Tuesday, July 7, 2009

Dah 2 tahun saya kahwin...



Saya tidak pernah menerima walau sekuntum bunga pun daripada suami.. apa lagi sepotong kek harijadi atau ulang tahun perkahwinan, hadiah suprise dan ape2 lagi yang biasa diberikan oleh suami-suami romantik. Pernah juga saya utarakan, 'abang tak pernah bagi bunga pun...' 'daripada abang bagi bunga baik beli microwave kat adik' gitulah jawabnya... tul gak kan.

Sebenarnya bersyukur sangat dapat suami yang tak berapa nak romantik. Sebab saya pun bukan romantik sangat dan kadang-kadang sampai takde masa nak fikirkan perkara-perkara romantik lantaran kesibukan kerja dan urusan rumahtangga. Cukuplah hidup saya dikurniakan seorang suami yang setia, penyayang, penyabar (walaupun saya selalu membebel) boleh bergurau senda, usik mengusik, tegur menegur, nasihat menasihati, rajin membantu saya menguruskan rumah tanggga (rumah saya memang ada tangga) dan yang paling penting seorang yang saya boleh hormat.

Apakah hadiah sempena ulang tahun perkahwinan kami tahun ini? Adakah dapur di bawah ini hadiah ulang tahun kedua perkahwinan kami?? Ya! Inilah hadiahnya. Baru 90% siap. Nanti dah betul-betul siap, saya akan post gambar lagi.

Ya Allah, aku bersyukur atas kurniaanMu... Panjangkanlah jodoh kami dan murahkanlah rezeki kami.. amin..

8 comments:

Anonymous said...

selamat hari ulangtahun...moga usia perkahwinan berpanjang...AMIN..tq 4 d wish..senang nk ingat anniversary ko sbb dkt2 ngan aku.. :)

ayu said...

Tahniah Kin...patutlah rasa macam ada sesuatu yang berlaku pada 7/7/07 tapi akak lupa...semoga jodoh kin berpanjangan dan dirahmati Allah...amin

KiKie said...

tq.. tarikh aku kawin mmg senang diingat. nasib baik pilih tarikh tu. kak ayu, ko pun pilih la tarikh best2.. cthnye 09.09.09.. hehehehe... jadik tau!

Dayah @ Real Ummu said...

happy enibeseri Kikie..cantiknya dapoq..kat mana ni..sutera prima jgak ka

Rozy said...

Happy Anniversary..
Hubby ku pun xpernah bagi bungaa..bukan dia xmo bg..ku yg mo.. bunga bukkanya leh makan pun..

.:chEyaNtie:. said...

wa wa wa.hapi anibesari..tahniah..semoga dapat mengharungi dugaan rumahtangga dengan cemerlangnya ya.

cantiknya dapo rumah ..tak siap2 lagik ke wat reno?

anne rashid said...

happy annivesary yar...tu la aku pun dok cari2 bulan tujuh ade ka birtday sapa2..moga jodoh berkekalan dunia akhirat

KiKie said...

TQ semua yg mendoakan..

Dayah; kt taman sutera prima la ni.. mana lagi. umahku syurgaku!

tul2 Rozy, bunga bkn leh mkn pun. bagi oven lagi best. mcm skrg ni ku dh gile masak gune oven.

tu la chetyant, kontraktor melayu.. biasa la.. tak siap2 lg. huhuhu..

N, semoga selamat hingga ke jinjing pelamin.