Cuti sekolah yang lalu..... 18.3.2009
Sekembalinya saya dan keluarga daripada Johor, pagi itu saya rasakan dahinya terasa suam-suam kuku. Tetapi masih boleh diabaikan kerana tiada sebab ARANE nak demam. Sebelum ini di Johor dia sihat. Jam 1 petang saya menghantar ARANE ke rumah Kak Yang. Tumpang tidurkan ARANE di rumahnya sebab ade orang tengah pasang almari di dalam bilik kami. Kesian saya tengok ARANE merengek-merengek mengatuk. Pesan saya pada Kak Yang, nanti kalau ARANE dah bangun, call saya.
Jam 4 Kak Yang call. Masa tu almari telah pun siap dipasang. Saya jemput ARANE di rumah Kak Yang, kepalanya basah. Kak Yang kata, "dia demam ni.. Kak Yang basahkan kepala dia." Saya menyambut ARANE yang sedang meronta-ronta hendak pergi pada saya. Memang betul. Dia demam. Sampai di rumah, saya terus menyusukan ARANE sebab saya tak bekalkan apa-apa masa hantar dia ke rumah Kak Yang. Saya pun tertidur bersama-sama ARANE yang sedang menyusu. Lebih kurang jam 5 saya terjaga, ARANE masih lagi menyusu. Lamanya dia nyusu. Saya mencapai termometer dan menyukat suhu badannya. 38.7!! Saya sukat lagi sehingga 3 kali untuk mencari min suhu. (macam kat makmal sains). Tetap 38.5 ke atas. Kadang-kadang mececah 39! Tiba-tiba saya terdengar ARANE meracau-racau sambil menyusu. Terus saya telefon suami yang sedang bekerja. Kenapa saya perlukan suami?
1. semua IC kami ada pada suami sebab malam tadi naik flight dia yang simpan semuanya.
2. walaupun Hospital Seberang Jaya lebih kurang 2 km (jarak vektor) saja dari rumah saya, tetapi untuk ke sana saya perlu pusing jauh kerana jalan sehala.
Saya terus mengganggu suami yang sedang bekerja. Maklumlah, dalam keadaan suhu yang sebegitu, mana ada naluri ibu yang akan fikir yang baik-baik. Mujurlah suami bekerja di kawasan sini. Sampai suami di rumah, kami terus bekejar ke Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya. Saya mendaftarkan diri, dan terus dipanggil masuk ke dalam untuk diperiksa.
Sampai di dalam bilik, ARANE dibaringkan dan dibogelkan. ARANE menangis mungkin kerana takut. Sejenis ubat dimasukkan ke dalam dubur ARANE. Doktor dan misi terus membasahkan badan ARANE dengan air sejuk. Kira macam mandi la...suhunya turun 37. Ok la tu... doktor beri ubat dan nasihat. Nasib baik tak kene sawan tarik. Itulah yang paling saya takutkan.
Untuk pulih sepenuhnya, memakan masa beberapa hari juga. Sekarang, ARANE telah sihat. Alhamdulillah......
RESIPI KEK PAUN OREN
10 months ago