Showing posts with label Resepi Kuih. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kuih. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Kek Span Coklat


** resepi yang menjadi

4 biji telur
120gm gula kaster
1 camb ovalette -(tak letak pun tak pe..)
80gm tepung gandum
1tsp baking powder
20gm serbuk koko
65gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

Cara membuatnya:

1. dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar menggunakan kelajuan maksimum berwarna putih seperti ini, bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah.
2. Ayak tepung, baking powder, serbuk koko masuk dlm adunan..
3. Terus masuk minyak. putar perlahan hingga adunan b'gaul rata dan sebati ,tuang dalam loyang berukuran 8".
4. bakar pada suhu 170'c - selama lebih kurang 30 /40 minit

Wednesday, October 21, 2009

Biskut Mazola

Bahan-bahan ;

800g kacang
650g tepung gandum
700g gula halus
1 botol minyak mazola


Cara membuat :

Campur semua bahan dan bentuk bulat-bulat. Bakar dalam oven.

Friday, January 23, 2009

Puding



Bahan-bahannya :

1 cawan tepung kastad
8 cawan air
3/4 tin susu pekat
Gula secukup rasa
1 tin laici

Cara membuat :

1. masukkan semua bahan kecuali laici ke dalam periuk.
2. masak sehingga 'blub-blub'
3. masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk
4. sedia untuk di makan bersama laici

Saturday, September 27, 2008

Kek Batik Special

Bahan-bahan

Butter cup 1 ketui
Telur 5 biji
Serbuk koko 3.5 camca besar
Milo 14 camca besar
Susu pekat 0.5 tin
Gula 3.5 camca besar
Biskut merry 1 setengah peket
Air panas 1 gelas
Periuk kosong

Cara-caranya :

1. Sediakan 1 periuk kosong dan masukkan milo, serbuk koko, gula, susu ke dalam periuk.
2. Masukkan air panas dan kacau hingga hancur
3. Masukkan telur satu per satu dan kacau hingga sebati
4. Letak adunan tadi di atas dapur dan masukkan butter cup
5. Kacau hingga hancur dan adunan menjadi pekat (dlm 20 minit kot)
6. Tutup api dan masukkan biskut merry, kacau hingga rata
7. Masukkan ke dalam pelengat (aku pun tatau pelengat ni ape) dan ratakan dgn tangan.
8. Tekan2 hingga padat.
9. Masukkan ke dalam peti ais
10. Tahan nafsu nak makan kek tu hingga betul2 sejuk

inspired by nurul aini

Friday, September 12, 2008

Popia Yang Sedap

Bahan-bahan :

8 ekor udang
Isi ayam
4 batang fillet crab
Carrot
4-5 sudu mayonis
Sedikit jus lemon
1 sudu thousand island
Sedikit lada sulah, garam, gula, halia

Cara-cara :

1. Rebus udang hingga separuh masak
2. Dengan menggunakan air yang sama, masukkan halia dan rebus isi ayam. Selepas itu, rebus carrot dan fillet crab.
3. Hiris mayang semua bahan2 yang direbus tadi.
4. Gaul dengan mayonis, thousand island, lada sulah, garam, gula dan jus lemon.
5. Masukkan ke dalam kulit popia, gulung dan goreng

inspired by azleen fazlia

Sunday, September 7, 2008

Biskut London Almond

Bahan-bahan :

230 gm tepung gandum
1 biji telur (diambil kuningnya)
½ sudu teh esen vanila
1 kotak cooking chocolate

125 gm mentega
60 gm gula icing
1 paket badam (dipanggang / dibakar)
sedikit badam yang dikisar halus.

Cara Membuatnya :

Mentega & gula dipukul separa kembang.
Pukul mentega dan gula hingga separa kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kemudian kacau. Akhir sekali masukkan tepung tadi sehingga boleh diuli. Salutkan badam tadi dengan adunan sebiji-biji dan bakar pada suhu 180C selama 12 minit. Setelah sejuk, masakkan coklat dan celupkan badam yang disalut tadi. Kemudian masukkan ke dalam paper cups. Tabur sedikit badam halus sebagai hiasan.