Dua hari lepas, ARANE demam tinggi lagi. Suhu 38 - 39. Tapi kali ni saya dah boleh handle. Mandikan dia, tuam-tuam dengan tuala basah, bagi makan panadol syrup. Semalam dia sembuh sepenuhnya. Tapi lepas demam, ARANE ade 'penyakit' baru, iaitu menangis tanpa henti. Kekadang tu sampai berjam-jam dia sanggup menangis. Semalam saya rasa macam nak mati je.. sepanjang hari ARANE menangis dan saya tak tau kenapa dia menangis. Bagi susu tak nak, minum tak nak, makan tak nak, jalan kat luar, dukung, mandi pun menangis. Masuk buai lagi la meronta-ronta nak turun. Dia menangis sampai tertidur dipangkuan saya. Tapi bila diletak, menangis lagi. Jadi saya terpaksa memangkunya sepanjang dia tidur.
Kemudian OK sekejap waktu petang. Mungkin dah cukup tidur. Malam pula, masa tidur, dia meragam lagi. Ayahnya pun pening tengok keadaan dia. Saya lagilah.. sepanjang hari menghadapi ragamnya yang 'misteri' itu.
Pagi tadi ARANE buat hal lagi... Ya Allah.. Apalah dugaan ini. Saya tak sanggup nak marah2 ARANE kerana takut pada kemurkaan Allah. Sebab saya teringat ada satu doa anak-anak kepada ibu bapa yang bermaksud, Ya Allah, kasihanilah ibu bapaku seperti mana mereka menyayangiku semasa aku kecil. Jika saya marah2 dan tak tahan dugaan ini, macam mana Allah nak menyayangi saya nanti. Lantas saya mengadu pada suami yang sedang bekerja walaupun saya tahu dia pun tak boleh nak buat apa2. Sekurang-kurangnya ade orang yang mendengar masalah saya.
Tiba-tiba sedang saya memangku ARANE yang sedang menangis sambil memasukkan jadi ke dalam mulut, saya terpandang sesuatu di gusinya. OOo... ade gigi nak tumbuh di bahagian bawah. Saya terus pegang kawasan itu, tapi dengan pantas ditepis oleh ARANE. Mesti tempat itu sakit.
Saya menidurkan ARANE. Rupa-rupanya dia nak tidur dengan berbaring di atas saya. Setelah lena, perlahan saya letakkannya di atas tilam. Bangun tidur, tentu dia sangat lapar. Saya terus memberinya susu. 6oz dihabiskannya. Saya cuba memberinya nasi, dia menolak. Saya membawa ARANE ke farmasi untuk membeli ubat tumbuh gigi iaitu Dentinox Teething Gel. Itu pun setelah saya surfing internet semasa ARANE dia tidur tadi. Ada 2 jenis ubat untuk bayi tumbuh gigi ni berbentuk gel atau pun spray. Setelah sapu pada ARANE dia macam lega sikit. Alhamdulillah... selesai masalah!
RESIPI KEK PAUN OREN
10 months ago
No comments:
Post a Comment