Tarikh : 16 Mei 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Youth Park
Tema : Coklat
Akhirnya berjaya juga kami mengadakan gathering susuibu.com bahagian utara setelah ditangguhkan beberapa kali. Tanggal 16 Mei 2009 bertemulah ibu-ibu yang selama ini hanya bersembang secara maya. Mulanya saya tidak dapat bersama mereka kerana kursus LDP di sekolah. Tetapi jika difikir secara mendalam antara tentatif program LDP dengan Gathering ini, saya rasa gathering ini lebih memberi makna berbanding tentatif LDP di sekolah. Antara tajuk LDP ialah, Pengurusan Masa dan Pembahagian Markah Koko. Aduh... bosannya. Pada saat-saat akhir, saya mengambil keputusan untuk menyertai gathering. Oleh kerana tidak mengikuti perkembangan program gathering ini, saya lantas menelefon seorang forumer, DaYah. Apa yang perlu dibawa? DaYah kata beli hadiah untuk tukar-tukar hadiah baby dan bawa makanan/minuman untuk potluck. Saya terus membeli jus oren dan hadiah untuk baby malam tu jugak. Tidak lupa, pelampung untuk ARANE mandi manda.
Pepagi lagi saya dah kejutkan semua orang. ARANE mengamuk-ngamuk sebab memang bukan time bangun tido. Kami bersarapan di Taman Tun Sardon. Asalnya saya yang teringin nak makan serabai di sana, tapi gerai tu ramai orang sedang berbaris, akhirnya saya hanya pekena capati + daging cincang.
Acara dimulakan dengan penerangan tentang CD dan Baby Wearing oleh Shida
Kemudian diikuti soal jawab bersama Dr. Balkees (antara pakar laktasi terbaik). Apabila saya mengajukan soalan kepada Dr., saya sedang mengandung dan anak saya tidak mahu minum susu formla. Lantas Dr., memarahi saya, kenapa nak bagi anak susu formula? Lebih baik beri saja fresh milk sebab anak saya dah setahun. Juga memberi anak makan family food. Itu jauh lebih baik. Lagi pun bayi lebih setahun hanya perlukan 1/3 sahaja susu sehari berbanding bayi 6 bulan. Lega saya mendengar penerangan dari Dr. Balkes itu. Selain itu dia juga menerangkan keburukan penggunaan botol susu dan plastik-plastik yang harus dielakkan.
Bagaimana menghadapi bayi tercekik dan CPR untuk bayi
Last sekali... mandi manda!! Ini kali pertama ARANE berenang. Seronok betul dia berenang
lagi gambar boleh tengok kat sini ---->>
http://fendyshikin.fotopages.com/