Thursday, January 29, 2009

Cloth Diaper....

**oleh kerana permintaan untuk saya memberi pendapat sebagai pengguna cloth diaper di susuibu, maka saya meluangkan sedikit masa untuk berkongsi ilmu di blog ini.

Setelah mengambil keputusan menyusukan anak secara eksklusif, saya telah membuat satu lagi keputusan untuk menyusahkan diri lagi, iaitu menggunakan cloth diaper/lampin moden sepenuhnya. Kenapa saya teringin menyusahkan diri?

1. ARANE kuat kencing pada waktu malam. Terpaksa bangun malam gantikan lampin.
2. Tak sanggup nak keluar duit beli lampin pakai buang yang mahal-mahal tahan semalaman, pas tu buang macam tu je.. buang lampin tu, terasa macam buang duit je.
3. Tak mahu bahan kimia meresap ke dalam badan anak seperti mana saya mengelakkan menggunakan susu formula
4. Malas nak buang sampah lampin pakai buang setiap hari. Jika tak buang, bilik air jadi busuk pula.
5. Nak kurangkan sampah dalam dunia ni
6. Saya mendapati pengasuh hanya menyalinkan disposible diapers pada waktu mandi petang. Maksudnya sepanjang waktu saya hantar (11.30am - 8pm), ARANE hanya memakai sehelai disposible diapers sahaja!

Pada mulanya...

Memang langsung tak faham ape cloth diaper ni. Seumur ARANE 2 bulan saya dah tau pasal cloth diaper. Tapi memang takde jual di kedai biasa, dan seperti penyusuan susu ibu secara eksklusif, tiada sesiapa dikalangan sekitar saya yang tahu akan cloth diaper.
Tengok harganya.. huh..mahal sungguh. Tapi jika dibandingkan beli Mamipoko tu, tambah duit sikit,dapat lah sehelai CD.

Bermulanya di sini...

Saya mulakan dengan cloth diaper jenama Kasihku Sayangku. Antara yang murah iaitu RM5+.++. Ia disertakan dengan 2 insert. Tujuannya hanya untuk digunakan pada waktu malam sahaja. Tapi bocor la pulak. Sebab bocor ialah saya tak ikut arahan membasuh. Untuk new user, kene basuh 3-4 kali baru boleh serap.

Sekarang...

Macam-macam jenama CD yang saya gunakan. Ada diceritakan pada entry sebelum ini. Terakhir sekali saya nekad beli borong kat ebay (brand coolababy). Sehingga melayakkan saya menjadi fully CD seperti sekarang. CD brand coolababy yang saya beli hanya RM27.++ sahaja sekeping semasa saya beli. Semua CD yang saya beli adalah jenis All Size. Oleh itu, CD itu boleh digunakan sejak bayi lahir hinggalah 3 tahun.

Bersihkan po-po..

Mulanya geli sungguh nak bersihkan po-po. Terutama bila ARANE dah mula solid food. Tapi 3-4 kali dah ok dah.. tak rasa ape pun. Sama macam bersihkan punggung dia kalau dia po-po.
Caranya mudah saja, pancutkan air yang beraliran deras pada CD yang ade po-po di tepi lubang jamban supaya po-po itu terus masuk ke dalam lubang jamban. Sisa warna akan terlekat pada CD. Pijak-pijak di bawah air paip. Insyallah akan hilang. Inilah kelebihan CD berbanding lampin tradisional. Warna po-po akan mudah hilang. Macam magic. Ini ialah disebabkan fabrik CD itu sendiri.

Berapa keping CD diperlukan?

Setakat ini saya ada 14 keping CD. ARANE perlukan 7 keping sehari semalam.

1. 6.30 am
2. 9.00 am
3. 11.30 am (sebelum hantar ke rumah pengasuh)
4. 3.30 pm (di rumah pengasuh)
5. 5.30 pm (di rumah pengasuh)
6. 8.00 pm
7. 11.00 pm (guna insert yang power)

Pengurusan CD bagi ibu bekerjaya

Pagi-pagi saya akan mula acara pijak-pijak CD untuk mengeluarkan kotoran najis yang terperangkap pada insert dan CD. CD ini telah dikumpul sejak semalam. Setelah berpuas hati, masukkan semua CD itu ke dalam mesin basuh. Tekan-tekan.. mesin pun pusing sendiri. Dalam 1 jam,tara... dah siap. Terus sidai dalam rumah je, sebab takut hujan kalau sidai kat luar.
Siapkan 2 keping CD untuk bagi pada pengasuh. Pergi kerja, balik kerja, CD yang sidai tadi dah kering.

Kelebihan...

1. Dulu tak payah nak fikir beli susu, sekarang tak payah nak singgah kat tempat pampers pun...
2. Bilik air tak berbau najis ARANE
3. Tak payah nak pesan berkali-kali pada suami supaya tolong buang sampah!
4. Dapat memantau samada ARANE cukup air atau tidak berpandukan kekerapan dia kencing. (Sungguh merisaukan saya apabila ARANE hanya minum 4-6oz susu sahaja di rumah pengasuh. Tapi bila tengok CD, tahulah saya bahawa cukup bekalan air dalam badannya)
5. Tambah pahala sebagai seorang ibu.

2 comments:

Anonymous said...

aku suka baca ttg ilmu-ilmu ibu ni...rasa mcm nk buat jer...tp ape kan daya,aku cuma blh bersedia,belum blh laksanakan... :)

Anonymous said...

salam ziarah..setuju sangat dengan tuan rumah..saya amik keputusan yg sama utk gunakan CD pon atas sebab2 di atas..tambah satu lagi..aiman saya mudah sgt kena ruam...