Selamat Hari Lahir Abdul Rahman Amrullah. Semoga menjadi anak yang soleh, taat perintah Allah, taat perintah ibu bapa, menjadi anak yang bertanggungjawab.
Setakat ni ARANE masih belum boleh berjalan lagi. Cuma berdiri lebih tegap daripada dulu. Juga masih belum bercakap bahasa yang difahami. Tetapi dia boleh faham dan memberi beberapa arahan, contohnya bye-bye, habis, nak biskut, nak air. Paling digemarinya ialah membongkar baju-baju di dalam bakul juga baju yang telah dilipat. Bersepah bilik ni sampai tak larat ibu nak kemas.
ARANE juga makin aktif memanjat. Tak kira apa pun, tangga, kotak dan termasuklah seperti dalam gambar di atas. Memang tak boleh nak biar dia main sendiri.
4 comments:
anak najib yg awal seminggu lahir dari Nafis pun dah pandai menapak sikit2..Nafis baru pandai berdiri & menepuk tangan..Selongkar & memanjat tu biasa la..MMg dia suke..
ade gak anak kwn aku baya nafis tp dh laju jln. sejak 9 bln lg. tapi bdk perempuan la...
takpe.. biar kuat betul2 baru jln. nnt jatuh2 sian lak
appy besday ARANE....
bila la auntie shela nk jumpa ARANE...
bile la... cik shela nak mai penang? bole la kite berjumpa
Post a Comment