Friday, October 31, 2008

Pengurusan Susu Bagi Ibu Bekerjaya

Puan, tahniah kerana puan berazam untuk menyusukan anak puan sepenuhnya.
Mengenai kemusykilan puan tentang kualiti susu yang disimpan, memang benar terdapat kajian dibuat mengenai tahap kualiti susu yang paling baik dan berantioxidant tinggi apabila disimpan hanya dalam tempoh 48 jam di bahagian sejuk(bukan beku). Walau bagaimanapun, tidak semua khasiat di dalam susu ibu akan musnah di dalam proses pembekuan susu. Ianya masih baik jika dibandingkan dengan susu formula.

Kajian ini baru sahaja di buat dan diterbitkan artikelnya pada Oktober, 2004. Cadangan dan kaedah penyimpanan susu bagi ibu bekerja pula telah lama wujud sebelum kajian ini dibuat. Itulah sebabnya terdapat sedikit percanggahan maklumat di dalam perkara ini.

Sebagai jalan tengah kepada permasalahan ini, SusuIbu.com mencadangkan kepada ibu-ibu bekerja supaya mengekalkan cara dan kaedah penyimpanan susu semasa di dalam pantang sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bayi mendapat khasiat pada tahap maksimum semasa pengambilan susu perahan setiap hari, puan bolehlah menyimpan sebahagian besar dari kumpulan susu puan di bahagian sejuk sahaja dan simpan sedikit di bahagian beku. Dengan itu, pada keesokan harinya, pastikan anak puan mendapat sebahagian besar koleksi susu segar dan hanya bahagian kecil saja dari simpanan yang agak lama.

Contohnya begini, katakan puan telah menyimpan sebanyak 10 botol di bahagian beku. Setiap hari puan berjaya mengumpul 4 botol susu semasa bekerja. Apabila pulang ke rumah, simpan 3 dari susu perahan baru itu di bahagian sejuk (bawah peti ais) untuk kegunaan esok hari dan satu botol lagi ke dalam bahagian beku sebagai simpanan jangka panjang. Sebagai ganti, keluarkan susu yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti ais untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Oleh itu sebagai bekalan esok haro, anak puan akan menikmati 3 botol susu segar dan hanya satu botol dair koleksi yang agak lama, namun ianya masih cukup berkhasiat. Dengan cara ini, puan dapat mengekalkan khasiat dan kandungan antioksidant di dalam bekalan susu kepada anak puan.

Handling EBM

thawed ebm
-if still no contact with baby saliva(air liur) dgn syarat belum dipanaskan lg.... tahan 24 jam dr waktu dah fully cair.
-if still no contact with baby saliva(air liur) tp sudah dipanaskan...habiskan within 1 or 2 hour.
-if dah contact with baby saliva like baby minum half saje..... try to let baby finish the balanced in 1 or 2 hour

fresh ebm
-if still no contact with baby saliva dgn syarat belum diapnaskan... tahan 3 hari (kalau pti ais baru...sejuk kannn)...bleh tahan sampai 5 hari
-if still no contact with baby saliva tp dah direndam dlm air panas...try to finish within 4 hour. as for me, kalau simpan for next day pun boleh tp cek rasa (masam basi) dulu before give to baby. dah pernah buat, n baby ok.
-if dah contact with saliva.... try to finish the ebm within 1 or 2 hour.

Mee Bandung

1kg mee kuning
1 kati daging
3 biji tahu
Sayur sawi (rm1.00*)
3 biji tomato
2 sudu besar lada kisar (klau nak pedas tambah la suke ati)
5 sudu besar sos tomato
Setengah bungkus kacang tumbuk (rm1.20*)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak secukup rasa
3 biji telur

bahan dikisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Udang kering sebungkus kecil (rm1.20*)


bahan hiasan
bawang goreng
daun sup
tahu goreng

Cara Memasak

1. rebus daging sehingga empuk
2. sediakan periuk kosong, masukkan minyak masak
3. apabila minyak dah panas, masukkan bahan kisar termasuk lada kisar
3. tunggu hingga garing masukkan air rebusan daging. nak tambah air pun buleh
4. apabila mendidih, masukkan sos tomato, daging, kacang tumbuk, sayur sawi, garam dan gula secukup rasa.
5. pecahkan telur di dalam kuah
6. sedia untuk dihidang.

*harga yang tersebut hanya tertakluk di market seberang jaya sahaja

Monday, October 27, 2008

Saturday, October 25, 2008

Huh... Lega....

Tadi lebih kurang jam 3 pagi barulah ARANE berak. Setelah menanti sejak dia makan solid food Ahad yang lalu.

Rentetan peristiwa :

Isnin : bagi makan bubur kosong yang dikisar halus (tak berak)
Selasa : bubur nasi campur carrot (tak berak)
Rabu : bubur nasi kosong (tak berak)
Khamis : tak bagi langsung ape-ape solid food... (tak berak)
Jumaat : 11am - nasi bubur yang dikisar berasnya. 12.50pm - pisang separuh. mlm - pisang 2 suap.
Sabtu : Jam 3 pagi -- keluarlah segala khazanah...

Thursday, October 23, 2008

Balik Raye Johor 2008

Ketibaan pesawat dari Penang.... (raye pertama)



Atuk dan cucunye


Atuk, nenek dan cucu

nenek dan cucunye



ARANE Suke Gigit KaKi!!


Aidilfitri 2008

Aidilfitri 2007

Wednesday, October 22, 2008

6 bulan

Lupe nak update mase ARANE 6 bulan (20.10.2008). Alhamdulillah... saya dapat menyusukan anak secara exclusive selama 6 bulan. Sekarang masih lagi menyusukan ARANE tapi campur dengan bubur yang dimasak sendiri sehari sekali. Seronok tengok anak membesar dengan susu sendiri. Daripada berat 3.2kg hingga berat lebih kurang 8kg.

Semua ni berkat sokongan suami dan support group dari susuibu.com. Bersyukur sangat ARANE dilahirkan pada zaman teknologi ini. Tak perlu mendengar cerita turun temurun yang entah dari mana asalnya. Kini segalanya perlu dibuat kajian beserta bukti saintifik.

Sunday, October 19, 2008

Start makan

Hari ni ARANE dh start mkn bubur ibu buat. masak bubur, blend, tapis, suap mkn. mmg leceh tul la. satu keje lagi bertambah. senang bagi susu ibu je. heran, kenapa ade org yg rajin awal2 lagi dah bagi makan bubur.

Tapi demi ARANE sanggup masak bubur nasi. start dengan nasi kosong je. saje nk try2 tadi. bagi beberapa suap je. buat cair2. sok nk buat pekat sket. tgk nak makan tak. tadi mmg berselera tul makan. tapi ibu lambat sket je suap, mula la mengamuk. last2 ibu bagi je susuibu. terus diam.