Sunday, January 17, 2010

Kedai Buku Ar Rahman








Inilah kedai kecil kami. Terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Saturday, January 9, 2010

2 bulan

Alamak.. tak sempat nak update pasal Iffah. Maklumlah baru buka sekolah, di sekolah baru lak tu.

Iffah berusia 2 bulan, berat 5kg ; panjang 63cm; lilitan kepala; 38cm. Iffah senang dijaga kerana tak kuat meragam. Malam pun bangun untuk menyusu jam 11mlm, 4pg dan 6.30pg saya paksa dia bangun untuk menyusu sebelum dihantar ke rumah Kak Yang. Sayang Iffah... kerana memudahkan kerja ibu!

Iffah dah pandai angkat kepala sikit2. Kadang-kadang cuba mengiring. Sebab tu tak boleh nak tinggalkan Iffah sorang-sorang takut tertutup dengan bantal. Iffah suke senyum dan ketawa. Ibu dan abang suke layan Iffah sebab Iffah beri respon macam nak bercakap. Kadang-kadang terkeluar jugak bahasa alien Iffah. Comel sangat bila senyum dan ketawa.

Saturday, January 2, 2010

Zaman Kemewahan

FULL TANK! First time dpt full tank dalam masa 5 minit sahaja. Masa ni pam masa bangun tido. Tandem dengan Iffah.


Setakat ni je yang mampu saya kumpul sepanjang tempoh tak sampai 2 bulan, maksudnya dalam tempoh cuti bersalin. 200 bekas x 2oz - 3oz. Tak termasuk beberapa ketul dalam plastik Playtax tu.

Semoga gambar ini menjadi semangat saya supaya tak MALAS!!