Friday, June 26, 2009

Family Gathering 2009

Keluarga : belah ayah
Tarikh : 13 Jun 2009
Tempat : Port Dickson, Negeri Sembilan

Semua keluarga hadir kecuali Cik Man mewakilkan Abang Dan. Saya dan keluarga pula saje nyibuk2 nak jumpa mak, ayah dan keluarga yang lain sebab nanti raya tak dapat balik Johor..huhuhuhu.. (tengah sarat mengandung).

Bertempat di PD, tempat di mana saya dan rakan-rakan selalu berkursus dan melapangkan fikiran kala hujung minggu semasa mengajar di Negeri Sembilan dulu.



Bermula dengan acara memanaskan badan iaitu mandi manda.


Kemudian diteruskan dengan acara memasukkan air ke dalam botol

Acara bowling pantai..


Memancing tin. Dalam gambar inilah juaranya.


Pertandingan mencari remis. Sambil-sambil cari tu terus bina istana pasir. Saya tak terlibat la sebab panas sangat masa tu.

Makan time! Malam diadakan BBQ secret resepi daripada Chef Mod. Paling best ikan keli bakar hasil belaan Cik Bedah kat tepi rumah dia. Ade jagung bakar yang ditaja oleh orang Ipoh. Sape lak yang dalam buai tu? ARANE la... dia dah lepak. Nasib baik bawak buai.. kalau tak, jenuh la nak pangku dia. Sape-sape dok nogori tu.... cuba teka lokasi BBQ kami ni ni.. Hehehe.. tak jauh daripada umah Cik Bedah aku.

Monday, June 22, 2009

Anak Lelaki Ke Perempuan?

Debaran menanti untuk anak kali ini. Nak pergi scan macam awal lagi je.. nanti rugi pulak. Maklumlah bukan murah nak scan ni. Terjumpa satu blog yang memaparkan carta ini. Kalau ikut masa mengandungkan ARANE, memang tepat. Kali ini tak tau la.....


Tapi menurut kalender ini, anak lelaki lagi... takpe, nanti akanku scan untuk kepastian. Hajat dihati nak scan 3D. Biar jelas.

Friday, June 12, 2009

Jalan-jalan

Barang-barang bayi yang wajib dibawa jika melancong :

1. baju tidur, baju jalan
2. diapers
3. minyak telon
4. grip water
5. panadol syrup
6. tuala mandi
7. tuala kecil
8. wet tissue
9. barang-barang mandian
10. stokin
11. topi
12. susu


Ape lagi ye... kalau teringat saya tulis lagi

Cerai Susu

Hari Rabu yang lalu untuk pertama kalinya saya tidak memberi langsung susu ibu pada ARANE. Saya hanya beri dia freshmilk sepanjang hari itu hinggalah keesokan paginya.

Akibat daripada perbuatan saya itu, baju saya basah dengan air susu pagi semalam. Menitis-nitis.. saya terus beri sebelah pada ARANE yang baru saja minum freshmilk. Dia apa lagi, suke je la minum walaupun dah kenyang. Setelah puas, ARANE mula bangun dan main sendiri. Sebelah lagi menitis juga. Saya tunjuk pada ARANE dan dia boleh ketawa pula.. apa lagi, suruh dia minum yg sebelah tu juga. Nasib baik dia tak menolak dan tolong keringkan breast yang sebelah tu...

Saya saje nak biasakan ARANE dengan freshmilk tu. Untuk menghadapi perut yang makin besar ni.

Apa yang saya perasan, walaupun ARANE dah tak mintak susu ibu lagi, dia tetap nak tidur atas dada saya. Nak bau badan saya dan baru dia boleh tidur dengan lena. Seronoknya kalau dapat beri ARANE susu ibu lagi... tapi apakan daya saya dah tak sanggup menahan sakit.

Wednesday, June 10, 2009

Tumbuh Gigi

Dua hari lepas, ARANE demam tinggi lagi. Suhu 38 - 39. Tapi kali ni saya dah boleh handle. Mandikan dia, tuam-tuam dengan tuala basah, bagi makan panadol syrup. Semalam dia sembuh sepenuhnya. Tapi lepas demam, ARANE ade 'penyakit' baru, iaitu menangis tanpa henti. Kekadang tu sampai berjam-jam dia sanggup menangis. Semalam saya rasa macam nak mati je.. sepanjang hari ARANE menangis dan saya tak tau kenapa dia menangis. Bagi susu tak nak, minum tak nak, makan tak nak, jalan kat luar, dukung, mandi pun menangis. Masuk buai lagi la meronta-ronta nak turun. Dia menangis sampai tertidur dipangkuan saya. Tapi bila diletak, menangis lagi. Jadi saya terpaksa memangkunya sepanjang dia tidur.

Kemudian OK sekejap waktu petang. Mungkin dah cukup tidur. Malam pula, masa tidur, dia meragam lagi. Ayahnya pun pening tengok keadaan dia. Saya lagilah.. sepanjang hari menghadapi ragamnya yang 'misteri' itu.

Pagi tadi ARANE buat hal lagi... Ya Allah.. Apalah dugaan ini. Saya tak sanggup nak marah2 ARANE kerana takut pada kemurkaan Allah. Sebab saya teringat ada satu doa anak-anak kepada ibu bapa yang bermaksud, Ya Allah, kasihanilah ibu bapaku seperti mana mereka menyayangiku semasa aku kecil. Jika saya marah2 dan tak tahan dugaan ini, macam mana Allah nak menyayangi saya nanti. Lantas saya mengadu pada suami yang sedang bekerja walaupun saya tahu dia pun tak boleh nak buat apa2. Sekurang-kurangnya ade orang yang mendengar masalah saya.

Tiba-tiba sedang saya memangku ARANE yang sedang menangis sambil memasukkan jadi ke dalam mulut, saya terpandang sesuatu di gusinya. OOo... ade gigi nak tumbuh di bahagian bawah. Saya terus pegang kawasan itu, tapi dengan pantas ditepis oleh ARANE. Mesti tempat itu sakit.

Saya menidurkan ARANE. Rupa-rupanya dia nak tidur dengan berbaring di atas saya. Setelah lena, perlahan saya letakkannya di atas tilam. Bangun tidur, tentu dia sangat lapar. Saya terus memberinya susu. 6oz dihabiskannya. Saya cuba memberinya nasi, dia menolak. Saya membawa ARANE ke farmasi untuk membeli ubat tumbuh gigi iaitu Dentinox Teething Gel. Itu pun setelah saya surfing internet semasa ARANE dia tidur tadi. Ada 2 jenis ubat untuk bayi tumbuh gigi ni berbentuk gel atau pun spray. Setelah sapu pada ARANE dia macam lega sikit. Alhamdulillah... selesai masalah!