Saturday, December 5, 2009

Pengalaman Bersalin 3 - Bilik Bersalin

Sampai di labour room, saya disorong masuk ke bilik bersalin. Tengok sekeliling macam ku kenal bilik ini. Oo..... bilik yang sama saya melahirkan ARANE. Saya menggigil, terketar2. Sejuk bercampur rasa takut nak bersalin. Baring je saya kat atas katil tu, berebut-rebut doktor pelatih datang. Ade 4 orang, 3 orang perempuan berbangsa India, dan seorang lelaki juga berbangsa India.

2 orang doktor perempuan itu ingin memecahkan air kutuban dan mengeluarkan air kencing melalui tiub. Seperti biasa, dia menyapu cecair yg sejuk tapi ditenyeh2 sehingga saya rasa pedih. Saya mengadu pada mereka, tetapi dia kata itu prosedur biasa. Eleh... dulu saya pernah melalui keadaan mcm tu tapi takde la pedih mcm ni. Sedang doktor perempuan gile tu menyakitkan saya, ditambah dgn rasa kontraksi yg kuar, seorang lagi doktor perempuan bersama doktor lelaki tadi sedang menyibuk ingin menyuntik tangan saya untuk memasukkan air. Teruk btul diaorang ni, dah la tak tgk graf kontraksi saya, berebut-rebut nak menyakitkan saya.

Doktor perempuan tadi menyuntik tangan kanan saya sambil dipererhatikan oleh doktor lelaki (Arvin). Tetiba doktor perempuan ni pun kata, “alamak! salah cucuk la (dlm bahasa tamil), i did it so many times.” Arvin pun kata,”its ok.. u can try again.” Kepala hotak dia nk try2 kat saya ni!!

Pedih giler mereka lakukan pada saya, memecahkan air kutuban dan mengeluarkan air kencing. Saya menangis kesakitan. Bukan sakit sebab kontraksi, tapi sebab pedih diperlakukan mcm tu. Setelah selesai memedihkan saya, saya tersepak krim yang diletakkan di bawah kaki saya. Lantas doktor perempuan itu memarahi saya, ‘kenapa akak pijak..’ ‘kenapa awk letak kat situ, mana la saya nampak. ‘ ‘mmg tempat dia kat situ’ Takkan la tempat krim tu kat situ. Alahai... terserlah kebodohan doktor India tu. Dah la bodo, nk menjawab plak.

Arvin pergi ke sebelah kiri saya untuk menyuntik lagi. Tetiba handphone dia berbunyi... dia pun menjawab panggilan itu, 2 ekor doktor perempuan India yang bodo mengusik Arvin, “marka tipon kaaa... (dalam bahasa tamil). Tersengih2 Arvin diusik. Tolonglah.......... saya pun tak pernah jawab telefon dalam kelas. Kecuali kalau mmg ade org dah janji nk jumpa saya hari itu. Untuk panggilan gedik2 ni tak pernah! Ok, Arvin dah abis bergayut. Dia pun ikat pergelangan tangan saya. Pas tu terus cucuk dan masukkan tiub. Darah kat tangan saya mengalir macam ade org kelar. Penuh darah kat tangna saya. Nurse yang tengok kat situ, kata ‘kenapa awk tak bukak ikatan tu’. Lagi satu kebodohan...

Saya mintak ubat tahan sakit, tapi oleh kerana saya menangis, graf saya terganggu. So, ubat tak boleh masukkan sehingga saya tenang. Misi amik tekanan darah saya. 140.. tak pernah capai tahap tu mengikut rekod saya. Sampia misi kata rosak gaknye mende ni. Saya rasa mmg x rosak, tapi mmg saya tertekan dgn kebodohan doktor2 itu. 5.30pm suami pun masuk. Abis saya menceritakan kebodohan doktor2 India tu tadi. Lega rasanya dapat meluahkan perasaan.

Setelah saya kembali tenang, seorang SN berbangsa India masuk untuk melihat graf saya, masa tu saya pun mintak la supaya SN tu menjahit saya nnt, saya takmo doktor tu jahit saya. SN tu pun kata ok. (ni semua misi mek kelate tu yg ajar!) Ubat tahan sakit disuntik di belakang saya.

Ubat itu membuatkan saya hayal, tetapi masa kontraksi, sama je sakit sgt. 7.15pm, saya tak rasa nak bersalin lagi. Saya pun suruh suami solat maghrib dulu. Kali ini sekali lagi air kencing saya dikeluarkan. Tapi bukan dengan tiub. Lega......


bersambung..

No comments: