24 Mei
Pagi- saya pergi menjalani rutin pemeriksaan di klinik
kesihatan seberang jaya. Nurse beri
nasihat macam biasa, masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Yang saya nak dengar hanya degupan jantung
baby dalam perut ni.
Petang – Temujanji dengan Muslimah. Memang kene pegi sebab mereka perlu tahu
kondisi saya. Kami sekeluarga pergi ke
Muslimah, sebab lepas tu nak terus pegi kedai kat Bertam. Masuk bilik doctor, semua anak-anak ikut
masuk. Saya ingatkan doctor Hanita nak
scan macam biasa, dua beradik ni memang teruja nak tengok baby dalam perut ibu
ni. Tapi lain pulak yang dibuat.. ‘Ade
sakit tak?’ Saya yang memang sentiasa
rasa kontraksi ni mengaku je la yang memang ade sakit. ‘Ok la baring, saya nak buat VE’. Terkejut saya. Berdebar-debar. Anak-anak diminta keluar. Doktor Hanita seluk sambil tolak perut saya,
dia kata ‘3 cm’ . Boleh tahan baby dalam
perut ni. Maksudnya baby saya ni
besar. Huhuhu…
‘Esok pagi datang la ye.
Bersalin pagi esok. Rumah dekat
je kan.’ Wah.. senangnye doctor ni
cakap. Saya dah berdebar-debar..
takutnya.. ‘Hmmm… hari Sabtu boleh tak?’
Saya pula menawar. Hahaha.. nak
bersalin normal tapi sibuk nak tentukan hari pulak. ‘sebab saya ade kerja yang belum
selesai’ terbayang kertas soalan yang
tak habis tanda. Saya merancang nak
siapkan semuanya esok. Semak kertas
soalan dan tulis dalam buku rekod supaya senang orang cari markah. ‘Petang esok la.. lepas Jumaat, sebab
hari Sabtu saya ade hal,’kata doctor Hanita. Saya bersetuju. Saya berkira-kira esok nak minta pengetua
kecualikan menyertai Sambutan Hari Guru.
Saya nak siapkan kerja.
Sampai kat kedai, saya sibuk tanda kertas Moral. Call kak Liza suruh dia siap sedia untuk
ambil alih tugas saya nanti. Masa tu
jugak kontraksi semakin kuat, tapi tak kerap.
Lambat lagi ni.. saya berkira-kira.
Saya ajak suami balik awal sikit sebab takut bersalin pulak.
Malam tu masih rasa sakit yang kuat (macam senggugu
je..). tapi Alhamdulillah.. saya boleh
tidur dengan nyenyak.
25 Mei
Bangun pagi tu saya pegi kencing. Ternampak la darah. Hmmm… maksudnya saya kene bersalin pagi ni
jugak. Mandi2.. explain kat Abdul Rahman
yang ibu nak kuarkan baby dalam perut, so dia kene tinggal rumah. Nanti bila baby dah keluar, ayah akan bawa ke
hospital. Dia pun setuju dan faham. Anak yang taat dan pandai. Iffah masih tidur. Bye..bye anak-anak ibu..
Saya rasa nak sarapan dulu.
Tapi kontraksi ni menakutkan la pulak.. suami ikut je saya. Sambil suami memandu ke Muslimah, saya ambil
keputusan nak sarapan dulu. Saya tau
yang saya ni lambat bersalin. Takut tak
cukup tenaga dan suami pulak lapar menanti.
Kami bersarapan roti canai kat area Muslimah. Tak sedap langsung.. hmm… ape2 pun tak sedap
masa tu. Yang terfikir camne nak bersalin
je… Maklumah ini kali pertama saya bersalin di Muslimah. Kedua-dua anak bersalin kat Hospital Kerajaan.
Sampai Muslimah, terus ke bahagian Dewan Bersalin. Kata doctor Hanita, kad saya dah dihantar ke
sana. Masuk labour room dan nurse check
tekanan darah dan VE. 4cm… ah lama
lagi.. Nurse minta saya mengiring dan masukkan sesuatu. Saya masih fobia masa induce melahirkan Iffah
dulu, lalu bertanya ‘Nak induce ke?’ ‘Tak
la.. masuk ubat berak. Tarik nafas ye’. Huh.. selamat. Manelah tau nak bagi cepat bersalin, hentam orang
bagi induce, pas tu masok bill.. hospital swasta la katakan.
Lepas masuk ubat terus rasa nak berak. Cepat2 dia benarkan saya masuk bilik. Lega.. dah melepas. Hihihi… Kat sini bilik
sorang satu berserta toilet. Wah.. selesanya. Ade berapa bilik tah.. saya pun tak
perasan. Ade aircon, zikir untuk
bersalin terpampang besar kat dinding.
Begitu Islamic.
Baru teringat saya terlupa nak bawak ubat Salindah yang
k.Jisma bagi. Suami pun balik rumah,
amik ubat Salindah dan kurma. Sementara
tunggu suami datang balik, saya sempat baca Surah Maryam. Kat sini tak diberi baju macam kat Hospital
Kerajaan. Dia bagi kain je.. tu pun
sebab saya kata kain batik ade dalam kereta.
Kenape ek…? Suami balik semula, saya makan ubat Salindah tu sambil
berdebar2.
Dalam kul 9, Doktor Hanita masuk dengan membawa
gunting. Ngeri betul!. Dia check VE lagi… masih 4 cm. Dia pun pecahkan air kutuban dengan gunting
tu. Dalam kul 9.30, nurse masuk cucuk
tangan masuk air. Hm… nak induce saya la
ni..
Kul 10, saya dibawa ke labour room. Tak payah pakai tudung.. takde org lelaki pun
kat situ kecuali suami saya. Tak selesa
betul katil tu. Di depan saya terpampang
zikir-zikir untuk bersalin. Saya masih
lagi sakit2 manja. Kejap saya duduk,
kejap baring menahan sakit. nurse-nurse pelatih dari MasterSkill ramai2 dok
situ. Agak rimas jugak sebab ramai dalam
5-6 orang. Ade sorang yg tolong urut
belakang saya dan yang lain sembang-sembang hal dunia. Orang tgh sakit.. rimas lah.
Sakit semakin kuat sampai tak terucap zikir bersalin. Suami membaca ayat ape tah dengan Quran Android di Galaxy S2, sambil memegang
tangan saya. Saya dah pesan kat dia,
tolong baca surah yasin masa saya tengah nazak tu. Dia baca surah tu kot…
Nurse yang dipanggil makcik datang check bukaan. Dah 8cm.
patutlah sakit giler.. Nurse makcik tu sapu air selusuh kat perut saya
sambil baca ayat ape tah.. hehehe..
Hampir kul 12, doctor Hanita datang, check bukaan, masih 8
cm. dia pun pasang besi.. ha?? Saya minta
nak bersalin macam biasa. Tapi macam ade
masalah.. saya dah panik.. rupanya dia nak vakum. Saya belum rasa nak bersalin la.. kenapa
diaorg ni? Dah la tak pasang CTG, saya
mmg sakit, tapi belum rasa nak bersalin.
Doctor Hanita vacuum dan 2 org nurse tolak perut saya. Kata makcik nurse kepala baby tinggi. Terdengar pulak nurse sorang lagi tu kata
saya makan salindah. Pulak…
Saya tolak tangan2 yang menekan perut saya. Sakit la!
Dah la sakit kontraksi, tekan perut org lak tu.. 2 kali Doktor Hanita vacuum, dan saya diminta
teran. Malangnya kontraksi tu datang dlm
setengah minit je.. saya tak sempat nk teran habis. Sampai kontraksi lagi saya terus teran. Dan terasa ‘benda’ hangat keluar. Mereka yang berada disekeliling terus
azan. Masih lagi bewarna kelabu, doctor hanita
tunjukkan jantina baby kepada saya. Alhamdulillah…. Yang ditunggu2 telah tiba.
Bersambung...
3 comments:
Assalamualaikum , berapa kos bersalin di klinik muslimah?
Normak rm2300,ceaser rm5000
Assalam.
Nak tanya, ok ke kat Muslimah?
sy tgh carik hospital jugak.
ada baca kata Muslimah takde ob/gyn, cuma MD je. so kalau ada complication akan dihantar ke hosptal sbrg jaya, betul ke? huhu
Post a Comment