Thursday, November 12, 2009

3 Nov 2009

Pukul 6.15am, saya dah bangun untuk solat subuh. Kemas-kemas rumah sket, kemas baju ARANE untuk dihantar ke rumah Kak Yang. Kejut suami dan teruskan mengemas barang-barang untuk dibawa ke hospital. Saya mandi dan bersiap-siap.

Jam menunjukkan 7.30am, suami mendukung ARANE ke kereta. ARANE yang tengah mamai sempat bertanya pada saya “na..na..” maksudnya nak pegi mane? Dalam perjalanan ke rumah Kak Yang dia nampak riang sebab nak berjalan. Tiba di rumah Kak Yang, Kak Yang dah tunggu kat tembok depan rumah sambil bersembang dengan jirannya. Saya yang mendukung ARANE, terus menyerahkan pada Kak Yang. Terus menangis ARANE sambil mengapai tangan. Sayu hati terpaksa berpisah dengan dia. Inilah kali pertama saya berpisah lama dengan dia.

Suami dan saya meneruskan perjalanan sambil melambaikan tangan pada ARANE. Sampai di hospital, lebih kurang 8.30am saya dan suami terus ke kaunter. Seorang berbangsa India duduk di kaunter. Saya terus menunjukkan buku merah padanya. Dia terus menjawab, “ kak, semua worang tada” dengan telo Tamil. Saya pun menyatakan yang saya post due dan dikehendaki warded hari ini. Dia pun membenarkan saya masuk ke bilik saringan.

Saya terus menyerahkan buku merah kepada doktor di dalam bilik saringan dan tunggu di luar bilik. Keluar seorang doktor perempuan berbangsa India menyoal siasat saya untuk memenuhkan borang. Katanya di dalam ada pesakit sebab tu dia soal siasat saya diluar.

Tak lama lepas tu, saya dipanggil masuk. Disuruh baring untuk ambil BP dan dengar jantung anak. Sementara tu saya pandang keliling, 3 orang doktor pelatih perempuan berbangsa India sedang terkial-kial memasukkan jarum ke tangan pesakit yang berbadan besar untuk mengambil darah. Sampai 3 tempat dicucuk baru dapat darah. Tiba giliran saya untuk mengambil darah, nasib baik sekali cucuk je.

Saya terus dibawa ke wad ditingkat atas. Tengok2 dapat bilik 1 yang ade 5 katil dan bilik air di dalam. Ok la ni... saya dan suami turun semula ambil beg dan naik ke atas.

Tinggal la saya sendiri. Ada seorang di katil depan baru je bersalin malam tadi anak perempuan. Sebelah katilnya saya lihat seorang perempuan agak muda sedang disorong ke labour room. Dah nk bersalin la tu.

Lepas salin uniform pink, saya berjalan-jalan ke katil perempuan yang baru melahirkan anaknya malam tadi. Sembang-sembang denganya, ini anak keduanya sama seperti saya. “semalam bukaan saya 2cm, org sebelah ni bagi saya air ni” sambil menunjukkan bekas dadih. “saya minum ¾ je air ni, terus sakit yang 5 minit tu dan bukaan dah 5 cm. Pas tu masuk labour room.” Ceritanya sungguh-sungguh. “Air ape ni?” “Air akar fatimah”. Ooo... saya pun minum jugak air ni. Tapi tak jadi ape2 pun. Takpe, esok saya suruh suami saya bawak.

Saya meninggalkan perempuan itu bersama anaknya. Tentulah dia keletihan, sebab baru melahirkan malam tadi. Saya diminta baring untuk diambil BP dan CTG. Laparnya perut saya sebab tak makan sejak pagi tadi. Saya masuk ke wad pukul 9.30am. mestilah makanan sudah diedarkan. Nasib baik saya sempat mencapai roti untuk dibuat bekalan. Makan dengan air coklat. Ok la tu..

Saya ingat saya dtg pepagi, terus la doktor induce. Tp tak pulak... menurut misi, doktor pakar dah round. Nnt petang dia ade doktor tengok. Ha.. tengok je??? Saya sampai tak tau nak buat ape. Dah la tak bawa apa2 bahan bacaan. Main game kat hp je la. Suami kata dia tak datang tengah hari ni. Nanti petang kul 5 baru dia datang . Lagi la bosan...

Kul 12, diaorang hantar lunch. Best2... lauk gulai ayam ngan sayur. Saya belasah je sebab lapar. Pas makan tidur...zzz... waktu melawat, saya teruskan tidur. Masa saya tidur tu ade sorang doktorkejutkan saya dan tanye “kenapa puan bersalin kat sini? Alamat puan kat seberang jaya. “ Saya jawab dalam keadaan mamai, “ umah mertua saya kat sini” “ooo... puan nak berpantang di rumah mertua la ye”. Terus doktor tu membuat kesimpulan. Saya pun angguk sambil tersenyum. Bile masa pulak nak pantang kat sini. Saya nak balik rumah saya.

Pukul 2 petang, misi shift petang pun masuk. Datang la depa buat keje macam biasa ambil BP saya. Pas tu ade doktor tu suruh saya turun ke klinik untuk scan. Gembiranya hati dapat gi jalan-jalan. Seorang misi membawa saya ke klinik untuk scan. Baru saya tau ade jalan rahsia dari hospital ke klinik. Sampai di sana kene tunggu kat luar. Sementara menunggu tu, datang sekumpulan ibu-ibu mengandung dari wad kelas 3. Diaorang gelak dan bersembang punye la kuat. Ye la satu geng kan. Saya diam je la sbb tak kenal pun. Dah la uniform sama semua warna pink, membuatkan saya rasa diri ini seperti tahanan penjara yang sedang menunggu giliran.

Tiba giliran saya masuk ke dalam untuk scan. Ade doktor perempuan yang selalu bawa handbag besar. Doktor tu yang scan saya sambil diperhati oleh beberapa doktor yang lain. Soalan pertama saya ialah berapa berat baby saya? Dia kata perlu ukur semua baru bleh dapat. Lepas abis ukur2 semua, dia raba2 dan goncang perut saya. “it’s maybe 3.2 or 3.4.” Nasib baik takde la besar sangat.

Balik semula ke wad, saya terus solat Zohor di tepi katil. Doa saya hanya satu... dipermudahkan bersalin. Katil yang kosong sebelah tingkap telah dipenuhi. Namanya Wati. Sempat la kami bersembang. Maklumlah saya cikgu, dia pun cikgu, tentulah banyak topik nak sembang. Dia ditahan sebab disyaki diabetis. So, kene duduk hospital 3 hari.

Petang tu suami datang bawa bahan bacaan yang menakutkan. Kami bersembang-sembang di bawah sambil minum air tekan2. Saya ape lagi, pulun la minum nescafe sejuk2 sedap... lepas ni tak leh minum air sejuk lagi.

Pukul tujuh malam, waktu melawat pun dah tamat. Saya naik ke atas, tapi sebelum tu memang berbakul-bakul peringatan saya untuk suami yang akan menjaga ARANE seorang diri buat pertama kalinya. Naik atas, ade seorang doktor tengah ronda. Doktor lelaki berbangsa India tu selak2 fail saya dan berkata "esok pagi2, kalau takde apa2 tanda, kami akan induce puan ye". Saya hanya mengangguk. Lepas tu saya mandi, solat Maghrib dan teruskan aktiviti bersembang dengan Wati. Perempuan yang tadinya disorong ke LB, telah kembali bersama baby boy.

Lepas solat Isya, saya baring2 dan tidur. Tapi malam2 terjaga sebab nyamuk punye la byk, 2 baby baru tu asyik menangis. Tak tenang pun ye jugak.. esok nak kene induce kan. Orang kata sakit giler. Entah la saya pun tak penah rasa. Ada yang kata sampai 3 kali masuk ubat tak bukak2. Perut pun asik cekang je. Esok....

Bersambung....

1 comment:

Dayah @ Real Ummu said...

bestnya baca pengalaman orng bersalin...