Saya baru sahaja selesai mengikuti latihan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) di Alor Setar pada 10 Jun - 12 Jun. Inilah kursus yang paling penat saya pernah sertai sebab ia penuh dengan pengisian 8.30 am - 6.00 pm. Jika tertinggal satu slot atau terlewat dtg, amatlah merugikan. Contohnya saya terlewat dtg masa slot Jaundice. Dah tengah2 masuk mmg tak paham.
Seramai 21 orang termasuk 3 orang kaum bapa (bukan suami saya). Pada mulanya saya ingin berulang alik dari rumah ke Alor Setar. Hari jumaat tu saya pun drive la sorang2 ke sana.. Punye la jauh Alor Setar tu rupanya. Lebih 100km. Malam tu jugak saya ajak suami ikut tidur kat sana. Nasib baik dia setuju. Bawa anak2 sekali. Sok pagi bersiap2 terus hantar saya ke tempat kursus dan dia tunggu untuk masuk hotel jam 2pm. Terima kasih abang!
Ada orang yang nampak saya ni gile, obses tentang penyusuan, sehingga sanggup berkorban masa, wang, tenaga untuk itu. Tapi entahla.. saya hanya ingin menuntut ilmu. Saya juga org yg jenis sayang anak! Bukan org yg tak pergi kursus ini tak sayang anak.. org yg tak menyusukan itu tak sayang anak.. tapi maksud SAYANG ANAK itu terlalu subjektif. nnt kite cerita lain pasal sayang anak ni.
1 comment:
tahniah..welcome another Penang PC..nanti leh conduct SGM lak.
Post a Comment