Saturday, December 26, 2009
Rambut Iffah
Saturday, December 19, 2009
Suap Makan
Mari Sembunyi
Masa ni tgh menjaga Iffah, tetiba ARANE sibuk main sorok-sorok plak. Baju ni paling ARANE tak suke pakai sebab tak bleh nk korek pusat masa minum susu.
Sunday, December 13, 2009
TO SAVE OR DUMP?
Save or Dump? : Use for next feeding, otherwise discard.
Why: Bacteria from the baby's mouth may have entered
the milk during the feeding. This may lead to
bacterial contamination if it sets too long (though
as yet there is no research available).
Milk that has been thawed
Save or Dump? :Save in the refrigerator or 24 hours after thawing, then discard. Do not refreeze.
Why :Milk that has been frozen has lost some of the
immune properties that inhibit bacterial growth in
fresh refrigerated milk.
Milk that has been kept in the refrigerator for five days
Save Or Dump? :Transfer to storage in the freezer, or discard.
Why: Bacterial growth is not a problem, but milk sometimes picks up odors or flavours from the
refrigerator or the container.
LINK :http://www.momslittleones.com/catalog/download/STORAGE_GUIDELINES_FOR_HUMAN_MILK.pdf
Wednesday, December 9, 2009
1 bulan
Monday, December 7, 2009
Medela Freesyle
Saturday, December 5, 2009
Pengalaman Bersalin 4 - Baby Keluar
Suami masuk semula. Kontraksi semakin kuat. Tak tertahan lagi, rasa nak meneran. SN memeriksa bukaan baru 7cm. Lantas dia membesarkan lagi bukaan menggunakan tangannya. Saya menyatakan lagi, saya rasa nak teran! Ok, doktor dipanggil (Dr. Koh dan india2 yg bodo), barang2 utk bersalin disediakan. Saya pun dibenarkan meneran walaupun saya rasa diaorg macam tak yakin saya boleh teran.
Sekali teran........... Kepala terkeluar. Dr. Koh suruh saya berhenti untuk meneran. Padahal mmg saya boleh teran lagi. Dia tunggu kontraksi yang akan datang. Ok.. teran lagi........ (sambil diberi sokongan oleh suami, misi dan doktor di situ). Alhamdulillah... terdengar tangisan Nurul Iffah. Lahirlah anak keduaku ke dunia tepat kan 8.09pm. Terus ditunjukkan jantina dan diletakkan di atas dada saya. Saya sempat menyentuh pipi Nurul Iffah.
Suami diminta keluar. Uri masih di dalam. Ala... tak bestnye kene korek lagi. Air kencing dikeluarkan lagi dengan menggunakan tiub. Berapa banyak aku kencing daa.. Uri dah keluar lega la. Tunggu proses menjahit pula. Dr. Koh minta doktor pelatih yg salah cucuk tangan saya tadi untuk menjahit saya. Saya ape lagi.. ‘takmo! Dia nk suntik saya pun tak reti, ni nk jahit plak.’ ‘ala... urat kt tangan akak yang susah nk nmpk’ menjawab lagi... Selama ni tak pernah org komplen tak nmpk urat tangan saya. Saya ni kurus je la. Misi Kak Bah pun kata senang nk cari urat saya.
SN India tadi pun masuk. ‘I nak jahit... patient request tadi.’ Hahahaha... tak ingin saya berurusan dengan doktor bodo sombong tu lagi. 3 jahitan saya kene. Dr. Koh tanye saya nk bius ke tak, saya pun nk je la. Tapi rasanya same je bius ke tak. Sakit gak.
Lepas jahit, saya nampak Nurul Iffah diletakkan bawah lampu siap dimandikan. Saya tanye misi kat situ, ‘anak saya dah azankan blum?’ Dia kata sudah. Saya pun mintak anak saya untuk disusukan. Bestnya kembali ke alam menyusu!
Pengalaman Bersalin 3 - Bilik Bersalin
Sampai di labour room, saya disorong masuk ke bilik bersalin. Tengok sekeliling macam ku kenal bilik ini. Oo..... bilik yang sama saya melahirkan ARANE. Saya menggigil, terketar2. Sejuk bercampur rasa takut nak bersalin. Baring je saya kat atas katil tu, berebut-rebut doktor pelatih datang. Ade 4 orang, 3 orang perempuan berbangsa India, dan seorang lelaki juga berbangsa India.
2 orang doktor perempuan itu ingin memecahkan air kutuban dan mengeluarkan air kencing melalui tiub. Seperti biasa, dia menyapu cecair yg sejuk tapi ditenyeh2 sehingga saya rasa pedih. Saya mengadu pada mereka, tetapi dia kata itu prosedur biasa. Eleh... dulu saya pernah melalui keadaan mcm tu tapi takde la pedih mcm ni. Sedang doktor perempuan gile tu menyakitkan saya, ditambah dgn rasa kontraksi yg kuar, seorang lagi doktor perempuan bersama doktor lelaki tadi sedang menyibuk ingin menyuntik tangan saya untuk memasukkan air. Teruk btul diaorang ni, dah la tak tgk graf kontraksi saya, berebut-rebut nak menyakitkan saya.
Doktor perempuan tadi menyuntik tangan kanan saya sambil dipererhatikan oleh doktor lelaki (Arvin). Tetiba doktor perempuan ni pun kata, “alamak! salah cucuk la (dlm bahasa tamil), i did it so many times.” Arvin pun kata,”its ok.. u can try again.” Kepala hotak dia nk try2 kat saya ni!!
Pedih giler mereka lakukan pada saya, memecahkan air kutuban dan mengeluarkan air kencing. Saya menangis kesakitan. Bukan sakit sebab kontraksi, tapi sebab pedih diperlakukan mcm tu. Setelah selesai memedihkan saya, saya tersepak krim yang diletakkan di bawah kaki saya. Lantas doktor perempuan itu memarahi saya, ‘kenapa akak pijak..’ ‘kenapa awk letak kat situ, mana la saya nampak. ‘ ‘mmg tempat dia kat situ’ Takkan la tempat krim tu kat situ. Alahai... terserlah kebodohan doktor India tu. Dah la bodo, nk menjawab plak.
Arvin pergi ke sebelah kiri saya untuk menyuntik lagi. Tetiba handphone dia berbunyi... dia pun menjawab panggilan itu, 2 ekor doktor perempuan India yang bodo mengusik Arvin, “marka tipon kaaa... (dalam bahasa tamil). Tersengih2 Arvin diusik. Tolonglah.......... saya pun tak pernah jawab telefon dalam kelas. Kecuali kalau mmg ade org dah janji nk jumpa saya hari itu. Untuk panggilan gedik2 ni tak pernah! Ok, Arvin dah abis bergayut. Dia pun ikat pergelangan tangan saya. Pas tu terus cucuk dan masukkan tiub. Darah kat tangan saya mengalir macam ade org kelar. Penuh darah kat tangna saya. Nurse yang tengok kat situ, kata ‘kenapa awk tak bukak ikatan tu’. Lagi satu kebodohan...
Saya mintak ubat tahan sakit, tapi oleh kerana saya menangis, graf saya terganggu. So, ubat tak boleh masukkan sehingga saya tenang. Misi amik tekanan darah saya. 140.. tak pernah capai tahap tu mengikut rekod saya. Sampia misi kata rosak gaknye mende ni. Saya rasa mmg x rosak, tapi mmg saya tertekan dgn kebodohan doktor2 itu. 5.30pm suami pun masuk. Abis saya menceritakan kebodohan doktor2 India tu tadi. Lega rasanya dapat meluahkan perasaan.
Setelah saya kembali tenang, seorang SN berbangsa India masuk untuk melihat graf saya, masa tu saya pun mintak la supaya SN tu menjahit saya nnt, saya takmo doktor tu jahit saya. SN tu pun kata ok. (ni semua misi mek kelate tu yg ajar!) Ubat tahan sakit disuntik di belakang saya.
Ubat itu membuatkan saya hayal, tetapi masa kontraksi, sama je sakit sgt. 7.15pm, saya tak rasa nak bersalin lagi. Saya pun suruh suami solat maghrib dulu. Kali ini sekali lagi air kencing saya dikeluarkan. Tapi bukan dengan tiub. Lega......
bersambung..
Monday, November 23, 2009
Pengalaman Bersalin 2 - Kontraksi Bermula
Jam 12.30, suami datang bersama ARANE. Macam mane diaorang boleh masuk, saya pun tak tau. Sebab belum masa melawat pun. Abang bawa air akar fatimah. Dia terus rendam pokok tu dalam tuperware dan suruh saya minum. Saya pun minum dengan habuk2nye sekali. Ade la dalam 2-3 teguk saya sanggup minum. ARANE punye la gembira dapat jumpa saya, turun naik katil, jalan-jalan dalam wad. Orang katil depan yang dah bersalin tu dedua tengah kemas-kemas nak balik. Bestnye...
Saya dah mula terasa sakit kotraksi. Wah... biar betul air ni. Powernye. Sambil melayan ARANE, sambil melayan sakit. ARANE dah mula main tolak2 kerusi plastik. untuk tidak mengganggu orang lain, saya ajak suami dan ARANE turun bawah, duduk kat pondok. Macam biasa beli air tekan2 dan minum sama2.
Jam menunjukkan hampir pukul 2.00pm, sakit saya semakin kerap dan sgt sakit. Ya.. sakit yang sangat luar biasa. Tak macam saya sakit masa nak melahirkan ARANE dulu. Sakit 5 minit sekali. Tak tahannya saya.. lalu saya minta suami balik dulu sebab saya nak naik atas, nak baring. ARANE dan suami akan tunggu di rumah mertua saya. Sebab saya rasa saya akan bersalin hari ni jugak.
Sampai kat atas, shift nurse bertukar. Pulak tu ade latihan takde elektrik. Ler... time2 ni pulak dia nak buat latihan takde elektrik. Dalam wad tu dah tinggal saya dengan Wati je. Dah la saya sakit, takde lektrik pulak tu. Panas....
Tapi sejap je, sebab diaorang nak buat CTG kat saya yang tenat ni. Huh sakit betul la... sampai misi tu suruh saya mengiring, tarik nafas dan hembussss.............
Sambil-sambil sakit tu saya sempat request nak katil yg rendah. Sebab katil saya katil lama yang tinggi. Misi keling saya tak ingat nama mulanya tak bagi jugak, sbb dia kata tu katil orang operation. Tapi dia pandang keliling hanya saya dan Wati je yang ade kat situ, dia pun kata ok.
Lepas habis buat CTG, saya pun pindah ke katil depan yang lebih rendah. Misi keling dan misi hindu yang tolong saya pindahkan barang. Saya mmg dah tak larat dah. Habis diaorang kemas, saya cakap kat misi keling, saya ade rasa nak berak. Wah... kelam kabut semuanya. Cari2 doktor tengah meeting pulak. Misi keling minta nak cek bukaan saya dan saya izinkan. Ye la.. mane la tau kan. Tutup tirai, cek2 baru buka 4cm. Saya rasa nak kencing pulak.. tapi mereka langsung tak bagi pegi toilet dengan alasan, takut terberanak dalam toilet. Kami tak mau ade kes kat wad kelas 1. Ler....
Jam 4 pm, datang pulak doktor Saripah nak cek bukaan. .... yes 4cm, dan nak tolak saya pegi labour room. Saya dah sakit giler sampai pegang besi katil. Misi dah sedia dengan kerusi roda, minta saya ambil baju anak. Saya pun ambil baju anak sambil dibantu oleh misi hindu. Telefon suami. Abang kata dia akan datang lepas solat Asar dan isi minyak kereta. Dah duduk atas kerusi tu kene tunggu pulak doktor Saripah tu tulis2. Waduh.... sakitnye... sambil tangan saya tak lepas menggengam besi kerusi roda tu... 4 minit sekali sakit tu datang.
Friday, November 13, 2009
Pengalaman Bersalin 1
Bangun pagi itu saya siap-siap mandi dan solat Subuh. Ye la, kata nak induce pagi ni. Lepas sarapan diedarkan, fail-fail merah diletakkan di atas meja masing-masing. Seorang misi dari Kelantan ambil BP dan cek jantung baby. Sambil tu sembang-sembang la ngan misi tu. Baiknye dia, boleh tanye macam2, tapi saya tak ingat namanya. Doktor pun datang belek-belek fail. Doktor yang suke bawak handbag besar tu cakap pada saya, nanti lepas ni kene induce ye. Happynye saya, macam la doktor tu nak bagi saya bersalin tanpa rasa sakit.
9.30am saya diminta ke tempat untuk induce. Misi Mek Kelate tu ambil kerusi roda, saya pun tengok dengan muka yang pelik.. “nanti lepas induce tak boleh jalan, takut ubat jatuh”. Oooo... saya tak tanye pun dia jawab. Kan saya kata misi ni baik.
Saya masuk ke satu bilik ni. Saya kira ini ialah wad khas, sebab ibu-ibu yang di dalam ini macam dalam keadaan kritikal, dengan salur berbelit-belit. Ada la dalam 5 orang. Mungkin baru lepas operation. Saya sempat memerhati sekeliling, setiap katil ada misi yang layan, ade juga suami yang cuba membangunkan isteri yang dahagakan air. Suami mithali.
Saya diminta baring atas katil. Doktor handbag besar siap memakai sarung tangan menyuruh saya kangkang. Dia pun cek bukaan saya. “2 cm.” “ok I masukkan ubat ye.” Saya tak rasa pun ubat tu masuk. Tetiba dia kata ok. Saya duduk di kerusi roda dan terus dibawa ke wad semula oleh misi mek kelate. Misi mek kelate tu kata saya kene baring sehingga 1 jam, baru boleh gi toilet ke.. mana2 ke.
bersambung.....
Thursday, November 12, 2009
3 Nov 2009
Pukul 6.15am, saya dah bangun untuk solat subuh. Kemas-kemas rumah sket, kemas baju ARANE untuk dihantar ke rumah Kak Yang. Kejut suami dan teruskan mengemas barang-barang untuk dibawa ke hospital. Saya mandi dan bersiap-siap.
Jam menunjukkan 7.30am, suami mendukung ARANE ke kereta. ARANE yang tengah mamai sempat bertanya pada saya “na..na..” maksudnya nak pegi mane? Dalam perjalanan ke rumah Kak Yang dia nampak riang sebab nak berjalan. Tiba di rumah Kak Yang, Kak Yang dah tunggu kat tembok depan rumah sambil bersembang dengan jirannya. Saya yang mendukung ARANE, terus menyerahkan pada Kak Yang. Terus menangis ARANE sambil mengapai tangan. Sayu hati terpaksa berpisah dengan dia. Inilah kali pertama saya berpisah lama dengan dia.
Suami dan saya meneruskan perjalanan sambil melambaikan tangan pada ARANE. Sampai di hospital, lebih kurang 8.30am saya dan suami terus ke kaunter. Seorang berbangsa India duduk di kaunter. Saya terus menunjukkan buku merah padanya. Dia terus menjawab, “ kak, semua worang tada” dengan telo Tamil. Saya pun menyatakan yang saya post due dan dikehendaki warded hari ini. Dia pun membenarkan saya masuk ke bilik saringan.
Saya terus menyerahkan buku merah kepada doktor di dalam bilik saringan dan tunggu di luar bilik. Keluar seorang doktor perempuan berbangsa India menyoal siasat saya untuk memenuhkan borang. Katanya di dalam ada pesakit sebab tu dia soal siasat saya diluar.
Tak lama lepas tu, saya dipanggil masuk. Disuruh baring untuk ambil BP dan dengar jantung anak. Sementara tu saya pandang keliling, 3 orang doktor pelatih perempuan berbangsa India sedang terkial-kial memasukkan jarum ke tangan pesakit yang berbadan besar untuk mengambil darah. Sampai 3 tempat dicucuk baru dapat darah. Tiba giliran saya untuk mengambil darah, nasib baik sekali cucuk je.
Saya terus dibawa ke wad ditingkat atas. Tengok2 dapat bilik 1 yang ade 5 katil dan bilik air di dalam. Ok la ni... saya dan suami turun semula ambil beg dan naik ke atas.
Tinggal la saya sendiri. Ada seorang di katil depan baru je bersalin malam tadi anak perempuan. Sebelah katilnya saya lihat seorang perempuan agak muda sedang disorong ke labour room. Dah nk bersalin la tu.
Lepas salin uniform pink, saya berjalan-jalan ke katil perempuan yang baru melahirkan anaknya malam tadi. Sembang-sembang denganya, ini anak keduanya sama seperti saya. “semalam bukaan saya 2cm, org sebelah ni bagi saya air ni” sambil menunjukkan bekas dadih. “saya minum ¾ je air ni, terus sakit yang 5 minit tu dan bukaan dah 5 cm. Pas tu masuk labour room.” Ceritanya sungguh-sungguh. “Air ape ni?” “Air akar fatimah”. Ooo... saya pun minum jugak air ni. Tapi tak jadi ape2 pun. Takpe, esok saya suruh suami saya bawak.
Saya meninggalkan perempuan itu bersama anaknya. Tentulah dia keletihan, sebab baru melahirkan malam tadi. Saya diminta baring untuk diambil BP dan CTG. Laparnya perut saya sebab tak makan sejak pagi tadi. Saya masuk ke wad pukul 9.30am. mestilah makanan sudah diedarkan. Nasib baik saya sempat mencapai roti untuk dibuat bekalan. Makan dengan air coklat. Ok la tu..
Saya ingat saya dtg pepagi, terus la doktor induce. Tp tak pulak... menurut misi, doktor pakar dah round. Nnt petang dia ade doktor tengok. Ha.. tengok je??? Saya sampai tak tau nak buat ape. Dah la tak bawa apa2 bahan bacaan. Main game kat hp je la. Suami kata dia tak datang tengah hari ni. Nanti petang kul 5 baru dia datang . Lagi la bosan...
Kul 12, diaorang hantar lunch. Best2... lauk gulai ayam ngan sayur. Saya belasah je sebab lapar. Pas makan tidur...zzz... waktu melawat, saya teruskan tidur. Masa saya tidur tu ade sorang doktorkejutkan saya dan tanye “kenapa puan bersalin kat sini? Alamat puan kat seberang jaya. “ Saya jawab dalam keadaan mamai, “ umah mertua saya kat sini” “ooo... puan nak berpantang di rumah mertua la ye”. Terus doktor tu membuat kesimpulan. Saya pun angguk sambil tersenyum. Bile masa pulak nak pantang kat sini. Saya nak balik rumah saya.
Pukul 2 petang, misi shift petang pun masuk. Datang la depa buat keje macam biasa ambil BP saya. Pas tu ade doktor tu suruh saya turun ke klinik untuk scan. Gembiranya hati dapat gi jalan-jalan. Seorang misi membawa saya ke klinik untuk scan. Baru saya tau ade jalan rahsia dari hospital ke klinik. Sampai di sana kene tunggu kat luar. Sementara menunggu tu, datang sekumpulan ibu-ibu mengandung dari wad kelas 3. Diaorang gelak dan bersembang punye la kuat. Ye la satu geng kan. Saya diam je la sbb tak kenal pun. Dah la uniform sama semua warna pink, membuatkan saya rasa diri ini seperti tahanan penjara yang sedang menunggu giliran.
Tiba giliran saya masuk ke dalam untuk scan. Ade doktor perempuan yang selalu bawa handbag besar. Doktor tu yang scan saya sambil diperhati oleh beberapa doktor yang lain. Soalan pertama saya ialah berapa berat baby saya? Dia kata perlu ukur semua baru bleh dapat. Lepas abis ukur2 semua, dia raba2 dan goncang perut saya. “it’s maybe 3.2 or 3.4.” Nasib baik takde la besar sangat.
Balik semula ke wad, saya terus solat Zohor di tepi katil. Doa saya hanya satu... dipermudahkan bersalin. Katil yang kosong sebelah tingkap telah dipenuhi. Namanya Wati. Sempat la kami bersembang. Maklumlah saya cikgu, dia pun cikgu, tentulah banyak topik nak sembang. Dia ditahan sebab disyaki diabetis. So, kene duduk hospital 3 hari.
Petang tu suami datang bawa bahan bacaan yang menakutkan. Kami bersembang-sembang di bawah sambil minum air tekan2. Saya ape lagi, pulun la minum nescafe sejuk2 sedap... lepas ni tak leh minum air sejuk lagi.
Pukul tujuh malam, waktu melawat pun dah tamat. Saya naik ke atas, tapi sebelum tu memang berbakul-bakul peringatan saya untuk suami yang akan menjaga ARANE seorang diri buat pertama kalinya. Naik atas, ade seorang doktor tengah ronda. Doktor lelaki berbangsa India tu selak2 fail saya dan berkata "esok pagi2, kalau takde apa2 tanda, kami akan induce puan ye". Saya hanya mengangguk. Lepas tu saya mandi, solat Maghrib dan teruskan aktiviti bersembang dengan Wati. Perempuan yang tadinya disorong ke LB, telah kembali bersama baby boy.
Lepas solat Isya, saya baring2 dan tidur. Tapi malam2 terjaga sebab nyamuk punye la byk, 2 baby baru tu asyik menangis. Tak tenang pun ye jugak.. esok nak kene induce kan. Orang kata sakit giler. Entah la saya pun tak penah rasa. Ada yang kata sampai 3 kali masuk ubat tak bukak2. Perut pun asik cekang je. Esok....
Bersambung....