Thursday, July 16, 2009

My Happy Family



Kemas-kemas rumah baru jumpa camera stand. Ape lagi, bergambarlah kami sekeluarga. Dah lama tak bergambar bertiga. Rasanya kali terakhir masa hari raya yang lalu. Sekarang ni kandungan saya 6 bulan. Begitulah rupa saya mengandung sekarang ni. Apalah agaknya jantina anak saya kali ini...

Friday, July 10, 2009

14 bulan



Rajin sangat......... tolong ibu sapu rumah.









Dah pandai pakai selipar sendiri kedua-dua belah kaki. Sebelum ini kaki kanan je pandai masukkan kaki.









Dah cuba-cuba untuk sujud ikut ayah solat, tapi tak reti lagi. Terus hentak kepala kat lantai.

Tuesday, July 7, 2009

Dah 2 tahun saya kahwin...



Saya tidak pernah menerima walau sekuntum bunga pun daripada suami.. apa lagi sepotong kek harijadi atau ulang tahun perkahwinan, hadiah suprise dan ape2 lagi yang biasa diberikan oleh suami-suami romantik. Pernah juga saya utarakan, 'abang tak pernah bagi bunga pun...' 'daripada abang bagi bunga baik beli microwave kat adik' gitulah jawabnya... tul gak kan.

Sebenarnya bersyukur sangat dapat suami yang tak berapa nak romantik. Sebab saya pun bukan romantik sangat dan kadang-kadang sampai takde masa nak fikirkan perkara-perkara romantik lantaran kesibukan kerja dan urusan rumahtangga. Cukuplah hidup saya dikurniakan seorang suami yang setia, penyayang, penyabar (walaupun saya selalu membebel) boleh bergurau senda, usik mengusik, tegur menegur, nasihat menasihati, rajin membantu saya menguruskan rumah tanggga (rumah saya memang ada tangga) dan yang paling penting seorang yang saya boleh hormat.

Apakah hadiah sempena ulang tahun perkahwinan kami tahun ini? Adakah dapur di bawah ini hadiah ulang tahun kedua perkahwinan kami?? Ya! Inilah hadiahnya. Baru 90% siap. Nanti dah betul-betul siap, saya akan post gambar lagi.

Ya Allah, aku bersyukur atas kurniaanMu... Panjangkanlah jodoh kami dan murahkanlah rezeki kami.. amin..