Showing posts with label Cloth Diaper. Show all posts
Showing posts with label Cloth Diaper. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Cloth Diapers Baru

Masa ARANE, saya memang guna cloth diapers hingga dia dapat Iffah, guna pampers malam je.  Lepas tu sejap je guna CD untuk Iffah dan ARANE sebab 'tukang basuh' dah jadik malas.  Saya pulak tak larat nak uruskannya dan beli lampin pakai buang (pampers la.. sbb semua org boleh faham kan, x semestinya brand panpers)

Sekarang ni dengan kehadiran bibik, bolelah saya mula semula.  Saya beli brand Coolababy tapi versi baru. Cantik dan ade corak2 juga tambahan untuk mengelak kebocoran di celah peha.

Jimat sangat guna CD ni.  Selalu sebulan mesti habis lebih kurang RM70 untuk pampers.  CD ni saya beli 13 keping (kegunaan 2 hari kalau tak cirit birit)  tak sampai RM300!  Bye..bye pampers dan susu tin.. :)

Ini yang baru smapai tadi

Thursday, January 29, 2009

Cloth Diaper....

**oleh kerana permintaan untuk saya memberi pendapat sebagai pengguna cloth diaper di susuibu, maka saya meluangkan sedikit masa untuk berkongsi ilmu di blog ini.

Setelah mengambil keputusan menyusukan anak secara eksklusif, saya telah membuat satu lagi keputusan untuk menyusahkan diri lagi, iaitu menggunakan cloth diaper/lampin moden sepenuhnya. Kenapa saya teringin menyusahkan diri?

1. ARANE kuat kencing pada waktu malam. Terpaksa bangun malam gantikan lampin.
2. Tak sanggup nak keluar duit beli lampin pakai buang yang mahal-mahal tahan semalaman, pas tu buang macam tu je.. buang lampin tu, terasa macam buang duit je.
3. Tak mahu bahan kimia meresap ke dalam badan anak seperti mana saya mengelakkan menggunakan susu formula
4. Malas nak buang sampah lampin pakai buang setiap hari. Jika tak buang, bilik air jadi busuk pula.
5. Nak kurangkan sampah dalam dunia ni
6. Saya mendapati pengasuh hanya menyalinkan disposible diapers pada waktu mandi petang. Maksudnya sepanjang waktu saya hantar (11.30am - 8pm), ARANE hanya memakai sehelai disposible diapers sahaja!

Pada mulanya...

Memang langsung tak faham ape cloth diaper ni. Seumur ARANE 2 bulan saya dah tau pasal cloth diaper. Tapi memang takde jual di kedai biasa, dan seperti penyusuan susu ibu secara eksklusif, tiada sesiapa dikalangan sekitar saya yang tahu akan cloth diaper.
Tengok harganya.. huh..mahal sungguh. Tapi jika dibandingkan beli Mamipoko tu, tambah duit sikit,dapat lah sehelai CD.

Bermulanya di sini...

Saya mulakan dengan cloth diaper jenama Kasihku Sayangku. Antara yang murah iaitu RM5+.++. Ia disertakan dengan 2 insert. Tujuannya hanya untuk digunakan pada waktu malam sahaja. Tapi bocor la pulak. Sebab bocor ialah saya tak ikut arahan membasuh. Untuk new user, kene basuh 3-4 kali baru boleh serap.

Sekarang...

Macam-macam jenama CD yang saya gunakan. Ada diceritakan pada entry sebelum ini. Terakhir sekali saya nekad beli borong kat ebay (brand coolababy). Sehingga melayakkan saya menjadi fully CD seperti sekarang. CD brand coolababy yang saya beli hanya RM27.++ sahaja sekeping semasa saya beli. Semua CD yang saya beli adalah jenis All Size. Oleh itu, CD itu boleh digunakan sejak bayi lahir hinggalah 3 tahun.

Bersihkan po-po..

Mulanya geli sungguh nak bersihkan po-po. Terutama bila ARANE dah mula solid food. Tapi 3-4 kali dah ok dah.. tak rasa ape pun. Sama macam bersihkan punggung dia kalau dia po-po.
Caranya mudah saja, pancutkan air yang beraliran deras pada CD yang ade po-po di tepi lubang jamban supaya po-po itu terus masuk ke dalam lubang jamban. Sisa warna akan terlekat pada CD. Pijak-pijak di bawah air paip. Insyallah akan hilang. Inilah kelebihan CD berbanding lampin tradisional. Warna po-po akan mudah hilang. Macam magic. Ini ialah disebabkan fabrik CD itu sendiri.

Berapa keping CD diperlukan?

Setakat ini saya ada 14 keping CD. ARANE perlukan 7 keping sehari semalam.

1. 6.30 am
2. 9.00 am
3. 11.30 am (sebelum hantar ke rumah pengasuh)
4. 3.30 pm (di rumah pengasuh)
5. 5.30 pm (di rumah pengasuh)
6. 8.00 pm
7. 11.00 pm (guna insert yang power)

Pengurusan CD bagi ibu bekerjaya

Pagi-pagi saya akan mula acara pijak-pijak CD untuk mengeluarkan kotoran najis yang terperangkap pada insert dan CD. CD ini telah dikumpul sejak semalam. Setelah berpuas hati, masukkan semua CD itu ke dalam mesin basuh. Tekan-tekan.. mesin pun pusing sendiri. Dalam 1 jam,tara... dah siap. Terus sidai dalam rumah je, sebab takut hujan kalau sidai kat luar.
Siapkan 2 keping CD untuk bagi pada pengasuh. Pergi kerja, balik kerja, CD yang sidai tadi dah kering.

Kelebihan...

1. Dulu tak payah nak fikir beli susu, sekarang tak payah nak singgah kat tempat pampers pun...
2. Bilik air tak berbau najis ARANE
3. Tak payah nak pesan berkali-kali pada suami supaya tolong buang sampah!
4. Dapat memantau samada ARANE cukup air atau tidak berpandukan kekerapan dia kencing. (Sungguh merisaukan saya apabila ARANE hanya minum 4-6oz susu sahaja di rumah pengasuh. Tapi bila tengok CD, tahulah saya bahawa cukup bekalan air dalam badannya)
5. Tambah pahala sebagai seorang ibu.

Saturday, December 6, 2008

Kenapa Gunakan Lampin Kain (Cloth Diaper)?

Terdapat banyak perbincangan tentang kenapa perlu kita gunakan lampin kain, berhenti menggunakan lampin pakai buang. Pada masa ini, terdapat banyak artikel di internet tentang isu ini, berikut dihuraikan serba sedikit kenapa kita perlu memilih menggunakan lampin kain. Tapi, fikirkanlah... adakah anda mahu memakai kertas dan plastik, atau memakai kain kapas lembut?

Isu Kesihatan

Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya.
  • Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.
  • Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah0merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.
  • TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
  • Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekrangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.
  • Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).
Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Isu Alam Sekitar

Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menybabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.

Lampin Kain ternyata lebih mesra alam.

Kos

Wang adalah faktor penting yang perlu diambilkira semasa memilih sistem bagi menggunakan lampin kain. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal apabila dicongak balik, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin. Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Kos bagi lampin pakai buang

Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu

RM0.60 X 7=RM4.20 sehari

RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun

RM1533 X 3 =RM4599 untuk 3 tahun


Kos menggunakan lampin kain

Untuk kemudahan anda, anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya 12 helai, jika anda ingin mencucinya setiap hari:

Sehelai lampin : RM64

Insert (Lapisan Dalam): RM18

Jumlahnya: RM82

Beli 12 helai: 12 X RM 82 =RM984

Beli 24 helai: 24 X RM82 =RM1968 (lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)

Kos kekal sepanjang 3 tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranyaingin menambah keluarga.

Wednesday, December 3, 2008

Baru Beli CD

ni gambar CD yang dah lame pakai. berbaloi beli. sebulan ARANE pakai lebih kurang 2 bungkus lampin pakai buang. sejak pakai CD yang 3 helai ni boleh jimat 1 bungkus lampin pakai buang.


ha... yang ni baru je sampai semalam...brand Bumgenius, Happy Heiny's dan Bumwear. ni tengah pre wash. yang siksanya kene prewash dan kering ulang proses tu sampai 3 atau 4 kali.

sekarang dah ade 6 helai CD. Berapa belanja yang dihabiskan untuk beli CD? Entah la.. tak kira. yang penting boleh guna sampai anak2 yang seterusnya dan boleh kurangkan sampah dalam dunia ni. anak-anak lepas ni kot baru rasa untungnya beli CD ni. Sejak pakai CD dah tak perlu bangun malam untuk tukar lampin. sebab dah beli yang paling power untuk pakai malam. ARANE memang kuat kencing!

Thursday, November 27, 2008

Cara menyimpan lampin kotor sebelum cucian mesin

Menyimpan lampin dan insert kotor adalah mudah. Anda perlukan tong kecil (saiz seperti tong sampah yang mempunyai pedal kaki yang ditekan untuk membukan penutup), baldi yang mempunyai penutup, beg kalis air (wetbag), lapik baldi lampin (diaper pail liner) atau sebarang kombinasi yang anda sukai.

Caranya, buangkan najis yang ada pada lampin ke dalam mangkuk tandas. Ini boleh dilakukan dengan cara membilas lampin agar di tepi tandas. Ada kalanya, najis akan tanggal sendiri tanpa perlu dibilas. Bagi ibu-ibu yang menyusu badan anak mereka, najis lebih mudah ditanggalkan, tanpa perlu dibil;as bersih. Ini kerana semua kotoran bayi yang menyusu badan akan tanggal dengan mudah semasa lampin dibasuh dalam mesin basuh.

Bagaimana menyediakan lampin kain baru sebelum sedia dipakai.

Sila cuci dahulu sebarang lampin kain sebelum mula digunakan kali pertama. Cuci lampin yang baru dibeli menggunakan air panas atau sejuk. Gunakan hanya setengah dari jumlah sabun pencuci yang disarankan (oleh pengilang sabun/ mesin basuh) . Anda boleh gunakan larutan pencuci jenama TOP, Pureen HAD (bukan ABD), Trojan, Fab.

Bagi hemp insert, semasa mula-mula dibeli, ia masih disaluti minyak yang memang semulajadi terdapat pada tumbuhan tersebut. Jadi, untuk menyediakan insert hemp pada serapan optima, kita perlu mencucinya dan mengeringkannya sehingga 3 atau 4 kali cucian. Paling penting, jangan cuci hemp insert beserta dengan lampin kain serta insert lain semasa pra-basuhan.

Bagi insert mikrofiber, ia boleh dicuci menggunakan air panas atau sejuk dengan menggunakan setengah sukatan pencuci yang disarankan.

Perlu diingat, jangan gunakan sebarang jenama Pelembut Fabrik kerana ia akan menyebabkan lampin kain serta insert anda kehilangan daya serapan. Bukan setakat itu sahaja, ia akan menjadi kalis air. Anda juga dilarang mencuci menggunakan Peluntur Klorin, kerana ia merosakkan fabric dan menyebabkannya reput.

Selepas membasuh, anda bolehlah mengeringkan lampin dan insert anda di penyidai atau menggunakan mesin pengering asalkan suhunya di bawah 50ยบ Celcius.

Cara menentukan sabun pencuci yang sesuai untuk lampin kain dan insert:

1) TIDAK mengandungi pelembut fabric

2) TIDAK mengandungi sebarang enzim

3) TIDAK mengandungi peluntur klorin

4) Kurang bahan pewangi

5) Senang dibilas. Kurang berbaki pada pakaian










Wednesday, November 26, 2008

Sebab Kebocoran

Kisahnya, kadang-kadang bila guna cloth diaper ni, ada yang tak tahan setengah jam pun.

Antara sebab menyebabkan bocor ialah,

1) kita pernah gunakan pelembut fabriK (softlan, petals, downy4X dll brand) semasa cuci diaper atau insert. Pelembut fabrik ni akan salut diaper dan insert macam lilin, jadi setitik air pun takkan masuk ke dalam diaper. Sekali kencing je, terus bocor.

2) Mendapan lebihan sabun pencuci dalam diaper dan insert menybabkan diaper dan insert kurang menyerap.

CARA MENGATASINYA: (Lakukan 2 minggu sekali atau sebulan sekali)

1) Campurkan 1/2 cawan cuka makan ke dalam sebaldi air. Rendamkan diaper dan insert ke dalam campuran air dan cuka tadi. Bilas dan keringkan seperti biasa.

Insya-Allah, selepas kita dah bilas dan keringkan, serapan diaper dan insert akan bertambah baik.

Petua lain.. kita boleh masukkan sesudu kecil baking soda ke dalam cucian, dan kurangkan penggunaan sabun pencuci. Baking soda dapat menambah 'kuasa' sabun pencuci.

Elakkan dari gunakan pekatan dynamo sebab dynamo jenis yang susah dibilas dan akan berbaki pada kain walaupun kita tak nampak.