Thursday, April 23, 2009

Buku Baru

Hari ini saya buka buku baru. Buku merah la, ape lagi. Sekali ngan check up dan suntikan MMR ARANE. Terus amik cuti rehat hari ini. Malas nak pegi sekolah. Suami saya turut temankan kami ke klinik. Yela.. nak buka buku baru ni memang ambil masa lama. Sampai 3 jam saya di klinik tadi. Pemeriksaan sekarang ni lebih detail. 10ml darah saya di ambil untuk ujian hari ini. Ujian jenis darah, Hb dan ujian HIV. Botol untuk kencing pun dah dikhaskan. Maknanya kita akan guna botol tu hingga akhir mengandung. Boleh la saya kencing kat rumah je. Malas nak guna tandas kat klinik tu.
Masa periksa ARANE, macam biasa la nurse tanye minum susu ape? Saya pun jawab masih susu ibu sebab dia tak terima susu formula. Ape lagi... kene bebel la, mengandung dan masih beri susu ibu. Saya ye kan je la.. padahal saya tahu, walaupun mengandung, kita masih boleh menyusukan anak selagi tidak ada tanda-tanda seperti turun darah atau kontraksi. Nurse tu siap ingatkan saya jangan nak susukan anak sebab nak gugurkan anak dalam kandungan ni. Nak buat macam mana, ARANE memang tak mau susu lain. Allah yang beri 'rezeki' ini, Hanya Allah juga yang akan permudahkan urusan ini. Berat ARANE tak bertambah mengikut umurnya. Mungkin kerana dia tak minum susu.
Hari ini juga doktor scan baby dalam kandungan ni. Nampaknya semua selamat dan dia membesar mengikut jadual. Alhamdulillah... Sebenarnya dalam keyakinan menyusukan ARANE, saya juga bimbang kandungan ini.
Trimester pertama rasanya sudah hampir tamat. Saya pun dah jarang rasa pening dan loya. Tapi dengan syarat sara cukup makan. Jangan sampai rasa lapar. Berat saya sekarang 58kg. Akan bertambah nanti.

No comments: