Friday, January 30, 2009

Thursday, January 29, 2009

Cloth Diaper....

**oleh kerana permintaan untuk saya memberi pendapat sebagai pengguna cloth diaper di susuibu, maka saya meluangkan sedikit masa untuk berkongsi ilmu di blog ini.

Setelah mengambil keputusan menyusukan anak secara eksklusif, saya telah membuat satu lagi keputusan untuk menyusahkan diri lagi, iaitu menggunakan cloth diaper/lampin moden sepenuhnya. Kenapa saya teringin menyusahkan diri?

1. ARANE kuat kencing pada waktu malam. Terpaksa bangun malam gantikan lampin.
2. Tak sanggup nak keluar duit beli lampin pakai buang yang mahal-mahal tahan semalaman, pas tu buang macam tu je.. buang lampin tu, terasa macam buang duit je.
3. Tak mahu bahan kimia meresap ke dalam badan anak seperti mana saya mengelakkan menggunakan susu formula
4. Malas nak buang sampah lampin pakai buang setiap hari. Jika tak buang, bilik air jadi busuk pula.
5. Nak kurangkan sampah dalam dunia ni
6. Saya mendapati pengasuh hanya menyalinkan disposible diapers pada waktu mandi petang. Maksudnya sepanjang waktu saya hantar (11.30am - 8pm), ARANE hanya memakai sehelai disposible diapers sahaja!

Pada mulanya...

Memang langsung tak faham ape cloth diaper ni. Seumur ARANE 2 bulan saya dah tau pasal cloth diaper. Tapi memang takde jual di kedai biasa, dan seperti penyusuan susu ibu secara eksklusif, tiada sesiapa dikalangan sekitar saya yang tahu akan cloth diaper.
Tengok harganya.. huh..mahal sungguh. Tapi jika dibandingkan beli Mamipoko tu, tambah duit sikit,dapat lah sehelai CD.

Bermulanya di sini...

Saya mulakan dengan cloth diaper jenama Kasihku Sayangku. Antara yang murah iaitu RM5+.++. Ia disertakan dengan 2 insert. Tujuannya hanya untuk digunakan pada waktu malam sahaja. Tapi bocor la pulak. Sebab bocor ialah saya tak ikut arahan membasuh. Untuk new user, kene basuh 3-4 kali baru boleh serap.

Sekarang...

Macam-macam jenama CD yang saya gunakan. Ada diceritakan pada entry sebelum ini. Terakhir sekali saya nekad beli borong kat ebay (brand coolababy). Sehingga melayakkan saya menjadi fully CD seperti sekarang. CD brand coolababy yang saya beli hanya RM27.++ sahaja sekeping semasa saya beli. Semua CD yang saya beli adalah jenis All Size. Oleh itu, CD itu boleh digunakan sejak bayi lahir hinggalah 3 tahun.

Bersihkan po-po..

Mulanya geli sungguh nak bersihkan po-po. Terutama bila ARANE dah mula solid food. Tapi 3-4 kali dah ok dah.. tak rasa ape pun. Sama macam bersihkan punggung dia kalau dia po-po.
Caranya mudah saja, pancutkan air yang beraliran deras pada CD yang ade po-po di tepi lubang jamban supaya po-po itu terus masuk ke dalam lubang jamban. Sisa warna akan terlekat pada CD. Pijak-pijak di bawah air paip. Insyallah akan hilang. Inilah kelebihan CD berbanding lampin tradisional. Warna po-po akan mudah hilang. Macam magic. Ini ialah disebabkan fabrik CD itu sendiri.

Berapa keping CD diperlukan?

Setakat ini saya ada 14 keping CD. ARANE perlukan 7 keping sehari semalam.

1. 6.30 am
2. 9.00 am
3. 11.30 am (sebelum hantar ke rumah pengasuh)
4. 3.30 pm (di rumah pengasuh)
5. 5.30 pm (di rumah pengasuh)
6. 8.00 pm
7. 11.00 pm (guna insert yang power)

Pengurusan CD bagi ibu bekerjaya

Pagi-pagi saya akan mula acara pijak-pijak CD untuk mengeluarkan kotoran najis yang terperangkap pada insert dan CD. CD ini telah dikumpul sejak semalam. Setelah berpuas hati, masukkan semua CD itu ke dalam mesin basuh. Tekan-tekan.. mesin pun pusing sendiri. Dalam 1 jam,tara... dah siap. Terus sidai dalam rumah je, sebab takut hujan kalau sidai kat luar.
Siapkan 2 keping CD untuk bagi pada pengasuh. Pergi kerja, balik kerja, CD yang sidai tadi dah kering.

Kelebihan...

1. Dulu tak payah nak fikir beli susu, sekarang tak payah nak singgah kat tempat pampers pun...
2. Bilik air tak berbau najis ARANE
3. Tak payah nak pesan berkali-kali pada suami supaya tolong buang sampah!
4. Dapat memantau samada ARANE cukup air atau tidak berpandukan kekerapan dia kencing. (Sungguh merisaukan saya apabila ARANE hanya minum 4-6oz susu sahaja di rumah pengasuh. Tapi bila tengok CD, tahulah saya bahawa cukup bekalan air dalam badannya)
5. Tambah pahala sebagai seorang ibu.

Monday, January 26, 2009

Koleksi Permainan 2008

Inilah sebahagian koleksi permainan ARANE sepanjang 2008. Anak sulunglah katakan.. tentulah banyak mainan. Gambar atas tu ialah gambar ARANE masih baring lagi. Tak pandai buat apa-apa. Senang jaga masa tu letak je dalam baby cot. Sekarang baby cot dah jadi tukun. ARANE suke tido bawah sambil nyusu ngan ibu.


Ini ialah permainan pertama ARANE. Baby Gym

Sekarang ARANE dah pandai merangkak dan sedang belajar berdiri. Atuk belikan tracktor dan Baby Crawl to Walk. Patung Mickey Mouse tu ARANE yang pilih sendiri sebab dia suke tengok cerita Mickey Mouse Club House.

Saturday, January 24, 2009

9 bulan




ARANE sekarang dah laju merangkak. Sampai tergolek-golek nak kejar orang. Dia juga sedang belajar berdiri. Kerusi, rak TV, katil, semua dijadikan alat untuk berdiri. Kadang-kadang terlupa, lepas dedua tangan macam orang dah pandai berdiri. ARANE juga suke berangan bawak kereta. Ada satu hari tu sebelah tangan pengang stering, sebelah lagi pegang gear nak tiru orang bawak kereta. Pandai sebut bu..bu.. dan ba..ba.. dan ape-ape lagi bahasa yang tak boleh paham. Gigi bawah dah tumbuh 2 batang. Gigi atas satu batang dah panjang, satu lagi dalam proses.
ARANE masih lagi minum susu ibu dan guna cloth diapers sepenuhnya.

Friday, January 23, 2009

Puding



Bahan-bahannya :

1 cawan tepung kastad
8 cawan air
3/4 tin susu pekat
Gula secukup rasa
1 tin laici

Cara membuat :

1. masukkan semua bahan kecuali laici ke dalam periuk.
2. masak sehingga 'blub-blub'
3. masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk
4. sedia untuk di makan bersama laici

Friday, January 16, 2009

Sakit Mata



Lepas ibu sakit mata, ARANE pulak yang sakit mata. Doakanlah ARANE biar cepat sembuh. Kesian tengok mata dia. Ini ialah gambar terkini.

New Skill



Alahai anak ibu.. dah pandai panjat tangga. Takut nak tinggal dia sorang-sorang. Dulu masa tak pandai merangkak boleh la tinggal ARANE kat ruang tamu sambil masak di dapur. Sekarang ni kalau berdua dengan dia kat rumah, nak solat pun kene tunggu ARANE tidur.

Betul la kata orang, kalau anak masa baru lahir asyik nak dukung je, ikutkan je la.. Dengan siapa lagi dia nak bermanja kalau bukan ibu bapanya sendiri. Nanti kalau dah pandai bergerak macam ARANE ni, nak pangku pun susah. Dia asyik nak memboloskan diri je. Kite pulak yang penat kejar.

Saturday, January 10, 2009

Merangkak



Walker

Hanya tinggal kenangan... ARANE dah tak nak masuk dalam walker lagi.

Sunday, January 4, 2009

Seludup Masuk Thailand



Ni kat kawasan Padang Besar. Kami tengah tunggu kereta dan orang yang akan 'seludup' kami kt Thailand.



Lebih kurang 15 minit, kami telah berjaya menyeludup masuk negara Thailand. Kami diturunkan di kawasan ini. Janji dengan pemandu, lepas satu jam ambil kami semula untuk balik ke Malaysia. Maklumlah dalam perasaan berani menyeludup pun, ade rasa takut jugak. Pasport semua tak bawa. ARANE pun ikut sekali. Manalah tau kami tertangkap, kesian ngan baby.
Murah-murah barang kat sini. 2 kali ganda murah berbanding dengan harga di Padang Besar. Macam-macam beli seperti tilam, barang mainan, kain batik (ni mak yang beli...saya tak reti pakai pun). Kain batik pun barangan terkawal, tapi dah namanya menyeludup, hentam je la beli banyak pun. Penuh kereta masa balik tu. Lemas macam sardin sebab naik kereta Persona je. Manelah muat nak letak barang-barang semua tu. Nasib baik tak jauh sangat. Akhirnya selamat juga kami semua sampai ke Malaysia semula.

Taman Herba - Perlis







Mak dan ayah datang Penang akhir bulan 12 yang lepas. Tapi kalau dah sampai utara ni, diaorang suke pegi Perlis. Jumpa kawan dan membeli belah kat Padang Besar. Kat Penang ni mane la ade tempat nak membeli belah murah-murah macam kat Padang Besar tu. Sekarang ni kat Taman Herba. Saya saje nak pegi Taman Herba ni, bukan sebab minat tumbuh-tumbuhan atau pencinta alam sekitar, tapi untuk menguji kehebatan kamera. Hehehe... amik gambar daun-daun dan pokok-pokok la. Ape lagi.. Tapi rasanya tak perlu la nak pos kat sini. Nanti korang bosan pulak tengok flora-flora ni.