ARANE semakin aktif. Tengok je la aksi budak tu... seterika pun nak tunggang macam kuda. Dah pandai ikut arahan seperti bye-bye, tengok objek yang kita tunjuk, memberi apabila diminta, menyelak sendiri baju ibu sekiranya sudah ketagihan susu, menepuk tangan, menari apabila dengar muzik. Berdiri semakin tegap. Tapi masih malu-malu nak melangkah. So, boleh berdiri dan duduk semula je la. Langsung tak boleh tinggal. Tapi saya memang tak larat nak dukung dia selalu untuk ke mana-mana. ARANE pun dah semakin pandai memilih apa yang patut masuk mulut dan apa yang tak patut masuk mulut.
Walaupun saya mengandung, saya masih lagi menyusukan ARANE. Susah nak pisahkan. Mungkin Saya dan ARANE msaih belum bersedia meninggalkan alam penyusuan yang sangat manis ini. Hanya ibu yang menyusukan anaknya sahaja yang dapat merasakan kenikmatannya.
RESIPI KEK PAUN OREN
10 months ago
No comments:
Post a Comment