Showing posts with label Ibu Bapa. Show all posts
Showing posts with label Ibu Bapa. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Tidur Buai

Biasanya ibu bapa tak mahu bayinya di ajar tidur dalam buai.  Antara sebabnya nanti susah nak pegi mana2 kene bawak buai, otak bayi gegar, risiko jatuh dari buai.  Dikurniakan anak seperti Azzam, yang susah nak tidur waktu siang dan asyik nak berpangku.  Bila dah tertidur atas pangkuan, letak je.. terus menangis.  Kalau lepas menyusu, Azzam mesti nak ibu ada di sisinya (dok bawah ketiak ibu).  Saya bangun je.. menangis la dia.

Mesti orang kata saya ni dah ade bibik pun malas nak pegang anak.  Bukan macam tu, kadang2 di waktu tertentu contohnya jam 10 pagi, saya kene pastikan saya dah mula masak.  Sebab nanti jam 12 Iffah mesti minta nasi.  Saya pun dah lapar jugak mase tu.  Memang boleh bagi bibik jaga, dukung Azzam masa saya masak, tapi daripada saya bagi dia dukung, baik letak dalam buai dan bibik buai.  Tah la.. naluri keibuan saya tak suke tengok bibik dukung Azzam.

Untuk penyelesaian kes2 buai yang tersebut di atas, nak pegi mana2 contohnya Parkson tak perlulah bawak buai.  Ade stroler atau sling pun dah ok.  Comfirm baby tido.. asalkan perutnya dan punggungnya selesa.  Biasanya anak-anak saya takde masalah perut sebab minum susu ibu kecuali ibu makan bukan2.  Malam pula, lagi la syok.. tido bwh ketiak ibu, takkan tak boleh lena.  Otak bayi gegar2 tu.. janganlah enjut kuat, pelan2 je.. same la macam dukung. Kat bawah buai, letakkan bantal sebagai langkah2 keselamatan.
Dalam buai bayi tidur lebih lena (tak terjaga), kerana bayi memerlukan tidur yang mencukupi untuk tumbesarannya.

Sekian!

Wednesday, October 21, 2009

Panduan ibu bapa bendung masalah anak mengamuk

SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang aktif dan cerdik. Masalahnya sejak kebelakangan ini dia sering mengamuk jika kemahuannya tidak dipenuhi dan ada ketikanya dia membaling apa saja yang ada dalam genggamannya, merebahkan diri ke lantai serta pernah juga dia cuba memukul saya.

Seperkara lagi, jika anak saya menangis, dia akan terus menangis sehingga saya datang memujuknya. Dia juga sekarang menjadi seorang yang penakut. Saya risau jika perangainya berlarutan hingga besar.

Ibu Risau,
Kuala Lumpur.


PAKAR kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.

Kanak-kanak peringkat itu juga akan mengamuk kerana kecewa apabila tidak dapat melakukan tugasan atau memanipulasikan mainan seperti kehendak mereka. Mereka akan mengamuk apabila permintaan tidak dipenuhi dan mendengar perkataan ‘jangan’.

Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ia hendaklah dibendung sejak mula perkembangannya.

Disertakan beberapa panduan bagaimana menghadapi anak yang suka mengamuk. Harap membantu. Juga boleh layari www.rentis.blogspot.com untuk penulisan saya yang lain berkaitan kanak-kanak.

Kita boleh mengawal tabiat mengamuk dengan cara:

l Mengalih perhatian anak apabila nampak simptom seperti hendak mengamuk seperti muka anak merah atau mula hendak menangis.

Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam.

Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.

l Tenang menghadapi kerenah anak. Bacakan untuk diri anda surah al-Inshirah untuk menenangkan diri. Berdoalah dalam hati supaya Allah berikan kekuatan minda dan jiwa untuk menjadi ibu yang baik, sabar dan penyayang. Berdoalah untuk anak anda dan tiupkan di ubun-ubunnya dengan penuh kasih sayang.

Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak kerana tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

l Jika anak terus mengamuk, cuba jangan peduli dan tinggalkan sekejap. Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A book of child care, memberikan seorang akan memberikan persembahan yang lebih baik di hadapan penonton. Saya dapati panduan ini mujarab untuk anak saya dan kebanyakan anak di Taska. Jadi, jika anak terus mengamuk jangan perhatikan. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai apabila mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

l Apabila anak berhenti mengamuk, bincang dengan mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Terangkan juga bahawa kita akan tegas dengan pendirian kita.

l Tegas dan elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

Beberapa bulan lalu, anak lelaki kecil saya mula mengamuk apabila kehendak hatinya tidak dituruti. Saya ambil pendekatan tidak peduli. Selepas dua tiga kali, dia tidak mengamuk lagi.

Apabila buat tidak tahu dia akan berhenti mengamuk. Selepas itu dia cuba menarik perhatian dan apabila anak saya sudah berusaha, barulah saya memeluk, berbincang dan dia akan kembali tenang.

Saturday, December 13, 2008

Sehari Sebelum Lahir Ke Dunia

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan :
" Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab:
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi:
"Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

inspired by memorizulaiqha's blog