Wednesday, June 19, 2019
Kereta Hilang Dicuri
Aku saja tulis post ni untuk rujukan insan malang ditimpa musibah. Mesti korang kalut-kalut google pasal kereta hilang bila diuji kan? Macam aku la.. kereta hilang. Eh.. mestilah dicuri, bukan yang salah letak ye. Kalau salah telak memang salah kau la yang nyanyuk.
Ni kalau kereta dah habis bayar. Kalau ade hutang bank nanti kat insurans tu kau boleh tanya langkah seterusnya.
Langkah perlu diambil :
(7 Disember 2018)
1. Sediakan geran, kunci kereta yang ada semua sekali, polisi insurans, ic dan lesen memandu.
2. Buat laporan polis serta merta.
Yelah... lepas kau carik sekeliling la dan memang confirm hilang. Macam kes aku, aku buat report kat balai polis seberang jaya. Masa aku datang tu dia terus amik nombor kereta dan terus contact geng polis yang round. Lepas tu barulah amik kenyataan. Kita semak report dan tandatangan. Naik tingkat atas, buat bayaran. Aku diminta pegi ke Balai Polis Bandar Perda untuk jumpa dengan polis lain pulak.. ade dia bagi nama sarjan tu.
3. Kat balai polis perda, sarjan soal siasat lagi... cerita lagi macam mana kejadian tu. Senang ade geran untuk polis buat report, sebab mana la aku tau model kereta secara detail. Selesai buat laporan. Dia kata lepas sebulan call dia untuk laporan dari dia. Kira tak jumpa la kereta tu kot. Minta nama dan nombor tipon polis tu supaya senang nanti nak tanya apa di kemudian hari.
4. Oleh kerana syarikat insurans etiqa tu tak sampai 5 minit dari balai polis, aku pun terus menuju ke sana. Dia kata boleh isi borang secara online. Tapi aku kata aku dah ade dekat sini meh aku isi borang biasa je. Insuran suruh photostat report polis, ic, lesen, geran dan dia nak polisi. Aku ade polisi tapi tak cukup muka surat hilang tah mana.. nasib baik ade dalam email. Lain kali aku nak polisi dalam bentuk email saja la.. sebab aku bukan orang yang jenis simpan elok semua dokumen. Sebelum balik dari syarikat insurans, minta diaorg email notification menunjukkan kau dah bagi semua dokumen yang diaorang nak dan borang kereta hilang. Setengah jam kemudian masa makan roti canai.. aku pun terima email itu.
Malam tu polis pun datang jumpa kau untuk bawa ke tempat kejadian.
(18 Disember 2018)
Sementara tempoh ni nanti kau akan dihubungi pihak insurans etiqa. Pada tarikh di atas, sorang adjuster datang untuk temuramah lebih details lagi. Dia dtg dengan temujanji sebab makan masa yang lama jugak, Jadinya.. sebelum kau lupa apa-apa tarikh dan masa, lepas kereta tu hilang, kau juga kene sedia karangan panjang macam mana kejadian itu lengkap masa dan tarikh. Masa ni slip gaji suami isteri, geran, kunci kereta, semua kene tunjuk kat dia. Tak lupa kereta-kereta dan harta yang lain milik suami/isteri semua akan disoal. Jawab la dengan jujur. Bagi juga nombor telefon sarjan tadi tu untuk adjuster ni berurusan dengan polis terus.
(Januari 2019)
Contact adjuster... dia kata report dia dah siap dan telah dihantar kepada pihak insurans.
Untuk Etiqa Insurans, boleh semak secara online status kita tu.
Aku pun terus menyemak.
(April2019)
Contact terus insurans. Tanya perkembangan kes. Dia kata eh.. puan dah lama kami hantar surat, tapi puan tak relpy. Tarikh surat, 24 Januari 2019. Rupanya silap nombor rumah. Alahai.. boleh silap nombor rumah pulak ye. Kalau suruh renew insuran, elok pulak surat sampai ke rumah. Dah la kete aku hilang... 2 kali jugak la hantar surat suruh renew kereta yang hilang tu, Sedih tau!
Okey... untuk cara pantas aku minta insurans email aku surat tu. Dapat email, print, isi borang, bagi kunci kereta dan apa-apa tah lagi yang dimahukan. Pos laju ye. Supaya kau tau sapa yang terima barang tu. Kalau kau tak paham apa-apa benda yang diminta tu. boleh tipon balik etiqa insurans, jangan malu... mereka layan baik.
(Mei 2019)
Dapat claim. yea... Alhamdulillah.. Sebenarnya lagi cepat... tapi, nombor rumah salah. Moralnya kau kene rajin follow up. Aku ni malu. Tunggu 4 bulan baru nak follow up.
Tuesday, June 10, 2014
Usia Telur Ayam
Dikongsikan di sini usia telur ayam. Saya suke makan telur ayam! <--- atskin="" diet="" h4="" ler="" tengah="" tu...="">
--->
Tuesday, February 5, 2013
Chocolate Indulgance
Resepi :
Sebijik Kek Span
Resepi Coklat putih :
150g Butter
100g Gula Aising
2 biji Telur
100g Coklat putih
300g Whipping Cream
Cara-Caranya :
1. Pukul krim hingga kental.
2. Pukul butter dan gula aising.
3. Masukkan telur.
4. Masukkan coklat putih dan krim, gaul sebati.
Resepi Coklat Hitam :
150g Butter
100g Gula Aising
2 biji Telur
100g Coklat hitam
300g Whipping Cream
Cara-Caranya :
1. Pukul krim hingga kental.
2. Pukul butter dan gula aising.
3. Masukkan telur.
4. Masukkan coklat hitam dan krim, gaul sebati.
Resepi Coklat Ganache :
350g Whipping krim
500g Coklat hitam
Cara-caranya :
Masak whipping krim dan coklat hitam.
Sunday, December 23, 2012
Hari Pertama
Hari ni start proram diet saya. Sebenarnya saya bukan la tahap obesiti, tapi lebih berat saja. Tambahan pula, pinggang saya sangat sakit kalau nak bangun dari duduk. Saya syak, mungkin berat saya yg menyebabkan pinggang sakit. Sebab tu berkobar-kobar nak kuruskan badan ni. berat sekarang 65kg. Nak bagi turun 55 jer.. 10 kg je kan. Tapi lemak ini sangat degil.
Hari ni saya makan tempe goreng sambal ngan sayur tauge, kucai,carrot. Fasa pertama ni kene makan protein dan sayur sahaja. Pas tu petang, berjalan dgn kelajuan 5 kat treadmill selama 25 minit. Konon2 30 minit la kan. Ngelat sikit. Pas tu buat sit up 18 kali. Tu pun nk ngelat jgk.. Konon2 buat 20 kali. Pas tu diri atas bende hape tah.. Buat twiss pulak. Tapi hari ni saya curik2 jugak makan kek coklat. Buat kek untuk suami, tp dia takmo mkn sebab saya tersalah resepi, kurang setengah cwn serbuk koko. Tapi tetap sedap tau...
Disamping nak kurus, saya jugak start collagen. Gile cantik! Sambung esok. Nak bubuh gambar skali la.
Monday, December 17, 2012
2nd day Bersunat
Dah tak tahan nak baring je.. Duduk kat kerusi pulak nak main kereta. Dah boleh jalan2 main. Tapi tak tutup tang situ. Sakit katanya.. Nyilu kot.
1st day Bersunat
Malam tadi selesai sudah ARANE bersunat kat klinik Ikhsan, Perda. Dipotong oleh Doktor Zainuddin, same doktor ngan Azzam. Lega rasanya kesemua anak lelaki saya dah 'potong'. Hari ni ARANE baring je sambil main tab. Menu makan hari ini, ikan haruan goreng. Semoga cepat sembuh!
Wednesday, November 28, 2012
Friday, October 19, 2012
testing..
Dah lama x tulis blog sbb malas nk bukak laptop yg dh uzur tu. Zaman dah berubah, sekaran dh pakai tab pulak. Dh ade tab, teringin nk beli galaxy note 2.
Wednesday, June 27, 2012
Sebulan
Azzam dah berusia sebulan. Berat 5 kg. Dah pandai 'main badminton'.
Saturday, June 23, 2012
Tidur Buai
Mesti orang kata saya ni dah ade bibik pun malas nak pegang anak. Bukan macam tu, kadang2 di waktu tertentu contohnya jam 10 pagi, saya kene pastikan saya dah mula masak. Sebab nanti jam 12 Iffah mesti minta nasi. Saya pun dah lapar jugak mase tu. Memang boleh bagi bibik jaga, dukung Azzam masa saya masak, tapi daripada saya bagi dia dukung, baik letak dalam buai dan bibik buai. Tah la.. naluri keibuan saya tak suke tengok bibik dukung Azzam.
Untuk penyelesaian kes2 buai yang tersebut di atas, nak pegi mana2 contohnya Parkson tak perlulah bawak buai. Ade stroler atau sling pun dah ok. Comfirm baby tido.. asalkan perutnya dan punggungnya selesa. Biasanya anak-anak saya takde masalah perut sebab minum susu ibu
Dalam buai bayi tidur lebih lena (tak terjaga), kerana bayi memerlukan tidur yang mencukupi untuk tumbesarannya.
Sekian!
Cloth Diapers Baru
Sekarang ni dengan kehadiran bibik, bolelah saya mula semula. Saya beli brand Coolababy tapi versi baru. Cantik dan ade corak2 juga tambahan untuk mengelak kebocoran di celah peha.
Jimat sangat guna CD ni. Selalu sebulan mesti habis lebih kurang RM70 untuk pampers. CD ni saya beli 13 keping (kegunaan 2 hari kalau tak cirit birit) tak sampai RM300! Bye..bye pampers dan susu tin.. :)
Tuesday, June 19, 2012
Pengalaman Bersalin Kali Ke-3 (sambungan)
Friday, June 8, 2012
Pengalaman Bersalin Kali Ke-3
Tuesday, January 3, 2012
Permulaan Perjalanan Susu Ibu
Kat blog ni biarlah saya ceritakan pengalam saya. Semasa mengadungkan ARANE, klinik kesihatan akan promosi susu ibu. Ini ialah kire macam prosedur dia lah sebab lepas dia membebel tu kite kene tandatangan kt satu tempat di buku merah tu. Nurse Jeya cerita dengan penuh perasaan tentang susu ibu ni kepada saya. Tapi masa tu tentulah ianya KOSONG bagi bakal ibu seperti saya. Tapi saya tetap simpan ilmu itu sebab itukan ilmu baru. Lagipun saya tak pergi mana-mana kelas macam ibu mengandung yang lain. Jadi dengarlah betul-betul.
Semasa bersalinkan ARANE di Martenity Hospital, Penang di dalam labour room lagi mereka dah ajar saya menyusukan baby. Banyak yang saya TAK TAU tapi ia memberi hikmah pada saya. Kerana :
- saya TAK TAU pegang baby - nurse ajarkan. nasib baik ARANE lahir 3.2kg. senang nak pegang.
- saya TAK TAU susu yang banyak tu macam mane.. yang sikit tu macam mane.. hentam je bagi baby nyonyot. Bersemangat nak jadik ibu.
- saya TAK TAU posisi menyusu - nurse yang banyak ajar. TQ nurse MHPP.
- saya TAK TAU sebab ape baby nangis. Tengok tak berak, susu pun dia tanak, dukung je la.. (rupanya bayi yang baru lahir memang suka didakap seperti dalam pertu ibunya)
- saya TAK TAU penat. Lepas bersalin saya tak rasa penat pun. Jakun nak pegang dan susukan baby. kalau letak kat nursery, takut orang culik atau tukar dgn bayi lain, macam dlm drama tu..
- saya TAK TAU nak beli susu brand ape - byk sangat dipasaran. nanti-nantilah tanya orang nk beli susu ape.
- saya TAK TAU nak beli botol susu ape - susu pun tak tau nak beli, ape lg botol, puting, bagai tu.
- saya TAK TAU ada ibu yang lepas bersalin takde susu - tak penah terfikir pun nanti bersalin takde susu. tak mcm sesetengah ibu mengandung, bila saya syorkan nanti bersalin bagi susu badan ye.. jawab si ibu pulak... ish.. kene ready susu tin jgk la. sy tak tau saya ni nanti ade susu ke tidak.
Saturday, November 19, 2011
Demam
- Ambil 2 kain/kertas yang tidak menyerap rendamkan didalam putih telur.tepekkan setiap satu kain yang lembab tersebut ke telapak kaki baby kemudian pakaikan setokin.Pastikan kain yang ditepek itu lembab dengan putih telur.Putih telur akan menyedut bahang kepanasan terus dari dalam badan dan suhu badan baby akan menurun dalam masa 20-30 minit sahaja.
- Bagi yang kurang berjaya menggunakan putih telur,satu lagi petua yang dah diamalkan oleh kebanyakkan masyarakat eropah ialah menggunakan kentang.
Cara-caranya:-
Ambil sebiji kentang dan di letakkan di dalam petiais selama 30min
Selapas itu potng kentang setebal anggaran 2mm
Letakkan ditelapak kaki bayi,kanak2 atau orang dewasa
Boleh diulang buat kali ke 2 atau ke 3 jika perlu
Thursday, November 17, 2011
Rendang Hitam
Jika ayam : garam + kunyit, kukus selama 15-20 minit - goreng
Jika daging : Rebus - goreng
Jika kerang : rebus
Kisar dan tapis airnya
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Halia
Air asam jawa (guna air yg tapis tadi)
Cili kisar
Kicap manis
Kerisik
2 sudu gula merah
1 sudu gula putih
4 sekawan
Rempah kari paket
Daun limau purut
Disangai
2 Serbuk jintan manis
2 Serbuk jintan putih
4 Sebuk ketumbar
Wednesday, June 15, 2011
I'm Malaysian Breastfeeding Peer Counselor!


Saya baru sahaja selesai mengikuti latihan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) di Alor Setar pada 10 Jun - 12 Jun. Inilah kursus yang paling penat saya pernah sertai sebab ia penuh dengan pengisian 8.30 am - 6.00 pm. Jika tertinggal satu slot atau terlewat dtg, amatlah merugikan. Contohnya saya terlewat dtg masa slot Jaundice. Dah tengah2 masuk mmg tak paham.
Seramai 21 orang termasuk 3 orang kaum bapa (bukan suami saya). Pada mulanya saya ingin berulang alik dari rumah ke Alor Setar. Hari jumaat tu saya pun drive la sorang2 ke sana.. Punye la jauh Alor Setar tu rupanya. Lebih 100km. Malam tu jugak saya ajak suami ikut tidur kat sana. Nasib baik dia setuju. Bawa anak2 sekali. Sok pagi bersiap2 terus hantar saya ke tempat kursus dan dia tunggu untuk masuk hotel jam 2pm. Terima kasih abang!
Ada orang yang nampak saya ni gile, obses tentang penyusuan, sehingga sanggup berkorban masa, wang, tenaga untuk itu. Tapi entahla.. saya hanya ingin menuntut ilmu. Saya juga org yg jenis sayang anak! Bukan org yg tak pergi kursus ini tak sayang anak.. org yg tak menyusukan itu tak sayang anak.. tapi maksud SAYANG ANAK itu terlalu subjektif. nnt kite cerita lain pasal sayang anak ni.
Wednesday, April 6, 2011
Selamat Tinggal Susu Ibu
1. Telan pil busuk ini. Pil ini menyebabkan bau badan yang macam indu. :(

2. Pil ini juga
3. Membuat Power Pumping - cara saya, dengan menggantung Medela Freestyle itu sambil membuat menaip/rehat2. 10 minit pump, 10 minit rehat. Adoi... ia amat menyakitkan. Hasilnya tak berapa lumayan.
4. Meminta nasihat daripada PC dan LC.
5. Tanderm Nursing antara pam dan Iffah. Seperti biasa, saya sangat serasi dengan cara ini berbanding power pumping.
Punca kekurangan susu yang saya dapat kesan ialah :
1. Saya period!
2. Ini sebab yang saya tak pasti.. mungkin saya suke minum nescafe.
3. Iffah telah berusia lebih setahun dan family food adalah yang utama bukan lagi susu. Dia sangat suke makan masakan saya.
4. Penyakit M juga telah menyerang saya. Kesibukan kerja kat tempat kerja dan kerja-kerja rumah.
5. STRESS!! macam-macam hal la.. pompuan kan..
6. Iffah menolak direct feeding kerana ingin meniru abangnya minum susu di dalam botol. Sedangkan stok EBM dah kosong.
Friday, February 4, 2011
Kek Span Coklat
** resepi yang menjadi
4 biji telur
20gm serbuk koko






