Saturday, December 26, 2009

ARANE sayang Iffah



Rambut Iffah



Nampaknya rambut Iffah semakin banyak. Moga-moga cepat la panjang. Iffah sekarang dah pandai senyum dan ketawa. Tapi bila saya pegang kamera terus tak jdi senyum.

Saturday, December 19, 2009

Suap Makan


ARANE dah boleh suap makanannya sendiri. Tapi tentulah bersepah-sepah. Masih lagi proses latihan. Dia pun seronok menyuap makanan sendiri.

Mari Sembunyi



Masa ni tgh menjaga Iffah, tetiba ARANE sibuk main sorok-sorok plak. Baju ni paling ARANE tak suke pakai sebab tak bleh nk korek pusat masa minum susu.

Sunday, December 13, 2009

TO SAVE OR DUMP?

Milk remaining in the bottle that has been offered to baby

Save or Dump? : Use for next feeding, otherwise discard.

Why: Bacteria from the baby's mouth may have entered
the milk during the feeding. This may lead to
bacterial contamination if it sets too long (though
as yet there is no research available).

Milk that has been thawed

Save or Dump? :Save in the refrigerator or 24 hours after thawing, then discard. Do not refreeze.

Why :Milk that has been frozen has lost some of the
immune properties that inhibit bacterial growth in
fresh refrigerated milk.

Milk that has been kept in the refrigerator for five days

Save Or Dump? :Transfer to storage in the freezer, or discard.

Why: Bacterial growth is not a problem, but milk sometimes picks up odors or flavours from the
refrigerator or the container.

LINK :http://www.momslittleones.com/catalog/download/STORAGE_GUIDELINES_FOR_HUMAN_MILK.pdf

Wednesday, December 9, 2009

1 bulan


Nurul Iffah berusia sebulan kini. Berat : 4.4kg. ARANE cuba menarik rambut Iffah. Hehehe... Iffah masih botak, hanya ada rambut tajam-tajam je. Suke tengok Iffah pakai baju gaun.

Monday, December 7, 2009

Medela Freesyle

Pam idaman dah tiba. Buat la ape yang patut. Yang penting jangan MALAS!!


Tengok gambar ni tak rasa ape-ape pun. Tapi bila buat sendiri, macam ibu lembu pulak. Hehehe.... Ade Style Lah

Saturday, December 5, 2009

Pengalaman Bersalin 4 - Baby Keluar

Suami masuk semula. Kontraksi semakin kuat. Tak tertahan lagi, rasa nak meneran. SN memeriksa bukaan baru 7cm. Lantas dia membesarkan lagi bukaan menggunakan tangannya. Saya menyatakan lagi, saya rasa nak teran! Ok, doktor dipanggil (Dr. Koh dan india2 yg bodo), barang2 utk bersalin disediakan. Saya pun dibenarkan meneran walaupun saya rasa diaorg macam tak yakin saya boleh teran.

Sekali teran........... Kepala terkeluar. Dr. Koh suruh saya berhenti untuk meneran. Padahal mmg saya boleh teran lagi. Dia tunggu kontraksi yang akan datang. Ok.. teran lagi........ (sambil diberi sokongan oleh suami, misi dan doktor di situ). Alhamdulillah... terdengar tangisan Nurul Iffah. Lahirlah anak keduaku ke dunia tepat kan 8.09pm. Terus ditunjukkan jantina dan diletakkan di atas dada saya. Saya sempat menyentuh pipi Nurul Iffah.

Suami diminta keluar. Uri masih di dalam. Ala... tak bestnye kene korek lagi. Air kencing dikeluarkan lagi dengan menggunakan tiub. Berapa banyak aku kencing daa.. Uri dah keluar lega la. Tunggu proses menjahit pula. Dr. Koh minta doktor pelatih yg salah cucuk tangan saya tadi untuk menjahit saya. Saya ape lagi.. ‘takmo! Dia nk suntik saya pun tak reti, ni nk jahit plak.’ ‘ala... urat kt tangan akak yang susah nk nmpk’ menjawab lagi... Selama ni tak pernah org komplen tak nmpk urat tangan saya. Saya ni kurus je la. Misi Kak Bah pun kata senang nk cari urat saya.

SN India tadi pun masuk. ‘I nak jahit... patient request tadi.’ Hahahaha... tak ingin saya berurusan dengan doktor bodo sombong tu lagi. 3 jahitan saya kene. Dr. Koh tanye saya nk bius ke tak, saya pun nk je la. Tapi rasanya same je bius ke tak. Sakit gak.

Lepas jahit, saya nampak Nurul Iffah diletakkan bawah lampu siap dimandikan. Saya tanye misi kat situ, ‘anak saya dah azankan blum?’ Dia kata sudah. Saya pun mintak anak saya untuk disusukan. Bestnya kembali ke alam menyusu!


TAMAT

Pengalaman Bersalin 3 - Bilik Bersalin

Sampai di labour room, saya disorong masuk ke bilik bersalin. Tengok sekeliling macam ku kenal bilik ini. Oo..... bilik yang sama saya melahirkan ARANE. Saya menggigil, terketar2. Sejuk bercampur rasa takut nak bersalin. Baring je saya kat atas katil tu, berebut-rebut doktor pelatih datang. Ade 4 orang, 3 orang perempuan berbangsa India, dan seorang lelaki juga berbangsa India.

2 orang doktor perempuan itu ingin memecahkan air kutuban dan mengeluarkan air kencing melalui tiub. Seperti biasa, dia menyapu cecair yg sejuk tapi ditenyeh2 sehingga saya rasa pedih. Saya mengadu pada mereka, tetapi dia kata itu prosedur biasa. Eleh... dulu saya pernah melalui keadaan mcm tu tapi takde la pedih mcm ni. Sedang doktor perempuan gile tu menyakitkan saya, ditambah dgn rasa kontraksi yg kuar, seorang lagi doktor perempuan bersama doktor lelaki tadi sedang menyibuk ingin menyuntik tangan saya untuk memasukkan air. Teruk btul diaorang ni, dah la tak tgk graf kontraksi saya, berebut-rebut nak menyakitkan saya.

Doktor perempuan tadi menyuntik tangan kanan saya sambil dipererhatikan oleh doktor lelaki (Arvin). Tetiba doktor perempuan ni pun kata, “alamak! salah cucuk la (dlm bahasa tamil), i did it so many times.” Arvin pun kata,”its ok.. u can try again.” Kepala hotak dia nk try2 kat saya ni!!

Pedih giler mereka lakukan pada saya, memecahkan air kutuban dan mengeluarkan air kencing. Saya menangis kesakitan. Bukan sakit sebab kontraksi, tapi sebab pedih diperlakukan mcm tu. Setelah selesai memedihkan saya, saya tersepak krim yang diletakkan di bawah kaki saya. Lantas doktor perempuan itu memarahi saya, ‘kenapa akak pijak..’ ‘kenapa awk letak kat situ, mana la saya nampak. ‘ ‘mmg tempat dia kat situ’ Takkan la tempat krim tu kat situ. Alahai... terserlah kebodohan doktor India tu. Dah la bodo, nk menjawab plak.

Arvin pergi ke sebelah kiri saya untuk menyuntik lagi. Tetiba handphone dia berbunyi... dia pun menjawab panggilan itu, 2 ekor doktor perempuan India yang bodo mengusik Arvin, “marka tipon kaaa... (dalam bahasa tamil). Tersengih2 Arvin diusik. Tolonglah.......... saya pun tak pernah jawab telefon dalam kelas. Kecuali kalau mmg ade org dah janji nk jumpa saya hari itu. Untuk panggilan gedik2 ni tak pernah! Ok, Arvin dah abis bergayut. Dia pun ikat pergelangan tangan saya. Pas tu terus cucuk dan masukkan tiub. Darah kat tangan saya mengalir macam ade org kelar. Penuh darah kat tangna saya. Nurse yang tengok kat situ, kata ‘kenapa awk tak bukak ikatan tu’. Lagi satu kebodohan...

Saya mintak ubat tahan sakit, tapi oleh kerana saya menangis, graf saya terganggu. So, ubat tak boleh masukkan sehingga saya tenang. Misi amik tekanan darah saya. 140.. tak pernah capai tahap tu mengikut rekod saya. Sampia misi kata rosak gaknye mende ni. Saya rasa mmg x rosak, tapi mmg saya tertekan dgn kebodohan doktor2 itu. 5.30pm suami pun masuk. Abis saya menceritakan kebodohan doktor2 India tu tadi. Lega rasanya dapat meluahkan perasaan.

Setelah saya kembali tenang, seorang SN berbangsa India masuk untuk melihat graf saya, masa tu saya pun mintak la supaya SN tu menjahit saya nnt, saya takmo doktor tu jahit saya. SN tu pun kata ok. (ni semua misi mek kelate tu yg ajar!) Ubat tahan sakit disuntik di belakang saya.

Ubat itu membuatkan saya hayal, tetapi masa kontraksi, sama je sakit sgt. 7.15pm, saya tak rasa nak bersalin lagi. Saya pun suruh suami solat maghrib dulu. Kali ini sekali lagi air kencing saya dikeluarkan. Tapi bukan dengan tiub. Lega......


bersambung..