Sunday, December 23, 2012

Hari Pertama

Hari ni start proram diet saya. Sebenarnya saya bukan la tahap obesiti, tapi lebih berat saja. Tambahan pula, pinggang saya sangat sakit kalau nak bangun dari duduk. Saya syak, mungkin berat saya yg menyebabkan pinggang sakit. Sebab tu berkobar-kobar nak kuruskan badan ni.  berat sekarang 65kg. Nak bagi turun 55 jer.. 10 kg je kan. Tapi lemak ini sangat degil.

Hari ni saya makan tempe goreng sambal ngan sayur tauge, kucai,carrot. Fasa pertama ni kene makan protein dan sayur sahaja. Pas tu petang, berjalan dgn kelajuan 5 kat treadmill selama 25 minit. Konon2 30 minit la kan. Ngelat sikit. Pas tu buat sit up 18 kali. Tu pun nk ngelat jgk.. Konon2 buat 20 kali. Pas tu diri atas bende hape tah.. Buat twiss pulak. Tapi hari ni saya curik2 jugak makan kek coklat. Buat kek untuk suami, tp dia takmo mkn sebab saya tersalah resepi, kurang setengah cwn serbuk koko. Tapi tetap sedap tau...

Disamping nak kurus, saya jugak start collagen. Gile cantik! Sambung esok. Nak bubuh gambar skali la.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 17, 2012

2nd day Bersunat

Dah tak tahan nak baring je.. Duduk kat kerusi pulak nak main kereta. Dah boleh jalan2 main. Tapi tak tutup tang situ. Sakit katanya.. Nyilu kot.

Published with Blogger-droid v2.0.9

1st day Bersunat

Malam tadi selesai sudah ARANE bersunat kat klinik Ikhsan, Perda. Dipotong oleh Doktor Zainuddin, same doktor ngan Azzam. Lega rasanya kesemua anak lelaki saya dah 'potong'. Hari ni ARANE baring je sambil main tab. Menu makan hari ini, ikan haruan goreng. Semoga cepat sembuh!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 28, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 19, 2012

testing..

Dah lama x tulis blog sbb malas nk bukak laptop yg dh uzur tu.  Zaman dah berubah, sekaran dh pakai tab pulak.  Dh ade tab, teringin nk beli galaxy note 2.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, June 27, 2012

Sebulan

Azzam dah berusia sebulan.  Berat 5 kg. Dah pandai 'main badminton'.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, June 23, 2012

Tidur Buai

Biasanya ibu bapa tak mahu bayinya di ajar tidur dalam buai.  Antara sebabnya nanti susah nak pegi mana2 kene bawak buai, otak bayi gegar, risiko jatuh dari buai.  Dikurniakan anak seperti Azzam, yang susah nak tidur waktu siang dan asyik nak berpangku.  Bila dah tertidur atas pangkuan, letak je.. terus menangis.  Kalau lepas menyusu, Azzam mesti nak ibu ada di sisinya (dok bawah ketiak ibu).  Saya bangun je.. menangis la dia.

Mesti orang kata saya ni dah ade bibik pun malas nak pegang anak.  Bukan macam tu, kadang2 di waktu tertentu contohnya jam 10 pagi, saya kene pastikan saya dah mula masak.  Sebab nanti jam 12 Iffah mesti minta nasi.  Saya pun dah lapar jugak mase tu.  Memang boleh bagi bibik jaga, dukung Azzam masa saya masak, tapi daripada saya bagi dia dukung, baik letak dalam buai dan bibik buai.  Tah la.. naluri keibuan saya tak suke tengok bibik dukung Azzam.

Untuk penyelesaian kes2 buai yang tersebut di atas, nak pegi mana2 contohnya Parkson tak perlulah bawak buai.  Ade stroler atau sling pun dah ok.  Comfirm baby tido.. asalkan perutnya dan punggungnya selesa.  Biasanya anak-anak saya takde masalah perut sebab minum susu ibu kecuali ibu makan bukan2.  Malam pula, lagi la syok.. tido bwh ketiak ibu, takkan tak boleh lena.  Otak bayi gegar2 tu.. janganlah enjut kuat, pelan2 je.. same la macam dukung. Kat bawah buai, letakkan bantal sebagai langkah2 keselamatan.
Dalam buai bayi tidur lebih lena (tak terjaga), kerana bayi memerlukan tidur yang mencukupi untuk tumbesarannya.

Sekian!

Cloth Diapers Baru

Masa ARANE, saya memang guna cloth diapers hingga dia dapat Iffah, guna pampers malam je.  Lepas tu sejap je guna CD untuk Iffah dan ARANE sebab 'tukang basuh' dah jadik malas.  Saya pulak tak larat nak uruskannya dan beli lampin pakai buang (pampers la.. sbb semua org boleh faham kan, x semestinya brand panpers)

Sekarang ni dengan kehadiran bibik, bolelah saya mula semula.  Saya beli brand Coolababy tapi versi baru. Cantik dan ade corak2 juga tambahan untuk mengelak kebocoran di celah peha.

Jimat sangat guna CD ni.  Selalu sebulan mesti habis lebih kurang RM70 untuk pampers.  CD ni saya beli 13 keping (kegunaan 2 hari kalau tak cirit birit)  tak sampai RM300!  Bye..bye pampers dan susu tin.. :)

Ini yang baru smapai tadi

Tuesday, June 19, 2012

Pengalaman Bersalin Kali Ke-3 (sambungan)

sambungan.. daripada sini

Alhamdulillah.. keluar juga akhirnya baby yang saya nantikan. Sementara baby dibersihkan, nurse makcik dan doktor goyang-goyang perut saya yang dah geleber itu sambil menekan. Saya tahu mereka sedang mengeluarkan uri. Uri dah keluar, proses menjahit pula. Sebab saya angkat punggung tu yang ade koyak. Padahal doktor Hanita dok pesan jangan angkat punggung. Dalam keadaan panik tu mane nak perasan semua tu. Sekejap je proses menjahit tu. Kire sikit je yang koyak.

Suami keluar untuk azankan baby. Mane2 nurse yang lalu kat saya, semua saya pesan 'SAYA NAK SUSUKAN BABY YE..' 'SAYA NAK MENYUSUKAN ANAK SAYA.. JANGAN BAGI SUSU LEMBU'. Begitulah kalau bersalin di hospital bukan Rakan Bayi. Semua yang saya pesan menganggukkan kepala. Suami kembali dan membayangkan rupa baby yang kacak itu kepada saya. Matanya sepet, hidung agak mancung. Kemudian dia meminta diri untuk solat Jumaat.

Saya masih dibiarkan baring di labour room. Kepala saya sangat sakit. Rasa loya. Lalu saya minta nurse makcik minyak angin dan plastik sebab saya rasa saya akan muntah. Sama macam masa bersalinkan Iffah dulu. Beginilah rasanya. Dapat je plastik terus muntah. Barulah rasa lega. Mereka suruh saya tidur. Tapi mane boleh tidur.. saya terbayangkan anak saya je.

Hampir jam 2, saya masih dibiarkan di labour room. Katana kene tunggu darah cair habis keluar. Saya rasa saya tahu. Dulu masa bersalinkan Iffah, saya turun je dari katil darah fresh keluar banyak. Di sini mestilah mereka pastikan saya tak jadik macam tu lagi sebab kat sini mane ade bekalan darah kalau saya tumpah darah.

Tiba-tiba saat saya cuba melelapkan mata, datang nurse dengan baby. Dia kata dah sejam lebih ni, kene susukan. Saya apa lagi.. bagaikan org mengantuk disorongkan bantal, dengan seronoknya nak menyusukan dan menatap wajah baby yang saya kandung selama ini. Pandai dia menyusu. Saya juga telah mahir menyusu secara baring ni. Tak kekok langsung kami berdua. Dalam 5 minit, baby tertidur semula dan nurse ambil bawa ke nursery.

Selesai solat Jumaat, suami datang semula ke labour room. Nurse menawarkan saya air milo dan biskut. Saya memang lapar tapi tak larat nak bangun. Dari pinggang hingga ke kaki macam dah lumpuh. Suami cuba dudukkan saya. Alhamdulillah.. masih boleh duduk. Dia menyuapkan biskut dan air kepada saya. Hehehe.. bahagia rasanya.

Kemudian saya dibawa ke wad. Sepatutnya saya tidur kerana anak dijaga di nursery. Tapi memang tak boleh tidur. Saya dan suami mintak baby. Nurse datang bawakan baby dan tanya untuk apa? 'Saje2 nak tengok baby..' Dia kata tak boleh lama sebab bilik saya sejuk. Lepas tu baby di bawa semula ke nursery sambil saya berpesan, kalau dia nak susu bawakan pada saya.. Bimbang betul saya kalau-kalau saya lalai.. mereka akan sumbat susu lembu. Saya memang tak izinkan anak saya diberi susu lembu! Patutnya saya sediakan label 'TOTALY BREASTFEEDING'. Barulah saya lena tidur gaknye.

Suami balik ke rumah dan saya ingin berehat. Saya terlelap sekejap2 sambil tv terbuka. Petang tu ARANE datang bersama suami. Iffah tidur di rumah. Untuk makan malam saya dihidangkan makanan orang berpantang. Dah bermula episod berpantang saya ni.

Malam.. saya minta baby. 2-3 kali nurse (nurse lain2) masuk bilik memujuk saya menyerahkan baby untuk mereka jaga dan minta saya berehat. Saya kata takpe la.. saya nak menyusukan anak saya. Padahnya pada saya jugak... dengan sakit pinggang tu.. saya kene jaga baby yang asyik terjaga nak susu, berak dan nak tidur dalam pelukan. Sepanjang malam yang asyik terbangun tu, terdengarlah suara-suara bayi lain menangis. Sayu saya dengar... mereka dahagakan susu ibu.. kehangatan ibu.. sedangkan ibu mereka nyenyak tidur agaknya. Untunglah kamu anakku.. sedetik kamu gelisah, terus ibu dakap, menawarkan kamu susu yang segar.

Pagi... Doktor datang cek jahitan. Dah boleh balik! Yea.. bil semua lebih kurang RM1800. Okla tu.. yang penting saya bersalin dihadap oleh semua yang bertudung. Saya mampu beli barang yang lebih mahal daripada harga itu, takkan lah tak boleh nak dapatkan yang bertudung untuk menyambut kelahiran. Takut dipersoalkan diakhirat pula nanti. Semoga saya sekeluarga dimurahkan rezeki...

Friday, June 8, 2012

Pengalaman Bersalin Kali Ke-3


24 Mei

Pagi- saya pergi menjalani rutin pemeriksaan di klinik kesihatan seberang jaya.  Nurse beri nasihat macam biasa, masuk telinga kanan kuar telinga kiri.  Yang saya nak dengar hanya degupan jantung baby dalam perut ni. 

Petang – Temujanji dengan Muslimah.  Memang kene pegi sebab mereka perlu tahu kondisi saya.  Kami sekeluarga pergi ke Muslimah, sebab lepas tu nak terus pegi kedai kat Bertam.  Masuk bilik doctor, semua anak-anak ikut masuk.  Saya ingatkan doctor Hanita nak scan macam biasa, dua beradik ni memang teruja nak tengok baby dalam perut ibu ni.  Tapi lain pulak yang dibuat.. ‘Ade sakit tak?’  Saya yang memang sentiasa rasa kontraksi ni mengaku je la yang memang ade sakit.  ‘Ok la baring, saya nak buat VE’.  Terkejut saya.  Berdebar-debar.  Anak-anak diminta keluar.  Doktor Hanita seluk sambil tolak perut saya, dia kata ‘3 cm’ .  Boleh tahan baby dalam perut ni.  Maksudnya baby saya ni besar.  Huhuhu…
‘Esok pagi datang la ye.  Bersalin pagi esok.  Rumah dekat je kan.’  Wah.. senangnye doctor ni cakap.  Saya dah berdebar-debar.. takutnya.. ‘Hmmm… hari Sabtu boleh tak?’  Saya pula menawar.  Hahaha.. nak bersalin normal tapi sibuk nak tentukan hari pulak.  ‘sebab saya ade kerja yang belum selesai’  terbayang kertas soalan yang tak habis tanda.  Saya merancang nak siapkan semuanya esok.  Semak kertas soalan dan tulis dalam buku rekod supaya senang orang cari markah.  ‘Petang esok la.. lepas Jumaat, sebab hari  Sabtu saya ade hal,’kata doctor Hanita.  Saya bersetuju.  Saya berkira-kira esok nak minta pengetua kecualikan menyertai Sambutan Hari Guru.  Saya nak siapkan kerja. 

Sampai kat kedai, saya sibuk tanda kertas Moral.  Call kak Liza suruh dia siap sedia untuk ambil alih tugas saya nanti.  Masa tu jugak kontraksi semakin kuat, tapi tak kerap.  Lambat lagi ni.. saya berkira-kira.  Saya ajak suami balik awal sikit sebab takut bersalin pulak.

Malam tu masih rasa sakit yang kuat (macam senggugu je..).  tapi Alhamdulillah.. saya boleh tidur dengan nyenyak.

25 Mei

Bangun pagi tu saya pegi kencing.  Ternampak la darah.  Hmmm… maksudnya saya kene bersalin pagi ni jugak.  Mandi2.. explain kat Abdul Rahman yang ibu nak kuarkan baby dalam perut, so dia kene tinggal rumah.  Nanti bila baby dah keluar, ayah akan bawa ke hospital.  Dia pun setuju dan faham.  Anak yang taat dan pandai.  Iffah masih tidur.  Bye..bye anak-anak ibu..

Saya rasa nak sarapan dulu.  Tapi kontraksi ni menakutkan la pulak.. suami ikut je saya.  Sambil suami memandu ke Muslimah, saya ambil keputusan nak sarapan dulu.  Saya tau yang saya ni lambat bersalin.  Takut tak cukup tenaga dan suami pulak lapar menanti.  Kami bersarapan roti canai kat area Muslimah.  Tak sedap langsung.. hmm… ape2 pun tak sedap masa tu.  Yang terfikir camne nak bersalin je… Maklumah ini kali pertama saya bersalin di Muslimah.  Kedua-dua anak bersalin kat Hospital Kerajaan.

Sampai Muslimah, terus ke bahagian Dewan Bersalin.  Kata doctor Hanita, kad saya dah dihantar ke sana.  Masuk labour room dan nurse check tekanan darah dan VE.  4cm… ah lama lagi.. Nurse minta saya mengiring dan masukkan sesuatu.  Saya masih fobia masa induce melahirkan Iffah dulu, lalu bertanya ‘Nak induce ke?’  ‘Tak la.. masuk ubat berak.  Tarik nafas ye’.  Huh.. selamat.  Manelah tau nak bagi cepat bersalin, hentam orang bagi induce, pas tu masok bill.. hospital swasta la katakan.

Lepas masuk ubat terus rasa nak berak.  Cepat2 dia benarkan saya masuk bilik.  Lega.. dah melepas. Hihihi… Kat sini bilik sorang satu berserta toilet. Wah.. selesanya.  Ade berapa bilik tah.. saya pun tak perasan.  Ade aircon, zikir untuk bersalin terpampang besar kat dinding.  Begitu Islamic. 

Baru teringat saya terlupa nak bawak ubat Salindah yang k.Jisma bagi.  Suami pun balik rumah, amik ubat Salindah dan kurma.  Sementara tunggu suami datang balik, saya sempat baca Surah Maryam.  Kat sini tak diberi baju macam kat Hospital Kerajaan.  Dia bagi kain je.. tu pun sebab saya kata kain batik ade dalam kereta.  Kenape ek…? Suami balik semula, saya makan ubat Salindah tu sambil berdebar2.

Dalam kul 9, Doktor Hanita masuk dengan membawa gunting.  Ngeri betul!.  Dia check VE lagi… masih 4 cm.  Dia pun pecahkan air kutuban dengan gunting tu.  Dalam kul 9.30, nurse masuk cucuk tangan masuk air.  Hm… nak induce saya la ni..

Kul 10, saya dibawa ke labour room.  Tak payah pakai tudung.. takde org lelaki pun kat situ kecuali suami saya.  Tak selesa betul katil tu.  Di depan saya terpampang zikir-zikir untuk bersalin.  Saya masih lagi sakit2 manja.  Kejap saya duduk, kejap baring menahan sakit. nurse-nurse pelatih dari MasterSkill ramai2 dok situ.  Agak rimas jugak sebab ramai dalam 5-6 orang.  Ade sorang yg tolong urut belakang saya dan yang lain sembang-sembang hal dunia.  Orang tgh sakit.. rimas lah. 

Sakit semakin kuat sampai tak terucap zikir bersalin.  Suami membaca ayat ape tah dengan Quran Android di Galaxy S2, sambil memegang tangan saya.  Saya dah pesan kat dia, tolong baca surah yasin masa saya tengah nazak tu.  Dia baca surah tu kot… 

Nurse yang dipanggil makcik datang check bukaan.  Dah 8cm.  patutlah sakit giler.. Nurse makcik tu sapu air selusuh kat perut saya sambil baca ayat ape tah.. hehehe..

Hampir kul 12, doctor Hanita datang, check bukaan, masih 8 cm.  dia pun pasang besi.. ha?? Saya minta nak bersalin macam biasa.  Tapi macam ade masalah.. saya dah panik.. rupanya dia nak vakum.  Saya belum rasa nak bersalin la.. kenapa diaorg ni?  Dah la tak pasang CTG, saya mmg sakit, tapi belum rasa nak bersalin.  Doctor Hanita vacuum dan 2 org nurse tolak perut saya.  Kata makcik nurse kepala baby tinggi.  Terdengar pulak nurse sorang lagi tu kata saya makan salindah.  Pulak…

Saya tolak tangan2 yang menekan perut saya.  Sakit la!  Dah la sakit kontraksi, tekan perut org lak tu..  2 kali Doktor Hanita vacuum, dan saya diminta teran.  Malangnya kontraksi tu datang dlm setengah minit je.. saya tak sempat nk teran habis.  Sampai kontraksi lagi saya terus teran.  Dan terasa ‘benda’ hangat keluar.   Mereka yang berada disekeliling terus azan.  Masih lagi bewarna kelabu, doctor hanita tunjukkan jantina baby kepada saya.  Alhamdulillah…. Yang ditunggu2 telah tiba.  

Bersambung...

Tuesday, January 3, 2012

Permulaan Perjalanan Susu Ibu

Setiap kali sesi taaruf masa SGM, Gathering, biasanya kami diminta memperkenalkan diri dan menceritakan tentang pengalaman penyusuan.  Setiap orang mempunyai keunikan masing-masing sehingga ada yang menyentuh hati saya dan membuatkan saya menitiskan air mata.  Ternyata pengalaman penyusuan ibu-ibu ini merupakan saat terindah yang tak dapat dilupakan.

Kat blog ni biarlah saya ceritakan pengalam saya.  Semasa mengadungkan ARANE, klinik kesihatan akan promosi susu ibu.  Ini ialah kire macam prosedur dia lah sebab lepas dia membebel tu kite kene tandatangan kt satu tempat di buku merah tu.  Nurse Jeya cerita dengan penuh perasaan tentang susu ibu ni kepada saya.   Tapi masa tu tentulah ianya KOSONG bagi bakal ibu seperti saya. Tapi saya tetap simpan ilmu itu sebab itukan ilmu baru.  Lagipun saya tak pergi mana-mana kelas macam ibu mengandung yang lain.  Jadi dengarlah betul-betul.

Semasa bersalinkan ARANE di Martenity Hospital, Penang di dalam labour room lagi mereka dah ajar saya menyusukan baby.  Banyak yang saya TAK TAU tapi ia memberi hikmah pada saya.  Kerana :
  • saya TAK TAU pegang baby - nurse ajarkan. nasib baik ARANE lahir 3.2kg.  senang nak pegang.
  • saya TAK TAU susu yang banyak tu macam mane.. yang sikit tu macam mane.. hentam je bagi baby nyonyot.  Bersemangat nak jadik ibu.
  • saya TAK TAU posisi menyusu - nurse yang banyak ajar. TQ nurse MHPP.
  • saya TAK TAU sebab ape baby nangis. Tengok tak berak, susu pun dia tanak, dukung je la.. (rupanya bayi yang baru lahir memang suka didakap seperti dalam pertu ibunya)
  • saya TAK TAU penat.  Lepas bersalin saya tak rasa penat pun.  Jakun nak pegang dan susukan baby. kalau letak kat nursery, takut orang culik atau tukar dgn bayi lain, macam dlm drama tu..
  • saya TAK TAU nak beli susu brand ape - byk sangat dipasaran. nanti-nantilah tanya orang nk beli susu ape.  
  • saya TAK TAU nak beli botol susu ape - susu pun tak tau nak beli, ape lg botol, puting, bagai tu.
  • saya TAK TAU ada ibu yang lepas bersalin takde susu - tak penah terfikir pun nanti bersalin takde susu. tak mcm sesetengah ibu mengandung, bila saya syorkan nanti bersalin bagi susu badan ye.. jawab si ibu pulak... ish.. kene ready susu tin jgk la. sy tak tau saya ni nanti ade susu ke tidak.
Oleh itu kerana banyak TAK TAU ni lebih baik daripada banyak sgt taunye.  Saya tak penah jaga adik.  Takde kakak/abang dan tak penah nak amik tau atau tolong jaga anak ibu saudara.  Saya bukan orang yang suke budak-budak dan takut nak dukung baby. (sebab tu jadik cikgu skola menengah) :)