Wednesday, April 6, 2011

Selamat Tinggal Susu Ibu

Telah puas saya berusaha untuk memeriahkan susu yang semakin menyusut ini.  Apa usaha saya tu? Antaranya ialah :

1.  Telan pil busuk ini.  Pil ini menyebabkan bau badan yang macam indu. :(


2.  Pil ini juga

Nurturing Remedies – Galacta capsules (60 vege caps)


3.  Membuat Power Pumping - cara saya, dengan menggantung Medela Freestyle itu sambil membuat menaip/rehat2.  10 minit pump, 10 minit rehat.  Adoi... ia amat menyakitkan.  Hasilnya tak berapa lumayan.

4.  Meminta nasihat daripada PC dan LC.

5.  Tanderm Nursing antara pam dan Iffah.  Seperti biasa, saya sangat serasi dengan cara ini berbanding power pumping.

Punca kekurangan susu yang saya dapat kesan ialah :

1.  Saya period!
2.  Ini sebab yang saya tak pasti.. mungkin saya suke minum nescafe.  
3.  Iffah telah berusia lebih setahun dan family food adalah yang utama bukan lagi susu.  Dia sangat suke makan masakan saya.
4.  Penyakit M juga telah menyerang saya.  Kesibukan kerja kat tempat kerja dan kerja-kerja rumah. 
5.  STRESS!! macam-macam hal la.. pompuan kan..
6.  Iffah menolak direct feeding kerana ingin meniru abangnya minum susu di dalam botol.  Sedangkan stok EBM dah kosong.





No comments: