Salam sejahtera.
Aku saja tulis post ni untuk rujukan insan malang ditimpa musibah. Mesti korang kalut-kalut google pasal kereta hilang bila diuji kan? Macam aku la.. kereta hilang. Eh.. mestilah dicuri, bukan yang salah letak ye. Kalau salah telak memang salah kau la yang nyanyuk.
Ni kalau kereta dah habis bayar. Kalau ade hutang bank nanti kat insurans tu kau boleh tanya langkah seterusnya.
Langkah perlu diambil :
(7 Disember 2018)
1. Sediakan geran, kunci kereta yang ada semua sekali, polisi insurans, ic dan lesen memandu.
2. Buat laporan polis serta merta.
Yelah... lepas kau carik sekeliling la dan memang confirm hilang. Macam kes aku, aku buat report kat balai polis seberang jaya. Masa aku datang tu dia terus amik nombor kereta dan terus contact geng polis yang round. Lepas tu barulah amik kenyataan. Kita semak report dan tandatangan. Naik tingkat atas, buat bayaran. Aku diminta pegi ke Balai Polis Bandar Perda untuk jumpa dengan polis lain pulak.. ade dia bagi nama sarjan tu.
3. Kat balai polis perda, sarjan soal siasat lagi... cerita lagi macam mana kejadian tu. Senang ade geran untuk polis buat report, sebab mana la aku tau model kereta secara detail. Selesai buat laporan. Dia kata lepas sebulan call dia untuk laporan dari dia. Kira tak jumpa la kereta tu kot. Minta nama dan nombor tipon polis tu supaya senang nanti nak tanya apa di kemudian hari.
4. Oleh kerana syarikat insurans etiqa tu tak sampai 5 minit dari balai polis, aku pun terus menuju ke sana. Dia kata boleh isi borang secara online. Tapi aku kata aku dah ade dekat sini meh aku isi borang biasa je. Insuran suruh photostat report polis, ic, lesen, geran dan dia nak polisi. Aku ade polisi tapi tak cukup muka surat hilang tah mana.. nasib baik ade dalam email. Lain kali aku nak polisi dalam bentuk email saja la.. sebab aku bukan orang yang jenis simpan elok semua dokumen. Sebelum balik dari syarikat insurans, minta diaorg email notification menunjukkan kau dah bagi semua dokumen yang diaorang nak dan borang kereta hilang. Setengah jam kemudian masa makan roti canai.. aku pun terima email itu.
Malam tu polis pun datang jumpa kau untuk bawa ke tempat kejadian.
(18 Disember 2018)
Sementara tempoh ni nanti kau akan dihubungi pihak insurans etiqa. Pada tarikh di atas, sorang adjuster datang untuk temuramah lebih details lagi. Dia dtg dengan temujanji sebab makan masa yang lama jugak, Jadinya.. sebelum kau lupa apa-apa tarikh dan masa, lepas kereta tu hilang, kau juga kene sedia karangan panjang macam mana kejadian itu lengkap masa dan tarikh. Masa ni slip gaji suami isteri, geran, kunci kereta, semua kene tunjuk kat dia. Tak lupa kereta-kereta dan harta yang lain milik suami/isteri semua akan disoal. Jawab la dengan jujur. Bagi juga nombor telefon sarjan tadi tu untuk adjuster ni berurusan dengan polis terus.
(Januari 2019)
Contact adjuster... dia kata report dia dah siap dan telah dihantar kepada pihak insurans.
Untuk Etiqa Insurans, boleh semak secara online status kita tu.
Aku pun terus menyemak.
(April2019)
Contact terus insurans. Tanya perkembangan kes. Dia kata eh.. puan dah lama kami hantar surat, tapi puan tak relpy. Tarikh surat, 24 Januari 2019. Rupanya silap nombor rumah. Alahai.. boleh silap nombor rumah pulak ye. Kalau suruh renew insuran, elok pulak surat sampai ke rumah. Dah la kete aku hilang... 2 kali jugak la hantar surat suruh renew kereta yang hilang tu, Sedih tau!
Okey... untuk cara pantas aku minta insurans email aku surat tu. Dapat email, print, isi borang, bagi kunci kereta dan apa-apa tah lagi yang dimahukan. Pos laju ye. Supaya kau tau sapa yang terima barang tu. Kalau kau tak paham apa-apa benda yang diminta tu. boleh tipon balik etiqa insurans, jangan malu... mereka layan baik.
(Mei 2019)
Dapat claim. yea... Alhamdulillah.. Sebenarnya lagi cepat... tapi, nombor rumah salah. Moralnya kau kene rajin follow up. Aku ni malu. Tunggu 4 bulan baru nak follow up.
RESIPI KEK PAUN OREN
9 months ago
No comments:
Post a Comment