Saturday, November 19, 2011

Demam

  • Ambil 2 kain/kertas yang tidak menyerap rendamkan didalam putih telur.tepekkan setiap satu kain yang lembab tersebut ke telapak kaki baby kemudian pakaikan setokin.Pastikan kain yang ditepek itu lembab dengan putih telur.Putih telur akan menyedut bahang kepanasan terus dari dalam badan dan suhu badan baby akan menurun dalam masa 20-30 minit sahaja.
  • Bagi yang kurang berjaya menggunakan putih telur,satu lagi petua yang dah diamalkan oleh kebanyakkan masyarakat eropah ialah menggunakan kentang.

    Cara-caranya:-
    Ambil sebiji kentang dan di letakkan di dalam petiais selama 30min
    Selapas itu potng kentang setebal anggaran 2mm
    Letakkan ditelapak kaki bayi,kanak2 atau orang dewasa
    Boleh diulang buat kali ke 2 atau ke 3 jika perlu

Thursday, November 17, 2011

Rendang Hitam

Bahan-bahan


Jika ayam : garam + kunyit, kukus selama 15-20 minit - goreng
Jika daging : Rebus - goreng
Jika kerang : rebus

Kisar dan tapis airnya

Bawang putih
Bawang merah
Serai
Halia

Air asam jawa (guna air yg tapis tadi)
Cili kisar
Kicap manis
Kerisik
2 sudu gula merah
1 sudu gula putih
4 sekawan
Rempah kari paket
Daun limau purut

Disangai
2 Serbuk jintan manis
2 Serbuk jintan putih
4 Sebuk ketumbar

Wednesday, June 15, 2011

I'm Malaysian Breastfeeding Peer Counselor!



Saya baru sahaja selesai mengikuti latihan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) di Alor Setar pada 10 Jun - 12 Jun. Inilah kursus yang paling penat saya pernah sertai sebab ia penuh dengan pengisian 8.30 am - 6.00 pm. Jika tertinggal satu slot atau terlewat dtg, amatlah merugikan. Contohnya saya terlewat dtg masa slot Jaundice. Dah tengah2 masuk mmg tak paham.

Seramai 21 orang termasuk 3 orang kaum bapa (bukan suami saya). Pada mulanya saya ingin berulang alik dari rumah ke Alor Setar. Hari jumaat tu saya pun drive la sorang2 ke sana.. Punye la jauh Alor Setar tu rupanya. Lebih 100km. Malam tu jugak saya ajak suami ikut tidur kat sana. Nasib baik dia setuju. Bawa anak2 sekali. Sok pagi bersiap2 terus hantar saya ke tempat kursus dan dia tunggu untuk masuk hotel jam 2pm. Terima kasih abang!

Ada orang yang nampak saya ni gile, obses tentang penyusuan, sehingga sanggup berkorban masa, wang, tenaga untuk itu. Tapi entahla.. saya hanya ingin menuntut ilmu. Saya juga org yg jenis sayang anak! Bukan org yg tak pergi kursus ini tak sayang anak.. org yg tak menyusukan itu tak sayang anak.. tapi maksud SAYANG ANAK itu terlalu subjektif. nnt kite cerita lain pasal sayang anak ni.

Wednesday, April 6, 2011

Selamat Tinggal Susu Ibu

Telah puas saya berusaha untuk memeriahkan susu yang semakin menyusut ini.  Apa usaha saya tu? Antaranya ialah :

1.  Telan pil busuk ini.  Pil ini menyebabkan bau badan yang macam indu. :(


2.  Pil ini juga

Nurturing Remedies – Galacta capsules (60 vege caps)


3.  Membuat Power Pumping - cara saya, dengan menggantung Medela Freestyle itu sambil membuat menaip/rehat2.  10 minit pump, 10 minit rehat.  Adoi... ia amat menyakitkan.  Hasilnya tak berapa lumayan.

4.  Meminta nasihat daripada PC dan LC.

5.  Tanderm Nursing antara pam dan Iffah.  Seperti biasa, saya sangat serasi dengan cara ini berbanding power pumping.

Punca kekurangan susu yang saya dapat kesan ialah :

1.  Saya period!
2.  Ini sebab yang saya tak pasti.. mungkin saya suke minum nescafe.  
3.  Iffah telah berusia lebih setahun dan family food adalah yang utama bukan lagi susu.  Dia sangat suke makan masakan saya.
4.  Penyakit M juga telah menyerang saya.  Kesibukan kerja kat tempat kerja dan kerja-kerja rumah. 
5.  STRESS!! macam-macam hal la.. pompuan kan..
6.  Iffah menolak direct feeding kerana ingin meniru abangnya minum susu di dalam botol.  Sedangkan stok EBM dah kosong.





Friday, February 4, 2011

Kek Span Coklat


** resepi yang menjadi

4 biji telur
120gm gula kaster
1 camb ovalette -(tak letak pun tak pe..)
80gm tepung gandum
1tsp baking powder
20gm serbuk koko
65gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

Cara membuatnya:

1. dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar menggunakan kelajuan maksimum berwarna putih seperti ini, bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah.
2. Ayak tepung, baking powder, serbuk koko masuk dlm adunan..
3. Terus masuk minyak. putar perlahan hingga adunan b'gaul rata dan sebati ,tuang dalam loyang berukuran 8".
4. bakar pada suhu 170'c - selama lebih kurang 30 /40 minit

Saturday, January 8, 2011

Kete Bayu (Bahasa ARANE)

Iffah dalam kereta. Seronok bila dapat buka tingkap. Belum tangkap gambar ARANE dah lari2 nak tengok gambar dia.
Ni baru ready...

Tuesday, January 4, 2011

Perkembangan ARANE

Umur sekarang 2 tahun 8 bulan, ARANE dah buang air sendiri kat toilet. Tapi kadang2 terlepas jugak. Sebab dia terlalu asyik bermain dan tak nak meninggalkan mainan tersebut takut diambil orang. Malam pun dah tak pakai pampers lagi.

Sekarang ni ARANE asyik bertanya 'apa itu..?' 'apa ini..?'. Sampai penat ibu nak jawab. Kadang2 benda tu memang dia dah tau jawapannya, tapi sengaja bertanya berkali2.

ARANE dah mengenal nombor dan boleh menyebutnya dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Dari nombor 1 hingga saya pun tak pasti kadang-kadang dia sebut sampai 30. Huruf pula, ada beberapa huruf yang dia kenal. Dia rajin bertanya dan membaca. Juga suka menonton CD Muzzy! Semoga cepat pandai dan rajin lagi! Tapi masih bercakap pelat...

Iffah & Thalasemia

Lama tak update blog. Sekarang ni kat sekolah dah ade wifi, keyboard laptop pun dh repair. Senang nk coretkan sesuatu di sini.

Nak cerita pasal Iffah dulu. Setelah disahkan pembawa thalasemia, kami sekeluarga perlu diambil darah dan diuji. Keputusan ujian, ayahnya mempunyai corak darah yang sama macam Iffah. Sementara saya dan ARANE mempunyai corak darah yang sama iaitu kami normal. So, thalasemia yg sedang dibawa oleh Iffah datang dari ayahnya... mystery solve!