Tuesday, June 19, 2012

Pengalaman Bersalin Kali Ke-3 (sambungan)

sambungan.. daripada sini

Alhamdulillah.. keluar juga akhirnya baby yang saya nantikan. Sementara baby dibersihkan, nurse makcik dan doktor goyang-goyang perut saya yang dah geleber itu sambil menekan. Saya tahu mereka sedang mengeluarkan uri. Uri dah keluar, proses menjahit pula. Sebab saya angkat punggung tu yang ade koyak. Padahal doktor Hanita dok pesan jangan angkat punggung. Dalam keadaan panik tu mane nak perasan semua tu. Sekejap je proses menjahit tu. Kire sikit je yang koyak.

Suami keluar untuk azankan baby. Mane2 nurse yang lalu kat saya, semua saya pesan 'SAYA NAK SUSUKAN BABY YE..' 'SAYA NAK MENYUSUKAN ANAK SAYA.. JANGAN BAGI SUSU LEMBU'. Begitulah kalau bersalin di hospital bukan Rakan Bayi. Semua yang saya pesan menganggukkan kepala. Suami kembali dan membayangkan rupa baby yang kacak itu kepada saya. Matanya sepet, hidung agak mancung. Kemudian dia meminta diri untuk solat Jumaat.

Saya masih dibiarkan baring di labour room. Kepala saya sangat sakit. Rasa loya. Lalu saya minta nurse makcik minyak angin dan plastik sebab saya rasa saya akan muntah. Sama macam masa bersalinkan Iffah dulu. Beginilah rasanya. Dapat je plastik terus muntah. Barulah rasa lega. Mereka suruh saya tidur. Tapi mane boleh tidur.. saya terbayangkan anak saya je.

Hampir jam 2, saya masih dibiarkan di labour room. Katana kene tunggu darah cair habis keluar. Saya rasa saya tahu. Dulu masa bersalinkan Iffah, saya turun je dari katil darah fresh keluar banyak. Di sini mestilah mereka pastikan saya tak jadik macam tu lagi sebab kat sini mane ade bekalan darah kalau saya tumpah darah.

Tiba-tiba saat saya cuba melelapkan mata, datang nurse dengan baby. Dia kata dah sejam lebih ni, kene susukan. Saya apa lagi.. bagaikan org mengantuk disorongkan bantal, dengan seronoknya nak menyusukan dan menatap wajah baby yang saya kandung selama ini. Pandai dia menyusu. Saya juga telah mahir menyusu secara baring ni. Tak kekok langsung kami berdua. Dalam 5 minit, baby tertidur semula dan nurse ambil bawa ke nursery.

Selesai solat Jumaat, suami datang semula ke labour room. Nurse menawarkan saya air milo dan biskut. Saya memang lapar tapi tak larat nak bangun. Dari pinggang hingga ke kaki macam dah lumpuh. Suami cuba dudukkan saya. Alhamdulillah.. masih boleh duduk. Dia menyuapkan biskut dan air kepada saya. Hehehe.. bahagia rasanya.

Kemudian saya dibawa ke wad. Sepatutnya saya tidur kerana anak dijaga di nursery. Tapi memang tak boleh tidur. Saya dan suami mintak baby. Nurse datang bawakan baby dan tanya untuk apa? 'Saje2 nak tengok baby..' Dia kata tak boleh lama sebab bilik saya sejuk. Lepas tu baby di bawa semula ke nursery sambil saya berpesan, kalau dia nak susu bawakan pada saya.. Bimbang betul saya kalau-kalau saya lalai.. mereka akan sumbat susu lembu. Saya memang tak izinkan anak saya diberi susu lembu! Patutnya saya sediakan label 'TOTALY BREASTFEEDING'. Barulah saya lena tidur gaknye.

Suami balik ke rumah dan saya ingin berehat. Saya terlelap sekejap2 sambil tv terbuka. Petang tu ARANE datang bersama suami. Iffah tidur di rumah. Untuk makan malam saya dihidangkan makanan orang berpantang. Dah bermula episod berpantang saya ni.

Malam.. saya minta baby. 2-3 kali nurse (nurse lain2) masuk bilik memujuk saya menyerahkan baby untuk mereka jaga dan minta saya berehat. Saya kata takpe la.. saya nak menyusukan anak saya. Padahnya pada saya jugak... dengan sakit pinggang tu.. saya kene jaga baby yang asyik terjaga nak susu, berak dan nak tidur dalam pelukan. Sepanjang malam yang asyik terbangun tu, terdengarlah suara-suara bayi lain menangis. Sayu saya dengar... mereka dahagakan susu ibu.. kehangatan ibu.. sedangkan ibu mereka nyenyak tidur agaknya. Untunglah kamu anakku.. sedetik kamu gelisah, terus ibu dakap, menawarkan kamu susu yang segar.

Pagi... Doktor datang cek jahitan. Dah boleh balik! Yea.. bil semua lebih kurang RM1800. Okla tu.. yang penting saya bersalin dihadap oleh semua yang bertudung. Saya mampu beli barang yang lebih mahal daripada harga itu, takkan lah tak boleh nak dapatkan yang bertudung untuk menyambut kelahiran. Takut dipersoalkan diakhirat pula nanti. Semoga saya sekeluarga dimurahkan rezeki...

No comments: