Wednesday, June 9, 2010

Iffah Duduk


Iffah baru nak belajar duduk. Menyusur, angkat punggung macam nak merangkak... tapi tak gerak pun. Akhirnya dia menyusur dengan laju. Dah mula melutut, panjat2 tapi pas tu jatuh tergolek. Usaha lagi Iffah!

Wednesday, June 2, 2010

Khatan Iffah

Cuti Hari Wesak, 28 Mei 2010.

Nurul Iffah selamat dikhatankan di Hospital Dewan Bersalin, Permatang Pauh. Bayaran dikenakan rm30.00. Macam magic je. Baring - gunting - siap!

ARANE Kene Jahit Lidah

Jumaat, 14 Mei 2010

Balik sekolah seperti biasa saya terus amik anak2. Hari Jumaat lagi seronok sebab balik cepat. Sampai rumah jam 12.30. Saya terua membuat urusan rumah tangga. Anak2 main sendiri, Tiba-tiba ARANE menjerit dan menangis. Saya ingat macam biasa la kalau dia jatuh. Tapi kali ini sungguh terkejut saya apabila darah turun mencurah2 dari mulutnya. Saya belek2 mana yang terluka. Darah itu datang dari lidahnya.

Saya terus mencapai kain tuala dan menyumbat dalam mulut ARANE. Saya mengambil keputusan untuk membawa ARANE ke hospital. Terus saya mencapai telefon, telefon Kak Yang, hantar Iffah semula.

Lepas hantar Iffah kat rumah Kak Yang, saya terus memandu ke Hospital Seberang Jaya. Sampai hospital, parking kereta, dukung ARANE ke bahagian kecemasan. ARANE diperiksa oleh doktor. Tapi susah, sebab luka tu kat lidah. Sampai jari doktor pun dia gigit.

Oleh kerana luka itu di lidah kes ini diserahkan ke bahagian pergigian. Kebetulan hari Jumaat, waktu rehat yang panjang, kene la tunggu sampai 2.45ptg barulah diperiksa oleh doktor pergigian. Saya tunggu dgn ARANE yang dah berhenti menangis. sementara mengunggu, saya hanya sms suami sebab tu kan time orang solat Jumaat, bukan dia angkat tipon pun.

Tepat 3.00ptg ARANE dipanggil untuk masuk bilik rawatan. Ramai gak doktor yg nk join. Diaorg soal2 saya sbb nak bagi ubat tidur pada ARANE. Mereka juga terangkan saya kesan2 pengambilan ubat tidur itu. Lepas tu saya diminta keluar. Saya keluar dan denagr sayup2 ARANe memanggil ibu...ibu... Tunggu di luar, suami pun sampai. cerita la A to Z.

Tak lama, saya dipanggil masuk ke dalam. ARANE sedang tidur. Kene tunggu sampai ARANE sedar, tak muntah, baru leh balik. Kene 3 jahitan. alahai anak ibu...................... Kesian dia....

Monday, April 5, 2010

5 bulan

Pejam celik Iffah dah 5 bulan. Tadi pergi cucuk kat klinik. Lepas ni tunggu setahun pulak baru kene cucuk. Dah selesai rupanya suntikan 3 serangkai tu. Tak sedar ibu, sebab Iffah tak demam teruk. Alhamdulillah....

Berat Iffah 5.7kg berbanding 5.4kg masa 4 bulan. Tak naik banyak tapi tak jejak lagi garisan kuning. Ok la tu asalkan Iffah sihat dan aktif. Iffah sangat aktif meniarap dan menyusur, kadang-kadang sampai masuk bawah kerusi. Panjang Iffah sekarang ialah 64cm.

Iffah dah pandai koyak kertas, pegang objek+gigit. Dah gatal gusi gaknye. Sembur air liur.

Tuesday, March 23, 2010

Pouch Sling





Betul ke cara saya pakai ni? Sling ni saya jahit sendiri masa kat Johor. Dulu penah gak jahit sendiri, tapi tak jadi. Sakit badan. Pas tu tengok dalam internet, try jahit sendiri. Baru rasa selesa. Iffah pun macam suke je dok dlm tu. Ni semua sbb tengok kawan2 susuibu masa gathering dok try2 sling. Shida ada pinjam kat saya pouch sling ni, tapi model saya tu takmo masuk langsung kat dalam tu. Penerangan Shida pasal babywearing masa tu memberi semangat untuk saya cuba jahit lagi. Terima kasih Shida!

Tapi betul ke cara ni ekk...???