Wednesday, December 31, 2008

Dugaan...


Hari Rabu minggu lepas ARANE demam. Sampai la hari Ahad barulah baik betul. Sepanjang demam tu... memang sangat menguji kesabaran. Tambahan pula saya sakit mata. Mata susah nak buka, kepala pening. Itu pun saya tak makan ubat gatal yang memberi kesan mengantuk. Kalau makan ubat tu, macam mana nak jaga ARANE. Nasib baik mak dan ayah datang sini. Kalau tak, entah macam mana la saya nak jaga ARANE. ARANE sentiasa merengek minta di dukung. Kadang-kadang meraung seperti kesakitan. Dukung menangis, beri susu menangis, serba tak kena. Mungkin sakit nak tumbuh gigi atau pun memang sedang dalam proses beralih bulan. Dugaan ini sungguh mencabar kesabaran saya.

Sekarang ni tinggal batuk berkahak. Tapi tak meragam lagi. Cuma sentiasa nak beteman sebab ARANE sibuk nak berdiri. Habis badan saya dijadikan alat untuk memanjat. Baby cot pun dia dah boleh panjat sendiri, dan berdiri di dalamnya. Merangkak dah boleh dua tiga langkah, lepas tu dia behenti dan terus menjulur.

Monday, December 29, 2008

Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun





Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.

Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca…

Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan

  • Semua makanan pejal :
    Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan

  • Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
    Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.
  • Makanan Yang Telah Diproses:
    Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.
  • Putih Telur :
    Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.
  • Buah-buahan Citrus:
    {mosimage}Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.
  • Madu :
    Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!
  • {mosimage}Kacang, Mentega Kacang :
    Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.
  • Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur :
    Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.
  • Makanan Laut :
    Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.
  • Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.
  • Jus Buah Pekat :
    Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.
  • Gandum dan Produk Gandum : Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.
  • Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
    Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan

  • Susu Rendah Lemak :
    Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.
  • Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
    Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Wednesday, December 24, 2008

8 bulan

ARANE dah tumbuh gigi 2 batang bawah, 1 batang yang atas. Tapi belum panjang lagi. Baru tunggul je...

Sekarang ni tengah belajar membetulkan kedudukan daripada tiarap untuk duduk. Kadang-kadang berjaya duduk, kadang-kadang terjatuh balik. Masih belum kuat untuk merangkak lagi. Tapi kalau menjulur tu memang laju. Satu rumah boleh pusing.

Mulut pulak memang tak reti diam. Suka buat suara macam-macam, terutama suara 'mengaum'.

Saturday, December 13, 2008

Sehari Sebelum Lahir Ke Dunia

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan :
" Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab:
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi:
"Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

inspired by memorizulaiqha's blog

Friday, December 12, 2008

Miya snack- biskut rubber

2cups of oat yg telah dikisar
pinch of salt
1tbspoon baking powder
1tbspoon vanila
3bijik pisang monte yg over ripe atau 6bijik pisang emas
3tablespoon of oil (suka suki nak guna oil ape/but dont use penut oil or corn oil for kids below 1yrs old)

cara buatnye:
1)mix dry with dry & wet with wet.
2) mix all the stuff sampai sebati. it will look like bancuhan cekodok pisang, but it wont stick much to the spatula (coz ade minyak tu)
3) in baking tray (lined with baking sheet or alum foil), spoon the bancuhan & drop dia memanjang on the tray. buat rectangular shape 1inci lebar & 2-3 inci panjang.
4)baked dlm oven 200darjah celcius for about 20mins.

inspired by mama-miya

Tuesday, December 9, 2008

Al-Fatihah...

Pemergian seorang sahabat baik semasa di UTM, Mohd. Haslil. Haslil meninggalkan seorang isteri, Aspalela, juga kawan saya, dan dua orang anak hasil perkahwinan mereka. Haslil adalah antara sahabat yang suka bersaing dalam pelajaran dengan saya semasa belajar di UTM.

Haslil telah meninggal disebabkan sesak nafas. Beliau mengajar di Sabah dan sedang bercuti di kampungnya, Segamat.

Sesungguhnya kita boleh 'dijemput' pada bila-bila masa sahaja... Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin..

Kepada Aspalela, tabah menghadapi dugaanNya....

p/s : gambar ini ehsan daripada Noor Shela.

Saturday, December 6, 2008

Kenapa Gunakan Lampin Kain (Cloth Diaper)?

Terdapat banyak perbincangan tentang kenapa perlu kita gunakan lampin kain, berhenti menggunakan lampin pakai buang. Pada masa ini, terdapat banyak artikel di internet tentang isu ini, berikut dihuraikan serba sedikit kenapa kita perlu memilih menggunakan lampin kain. Tapi, fikirkanlah... adakah anda mahu memakai kertas dan plastik, atau memakai kain kapas lembut?

Isu Kesihatan

Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya.
  • Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.
  • Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah0merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.
  • TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
  • Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekrangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.
  • Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).
Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Isu Alam Sekitar

Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menybabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.

Lampin Kain ternyata lebih mesra alam.

Kos

Wang adalah faktor penting yang perlu diambilkira semasa memilih sistem bagi menggunakan lampin kain. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal apabila dicongak balik, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin. Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Kos bagi lampin pakai buang

Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu

RM0.60 X 7=RM4.20 sehari

RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun

RM1533 X 3 =RM4599 untuk 3 tahun


Kos menggunakan lampin kain

Untuk kemudahan anda, anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya 12 helai, jika anda ingin mencucinya setiap hari:

Sehelai lampin : RM64

Insert (Lapisan Dalam): RM18

Jumlahnya: RM82

Beli 12 helai: 12 X RM 82 =RM984

Beli 24 helai: 24 X RM82 =RM1968 (lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)

Kos kekal sepanjang 3 tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranyaingin menambah keluarga.

Wednesday, December 3, 2008

Baru Beli CD

ni gambar CD yang dah lame pakai. berbaloi beli. sebulan ARANE pakai lebih kurang 2 bungkus lampin pakai buang. sejak pakai CD yang 3 helai ni boleh jimat 1 bungkus lampin pakai buang.


ha... yang ni baru je sampai semalam...brand Bumgenius, Happy Heiny's dan Bumwear. ni tengah pre wash. yang siksanya kene prewash dan kering ulang proses tu sampai 3 atau 4 kali.

sekarang dah ade 6 helai CD. Berapa belanja yang dihabiskan untuk beli CD? Entah la.. tak kira. yang penting boleh guna sampai anak2 yang seterusnya dan boleh kurangkan sampah dalam dunia ni. anak-anak lepas ni kot baru rasa untungnya beli CD ni. Sejak pakai CD dah tak perlu bangun malam untuk tukar lampin. sebab dah beli yang paling power untuk pakai malam. ARANE memang kuat kencing!