjadi gatal.

Selain itu, keadaan yang terlalu panas atau sejuk, terdedah kepada bahan seperti sabun, bahan pencuci atau bulu binatang boleh menyebabkan ekzema menyerang dan menjadi lebih serius.

Jangkitan virus juga boleh memburukkan keadaan ekzema. Faktor ini akan menyebabkan kegatalan pada kulit dan kanak-kanak akan menggaru kawasan yang ada ekzema ini. Kulit yang terdapat ekzema akan menjadi kering, menebal dan bersisik.

Ada makanan tertentu yang boleh menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk. Jenis makanan ini adalah berbeza antara seorang dengan yang lain.

Makanan yang biasa dikaitkan termasuk susu lembu, telur, kekacang, makanan laut, buah-buahan berbiji, pewarna makanan dan monosodium glutamate (MSG).

Antara cara pencegahan ekzema daripada menjadi lebih teruk adalah dengan melembapkan kulit setiap masa sekerap mungkin, mengelak daripada perubahan kelembapan atau suhu mendadak serta elak daripada berpeluh atau terlalu panas.

Selain itu, kurangkan tekanan, elakkan penggunaan barangan atau pakaian kasar seperti kain bulu, elakkan penggunaan sabun yang keras, hindarkan diri daripada bahan pencetus lain yang dikenal pasti penyebab ekzema dan serangan asma serta hindari makanan yang menyebabkan alahan.

Masalah ekzema boleh dibendung dengan beberapa cara. Antara rawatan yang penting adalah untuk mengawal kegatalan pada kulit agar pesakit tidak menggaru dan melukakan bahagian kulit terbabit kerana ia akan menambahkan keterukannya.

Oleh kerana ekzema selalunya kering dan gatal, penggunaan krim dan losen amat digalakkan bagi melembapkan bahagian kulit terbabit. Krim atau losen ini harus disapu sebaik-baiknya dalam masa tiga minit selepas mandi bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Penggunaan kain sejuk yang dilekapkan kepada kulit juga membantu mengurangkan gatal. Pengambilan ubat penahan gatal juga boleh dilakukan mengikut arahan doktor. Guna sabun mandi khas bagi pesakit yang mempunyai kulit kering dan ekzema yang ada di setiap kedai farmasi.

Sabun mandi biasa akan menyebabkan kulit mereka menjadi lebih kering. Jika keadaan ekzema tidak berkurangan, penggunaan krim atau oitment yang mengandungi steroid digalakkan bagi mengurangkan radang pada kulit. Bagaimanapun, penggunaan krim steroid ini bukan untuk jangka masa lama.

Ia hanya digunakan ketika keadaan berubah-ubah saja bagi mengelak kulit menjadi nipis. Penggunaan krim ini perlu terlebih dulu mendapat nasihat doktor. Kulit yang dijangkiti ekzema boleh dijangkiti kuman.

Jika ia terjadi, pemberian antibiotik diperlukan. Rawatan fototerapi boleh dilakukan bagi kes ekzema yang sangat teruk kerana memerlukan peralatan lampu khas.



Berikut adalah fakta mengenai ekzema:

-Kulit yang kering
-Keradangan berlaku di kulit hasil daripada tindak balas immunologi atau sistem ketahanan badan
-Boleh dijangkiti bakteria, virus dan kulat
-Berlaku kepada pesakit yang mempunyai riwayat keluarga menghidap ekzema, resdung, asma dan penyakit alahan lain.

Saturday, November 1, 2008

Aku Mudah Lupa

Mengapa saya kadang-kadang jadi pelupa? Suami saya kata hilang fokus. Hilang fokus atau lupa boleh membawa musibah. Tentunya akan menyesal dikemudian hari atas kecuaian sendiri.

Hari tu saya pergi ke bank, saya tertinggal kunci kereta di dalam kereta. Nasib baik kereta tak hilang..

Hari tu juga saya tertinggal handphone kat sekolah yang ramai pencuri tu. Nasib baik tak hilang

Nampaknya Allah telah memberi isyarat kepada saya. Mungkin saya telah lupa padaNya.

Lupa pada kitabNya

Hilang fokus (tidak khusyuk) ketika sujud kepadanya

Mungkin... kerana semua yang berlaku adalah petunjuk dari Nya..

Memambahkan Susu Ibu

makanan/minuman

  • WATER CHESTNUT/SENGKUANG CINA
  • LONGAN KERING direbus dan minum airnya
  • MADU
  • JANTUNG PISANG
  • PUCUK MANIS
  • KUCHAI
  • PUCUK BETIK
  • BETIK MUDA
  • PUCUK BERUAS
  • FENUGREEK/HALBA direbus minum air atau dikisar
  • LOBAK PUTIH
  • HORLICK/OAT
  • ALFALFA
  • KURMA
  • SOYA
  • SAWI
  • KOBIS
  • CARROT
  • PEGAGA
  • PERIA
  • KURMA
  • BROCCOLI
  • BARLI
  • SPIRULINA
  • IKAN TENGGIRI
  • SEAWEED


Perbuatan

  • KERAPKAN MENGEPAM
  • MENGURUT
  • TANGANI STRESS

dipasaran

  • PIL ASI
  • SHATAVARI PILS
  • MOTILIUM
  • MAXOLON
  • MILKMAID TEA
  • HABATUSSAUDA
  • OMEGA 3


inspired by mommies SI

Jangan kau tahan hak Allah padaku

Tazkirah Ramadhan "Jangan kau tahan hak Allah padaku"

Kenapa tak mahu menyusu anak sendiri? anak yang datang dari darah daging ibu dan ayahnya sepatutnya tidak ditahan haknya pada rezeki itu.Penahanan hak anak akan dituntut diakhirat kelak dan si ibu maupun bapa perlu menyediakan penjelasan yang membolehkan mereka berlepas diri dari mahkamah Allah yang Maha Adil.

Mari kita sama-sama menyemak apakah terdapat hadis-hadis yang menerangkan berupa siksa pada ibu yang enggan memberikan hak anaknya itu.Anak kecil yang tidak tahu memprotes langsung memberi kepercayaan pada si ibu tetapi bukan susu segar dari tubuh ibu yang diberikan malah daripada susu tepung dengan pelbagai formula yang diterima.

Anak itu terus meminumnya kerana disangkan itu adalah susu ibunya tapi hari ini anak tersebut sudah tidak berkata-kata lagi kerana ternyata susu tepung itu mengandungi racun yang membunuh manusia.

Oh..ibu..."jangan kau tahan Hak Allah padaku"

Susu ibu penyubur kesih sayang,cinta si anak sepanjang zaman.

Bagi mereka yang tidak banyak susu InsyaAllah minumlah set bersalin HPA ditambahi spirulina dan omega 3.InsyaAllah.




hadist menyusu anak.
Recorded by Ibn Khuzaymah (no.1986), Ibn Hibban and others. Verified to be authentic by Sheikh Albani (Sahih ut-Targhib no.991)



Breastfeeding the Children

A woman has the obligation of breast feeding her children for up to two complete years. Allah says: "Mothers should nurse their children two complete years-- for whosoever desires to complete the nursing term." (Al Baqarah 2:233)

A woman may not forsake this important obligation unless she has an ISLAMICALLY acceptable excuse, such as a genuine medial problem. Women who deny their children their nursing rights are liable to punishment in the grave and in the Hereafter.

Abu Umamah al-Bahili reported that Allah's Messenger (saw) said:

"While I was sleeping, two men (angels) came to me, held my upper arms, and took me to a rough mountain. They said," Climb." I said," I cannot climb it."

They said, " We will make it easy for you."

He continued: " So I ascended until I reached a high place in the mountain. I heard fierce cries and asked, " What are those cries?" The replied, " That is the howling of the people of the Fire."

He continued: "We moved on until I saw some people who were suspended by their Achilles' tendons, their cheeks cut and gushing blood. I asked, "Who are those?" The replied, "Those are the ones who break their fast when it is not permissible."

He continued: "We moved on until I saw people whowere awfully swollen, and had the most foul stench and the most hideous appearance. I asked," Who are those?" He replied,"Those are the dead of the kuffar (on the battlefield)."

He continued: "We moved on until I saw some people who were awfully swollen, and had the most foul stench--their stench was like that of gutters. I asked," Who are those?" The replied," Those are the male and female adulterers."

He continued: "We moved on until I saw some women with snakes biting at their breasts. I asked," Who are those?" The replied, " Those are the women who deny their children their milk."

He continued: "We moved on until I saw boys playing between two rivers. I asked," who are those?" The replied, " Those are the believers' offspring (who die before puberty.)


Recorded by Ibn Khuzaymah (no.1986), Ibn Hibban and others. Verified to be authentic by Sheikh Albani (Sahih ut-Targhib no.991)
Dihantar JawiHerbShop Pada Sunday, September 21, 2008