Sunday, March 1, 2009

Positif!!

Saya perasan perut saya menjadi lebih buncit daripada kebiasaan. Oh.. mungkin saya teralu banyak minum air batu. Maklumlah kemarau di utara sejak beberapa bulan yang lalu. Lagipun sedang mengubahsuai rumah, saya hanya makan di luar dan akan memesan air sejuk. Akan saya sapu krim Leesa Formula untuk mengempiskan semula. Krim itu seakan memberi kesan untuk mengempiskan perut saya semasa lepas bersalin dulu.

Sejak akhir-akhir ini juga, kadang-kadang pening-pening lalat tiba-tiba terasa. Oh, mungkin juga sebab cuaca yang sangat panas di sini...

Tiba-tiba saya baru teringat, period saya telah lewat 2 minggu. Sebelum saya menyapu apa-apa krim dan memakai korset di perut, makan apa-apa ubat untuk melegakan rasa pening dan loya saya, baiklah saya menguji dahulu adakah saya mengandung? Saya terus mengajak suami ke farmasi pada malam itu juga untuk membeli pregnant tester. Alamak! positif. Tapi garisan di kawasan T itu agak kabur. Betul ke tester ni??

Esok paginya Jumaat (27.3.2009), saya dan ARANE pergi ke farmasi yang lain untuk membeli pregnant tester lagi. Juga mulut saya menyebut nak asid folic untuk sebulan. Hehehe... macam comfirm mengandung je. Balik rumah terus test. Alhamdulillah... memang benar positif. Walaupun tidak merancang untuk mengandung lagi dalam masa terdekat ini, saya tetap bersyukur sebab ramai lagi orang di luar sana yang bersusah payah untuk mendapat zuriat.

ARANE akan dapat adik. Saya dijangka bersalin lingkungan 24 Oktober 2009. Rugi2 sebab nak cuti sekolah dah. Agak terkilan sedikit kerana kemungkinan besar tidak dapat menyusukan ARANE lagi. Tapi takpe... lepas adiknya lahir nanti, saya akan terus memberikan ARANE susu. Maknanya saya kene belajar tandem nursing!

5 comments:

ayu said...

tahniah kin...

^_^ said...

congrats my frenz!! aku lom brsedia lagik nk pregnant..msh still berjaya maintain strategi..hikhikhik..;)
terima la seadanya..caiyook..

Anonymous said...

tahniah ekin!!!
:) smoga murah rezeki lg hendaknya...

.:chEyaNtie:. said...

tahniah..gumbiranya rasa..org blom lagik..masih sempat lagik untuk tahun ini hehehehhe

Qaseh Iman said...

hi..nice blog...sya minat sgt ttg cloth diapers 2..cuma sya masih x tau sgt ttg kebaikkan dia...