Jumaat, 14 Mei 2010
Balik sekolah seperti biasa saya terus amik anak2. Hari Jumaat lagi seronok sebab balik cepat. Sampai rumah jam 12.30. Saya terua membuat urusan rumah tangga. Anak2 main sendiri, Tiba-tiba ARANE menjerit dan menangis. Saya ingat macam biasa la kalau dia jatuh. Tapi kali ini sungguh terkejut saya apabila darah turun mencurah2 dari mulutnya. Saya belek2 mana yang terluka. Darah itu datang dari lidahnya.
Saya terus mencapai kain tuala dan menyumbat dalam mulut ARANE. Saya mengambil keputusan untuk membawa ARANE ke hospital. Terus saya mencapai telefon, telefon Kak Yang, hantar Iffah semula.
Lepas hantar Iffah kat rumah Kak Yang, saya terus memandu ke Hospital Seberang Jaya. Sampai hospital, parking kereta, dukung ARANE ke bahagian kecemasan. ARANE diperiksa oleh doktor. Tapi susah, sebab luka tu kat lidah. Sampai jari doktor pun dia gigit.
Oleh kerana luka itu di lidah kes ini diserahkan ke bahagian pergigian. Kebetulan hari Jumaat, waktu rehat yang panjang, kene la tunggu sampai 2.45ptg barulah diperiksa oleh doktor pergigian. Saya tunggu dgn ARANE yang dah berhenti menangis. sementara mengunggu, saya hanya sms suami sebab tu kan time orang solat Jumaat, bukan dia angkat tipon pun.
Tepat 3.00ptg ARANE dipanggil untuk masuk bilik rawatan. Ramai gak doktor yg nk join. Diaorg soal2 saya sbb nak bagi ubat tidur pada ARANE. Mereka juga terangkan saya kesan2 pengambilan ubat tidur itu. Lepas tu saya diminta keluar. Saya keluar dan denagr sayup2 ARANe memanggil ibu...ibu... Tunggu di luar, suami pun sampai. cerita la A to Z.
Tak lama, saya dipanggil masuk ke dalam. ARANE sedang tidur. Kene tunggu sampai ARANE sedar, tak muntah, baru leh balik. Kene 3 jahitan. alahai anak ibu...................... Kesian dia....
RESIPI KEK PAUN OREN
10 months ago
No comments:
Post a Comment