Saturday, September 27, 2008

Baju Raye

Baru lepas jahit baju raye untuk ARANE. Time2 ni la boleh tumpukan perhatian menjahit sbb ARANE lena lame sket. Kalau waktu siang jangan harap le.. kalau mood baik boleh la main sorang2, mood tak baik, kene dukung dia je. Pulak tu tanak ngan org lain selain ibu. Dah pandai memilih la pulak..

ARANE

ARANE?? ape tu?

ia adalah singkatan bagi nama ini :

ABDUL RAHMAN AMRULLAH BIN NURUL EFFENDY

Kek Batik Special

Bahan-bahan

Butter cup 1 ketui
Telur 5 biji
Serbuk koko 3.5 camca besar
Milo 14 camca besar
Susu pekat 0.5 tin
Gula 3.5 camca besar
Biskut merry 1 setengah peket
Air panas 1 gelas
Periuk kosong

Cara-caranya :

1. Sediakan 1 periuk kosong dan masukkan milo, serbuk koko, gula, susu ke dalam periuk.
2. Masukkan air panas dan kacau hingga hancur
3. Masukkan telur satu per satu dan kacau hingga sebati
4. Letak adunan tadi di atas dapur dan masukkan butter cup
5. Kacau hingga hancur dan adunan menjadi pekat (dlm 20 minit kot)
6. Tutup api dan masukkan biskut merry, kacau hingga rata
7. Masukkan ke dalam pelengat (aku pun tatau pelengat ni ape) dan ratakan dgn tangan.
8. Tekan2 hingga padat.
9. Masukkan ke dalam peti ais
10. Tahan nafsu nak makan kek tu hingga betul2 sejuk

inspired by nurul aini

Thursday, September 18, 2008

5 bulan

ARANE dh kire 5 bulan lah ari ni. sbb hari ni dah 4 bulan 4 minggu 1 hari. Tadi pegi klinik. Berat ARANE skrg ni dah 7.4kg. Semangat tul.. Amik suntikan mcm biasa, ARANE tak nangis pun. cume dia jerit je masa jarum tu cucuk kt peha dia. Balik umah, ibu terus bagi ubat demam dan susukan. ARANE tgh tido skrg ni. Setakat ni tak rasa panas lagi. Biasanya mlm nanti baru rasa panas. Nurse kata 6 bulan nnt takde suntik lagi. huh... lega sbb tak yah amik cuti. Hari ni amik EL. Cikgu pun ade EL ke? hihihihi....

Friday, September 12, 2008

Popia Yang Sedap

Bahan-bahan :

8 ekor udang
Isi ayam
4 batang fillet crab
Carrot
4-5 sudu mayonis
Sedikit jus lemon
1 sudu thousand island
Sedikit lada sulah, garam, gula, halia

Cara-cara :

1. Rebus udang hingga separuh masak
2. Dengan menggunakan air yang sama, masukkan halia dan rebus isi ayam. Selepas itu, rebus carrot dan fillet crab.
3. Hiris mayang semua bahan2 yang direbus tadi.
4. Gaul dengan mayonis, thousand island, lada sulah, garam, gula dan jus lemon.
5. Masukkan ke dalam kulit popia, gulung dan goreng

inspired by azleen fazlia

4 bulan

ARA dah pandai golek-golek. Tiarap sendiri dan pusing balik. Kadang-kadang terkejut bile dia tido atas katil, aku tgh surfing, tetiba ade kepala tengah tengok aku. Dia banyak pusing belah kiri.

Sekarang ni bulan puasa. Susu semakin merundum. Nasib baik ade byk stok. Kat rumah pun terpaksa top up ngan stok tu. Tapi kalau pump kat skola boleh dapat 8-9oz dalam masa 10 minit.

ARA minat tengok grolier yg baru beli tu. Kene rajin tunjuk kt dia. Mudah-mudahan berjaya ujikaji aku ni.

Tuesday, September 9, 2008

Mama... mana mama...

Hari ini, usia saya baru 6 minggu. Tiba-tiba saya rasa ada kelainan. Mulut saya disumbat dengan satu bende asing. Eh! Ini bukan puting mama.. Eeee..tak naklah! Puihhh!! Tak sedapnya rasa dia. Tapi.. kejap.. rasa macam ada susu mama..tapi mama di mana? Terdengar suara nenek memujuk, "Minumlah baby, nanti baby lapar". Apa kena mengena benda asing tu dengan minum susu. Kenapa saya kena minum susu dengan benda tu tak sedaplah. Huaaaa!!! Saya menangis sekuat hati. Tak lama selepas tu, terdengar suara mama semakin berdekatan. "Oklah sayang mama. Cukuplah latihan setakat ini. Besok kita cuba lagi", kata mama lalu saya diupah dengan apa yang dicita..Yummie!! Sedapnya, susu mama yang asli!!

Besok pagi, sekali lagi nenek pegang saya. Tapi kali ini saya dah lapar. Emm!! Macamana nak buat ni? Mama tak ambil saya pun! Oo oo! Mulut saya disumbat lagi dengan benda asing tu. Saya cuba jilat. Ehh! Ada susu mamalah kat benda ni. Macamana nak minum banyak lagi ye.. Hisap jelah, macam hisap puting mama. Tapi bende nie keras sikitlah. Isy! Tak maulah minum dengan bende keras nie. Huaaaa!!Mama nak mama!!Hehe!!Taktik menjadi, mama datang juga akhirnya. "Kenapa sayang? Puting ni tak sedap ye? Oklah, besok mama cari puting yang lembut sikit ye", kata mama dan saya pun mendapat upah yang asli.

Keesokannya, pagi-pagi lagi nenek dah mula bermain dengan saya. Seronok juga main dengan nenek ni. Tak lama selepas tu, perut saya pun lapar. Oh tidak! Mama tak ada lagi! Mesti kena sumbat dengan benda asing tu lagi. Dah agak dah! Emm tapi kali ni lembut sikit. Oklah jugak, dapatlah juga saya menahan lapar dan dahaga dengan benda ni. Rupa-rupanya saya diberikan susu mama juga tapi nenek berikan dalam botol. Lama-lama susu dalam botol pun habis. Wah! Bukan main seronok lagi nenek. Cepat-cepat mama datang kepada saya. Nampak mama tersenyum. Saya senyum kembali kepada mama. Mama hadiahkan saya ciuman di pipi dan di dahi. Emm! Seronoknya! Mama nak lagi!

Hari keempat, saya sudah boleh minum susu mama dengan botol waktu pagi. Tapi nampaknya kali ini, nenek aja yang peluk dan bermain dengan saya. Mana mama ni? Lepas beberapa lama, perut saya pun dah lapar semula. Sekali lagi nenek suapkan saya dengan botol. Eh! Ini dah dua kali ni. Tak pelah, minum jelah! Dah tengahari barulah mama ada. Mama pergi manalah agaknya. Rindunya saya!

Selepas tu setiap hari, sedikit demi sedikit waktu saya menyusu dengan mama dah digantikan dengan botol. Tapi saya dah tak kisah, asalkan yang saya dapat minum tu, susu mama. Rasanya pun tak berapa berbeza. Cuma yang herannya macamana susu mama boleh ada di dalam botol.

Satu hari, nampak mama awal-awal pagi lagi dah bersiap cantik. Seronoknya mama nak bawa saya pergi jalan ke? Mama ambik saya dan bagi saya minum susu mama. Sambil saya minum, saya ternampak satu benda pelik. Eh! Apa yang mama buat tu? Nampak macam botol susu yang saya minum semalam. Tapi kenapa ada benda yang melekat dekat puting mama sebelah lagi tu. Ooo rupa-rupanya macam tulah mama masukkan susu mama dalam botol. Mama tengah perah susulah tu. Sayapun buat tak kisah je. Yang penting saya dapat minum dengan mama.

Bila saya dah kenyang, burrpp! Mama pun lepaskan puting mama dari saya. Ahh..sedapnya! Harap-harap hari ni tak payah minum dari puting plastik tu lagi. Tapi sangkaan saya meleset sama sekali. Tak lama selepas tu. Nampak mama masuk dalam kereta. Tapi tak bawa saya sekali pun. Alamak! Mama nak pergi mana tu? Eh! Papa pun ada sekali! Selalunya, papa aja yang pergi dengan kereta pagi-pagi ni. Terdengar nenek bersuara, "Ok babai mama! Pergi kerja balik cepat ye!". Aaaa! Pergi kerja? Mamapun kena pergi kerja ke?

Nampaknya hari ini, terpaksalah saya minum lagi dengan puting plastik tu. Sehari suntuk saya duduk dengan nenek di rumah. Neneklah yang jaga saya, basuh berak saya, mandikan saya dan juga suapkan saya dengan puting plastik tu bila saya lapar. Bila dah lewat petang, barulah nampak mama. Yea! Mama dah balik! Mama pun terus menerpa dekat saya, dan peluk cium saya. Saya nampak mama bawa satu beg hitam. Apa dalam tu mama? Ooo rupa-rupanya dalam tu ada susu mama yang dah diperah masa mama di tempat kerja tapi. Wow! banyaknya! Ada 5 botol! Saya nampak mama simpan semua botol tu dalam peti ais.

Saya dah tak kisah lagi pasal semua tu. Yang penting sekarang ni, saya nak upah susu. Mama cepatlah! Bila mama beri je puting mama, saya pun terus menangkap dan aaahh, alangkah nikmatnya dapat susu mama!

Bubur Oat

Bubur ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.

Bahan-bahan
• 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
• 10 ekor ikan bilis atau ikan segar tanpa tulang
• 1 helai daun saderi
• secawan air

Cara membuatnya
• Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
• Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
• Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
• Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
• Hidangkan.

inspired by mummy SI

Sunday, September 7, 2008

ice blended kurma

10bijik kurma yg dibuang biji
1 cup air longan
1cup buah longan from rebusan tu
2tray ice.

blend til smooth..susu byk..bdn bertenaga

My Breastpump


Setelah mencuba 3 jenis breastpum brand dot..dot..dot.. akhirnya aku jumpa Medela Harmony ni pada 27 Mei 2008. byk berjasa utk aku yg baru berjinak-jinak dlm dunia mengepam. harganya agak ehem..ehem.. tp oleh kerana harga yg sebegitu, beri motivasi supaya aku tak malas mengepam. Sungguh selesa, tak sakit dan hasilnya lumayan dlm masa yg singkat












Aku beli lagi satu breastpump pada 27 Ogos 2008. Hehehe... dah giler pump. Yang ni pulak dikendalikan secara bateri/AC power. sebab beli ialah geram tengok harga dia masa sale tu. Lagi satu sebab nak try buat double pumping. Aku rasa waktu kat sekolah semakin pendek. So, nak jimat masa lagi.
Sebelum membeli tengok gak preview orang2 tentang Avent ni. Ramai yang kata terlalu banyak accessories berbanding Medela Harmony. Tapi bile dah ade ni tak rasa banyak pun. Ok je.. lebih kurang same cam Medela Harmony tu.
Rasanya same je mcam Medela Harmony. Selesa dan tak sakit. Plus yang ni bateri operation, lagi la selesa. Duduk2, relek2, sembang-sembang tetiba botol dah penuh.
So, sekarang ni aku buat double pumping. Dalam masa 10 minit - 15 minit dapat 8-9oz.. Alhamdulillah.. rezeki anak.





Gambar sebelah ni Medela Freestyle. Double pumping, rechargeble batteri, tentunya selesa cam Medela Harmony gak. Pump idamanku. Entah bile la mampu memilikinya. Harga pasaran sekarang : RM1600 lebih..

Biskut London Almond

Bahan-bahan :

230 gm tepung gandum
1 biji telur (diambil kuningnya)
½ sudu teh esen vanila
1 kotak cooking chocolate

125 gm mentega
60 gm gula icing
1 paket badam (dipanggang / dibakar)
sedikit badam yang dikisar halus.

Cara Membuatnya :

Mentega & gula dipukul separa kembang.
Pukul mentega dan gula hingga separa kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kemudian kacau. Akhir sekali masukkan tepung tadi sehingga boleh diuli. Salutkan badam tadi dengan adunan sebiji-biji dan bakar pada suhu 180C selama 12 minit. Setelah sejuk, masakkan coklat dan celupkan badam yang disalut tadi. Kemudian masukkan ke dalam paper cups. Tabur sedikit badam halus sebagai hiasan.

Jadual penyimpanan EBM

first bubur

bahan-bahan

beras (ikut suke)
air (ikut suke)

cara membuatnya
1. masak beras mcam masak nasik tu
2. kisar nasik tu
3. terus bagi baby makan