Tuesday, January 3, 2012

Permulaan Perjalanan Susu Ibu

Setiap kali sesi taaruf masa SGM, Gathering, biasanya kami diminta memperkenalkan diri dan menceritakan tentang pengalaman penyusuan.  Setiap orang mempunyai keunikan masing-masing sehingga ada yang menyentuh hati saya dan membuatkan saya menitiskan air mata.  Ternyata pengalaman penyusuan ibu-ibu ini merupakan saat terindah yang tak dapat dilupakan.

Kat blog ni biarlah saya ceritakan pengalam saya.  Semasa mengadungkan ARANE, klinik kesihatan akan promosi susu ibu.  Ini ialah kire macam prosedur dia lah sebab lepas dia membebel tu kite kene tandatangan kt satu tempat di buku merah tu.  Nurse Jeya cerita dengan penuh perasaan tentang susu ibu ni kepada saya.   Tapi masa tu tentulah ianya KOSONG bagi bakal ibu seperti saya. Tapi saya tetap simpan ilmu itu sebab itukan ilmu baru.  Lagipun saya tak pergi mana-mana kelas macam ibu mengandung yang lain.  Jadi dengarlah betul-betul.

Semasa bersalinkan ARANE di Martenity Hospital, Penang di dalam labour room lagi mereka dah ajar saya menyusukan baby.  Banyak yang saya TAK TAU tapi ia memberi hikmah pada saya.  Kerana :
  • saya TAK TAU pegang baby - nurse ajarkan. nasib baik ARANE lahir 3.2kg.  senang nak pegang.
  • saya TAK TAU susu yang banyak tu macam mane.. yang sikit tu macam mane.. hentam je bagi baby nyonyot.  Bersemangat nak jadik ibu.
  • saya TAK TAU posisi menyusu - nurse yang banyak ajar. TQ nurse MHPP.
  • saya TAK TAU sebab ape baby nangis. Tengok tak berak, susu pun dia tanak, dukung je la.. (rupanya bayi yang baru lahir memang suka didakap seperti dalam pertu ibunya)
  • saya TAK TAU penat.  Lepas bersalin saya tak rasa penat pun.  Jakun nak pegang dan susukan baby. kalau letak kat nursery, takut orang culik atau tukar dgn bayi lain, macam dlm drama tu..
  • saya TAK TAU nak beli susu brand ape - byk sangat dipasaran. nanti-nantilah tanya orang nk beli susu ape.  
  • saya TAK TAU nak beli botol susu ape - susu pun tak tau nak beli, ape lg botol, puting, bagai tu.
  • saya TAK TAU ada ibu yang lepas bersalin takde susu - tak penah terfikir pun nanti bersalin takde susu. tak mcm sesetengah ibu mengandung, bila saya syorkan nanti bersalin bagi susu badan ye.. jawab si ibu pulak... ish.. kene ready susu tin jgk la. sy tak tau saya ni nanti ade susu ke tidak.
Oleh itu kerana banyak TAK TAU ni lebih baik daripada banyak sgt taunye.  Saya tak penah jaga adik.  Takde kakak/abang dan tak penah nak amik tau atau tolong jaga anak ibu saudara.  Saya bukan orang yang suke budak-budak dan takut nak dukung baby. (sebab tu jadik cikgu skola menengah) :)